Floating Icon
17 FEB 2021 PENYANDANG 2 MINIT BACA 297 LIHAT 0 BERKONGSI

Nilam (Feb 2021)

Nilam Azlinda Ashari & Mohd Hamzah

Shah Alam | Ahmad Syukran Idris & Nazlee Abdul Aziz

Sapphire Azlinda Ashari & Mohd Hamzah.jpg

Saya mendaftar dengan Amway setelah mendengar perkongsian Intan Eksekutif Pengasas Abdul Aziz & Saleha mengenai penyembuhan pemakanan dan suplemen Nutrilite. Sebagai doktor perubatan, saya sangat kagum dengan ladang-ladang Nutrilite yang disahkan organik dan bilangan saintis yang dimiliki oleh Nutrilite.

Kami mula mengambil suplemen Nutrilite dan mendapati kesihatan keluarga kami bertambah baik. Kami gemar menghadiri perjumpaan di rumah penaja ABO atasan kami dan belajar tentang semua produk Amway yang hebat. Tidak lama selepas itu, kami menjadi pengguna 100%.

Sapphire Azlinda Ashari & Mohd Hamzah with family.jpg

Secara beransur-ansur kami mula memahami potensi perniagaan Amway dan memutuskan untuk membinanya dengan serius. Ia hadir tepat pada waktunya kerana saya telah memutuskan untuk berhenti kerja agar dapat meluangkan lebih banyak masa bersama 5 orang anak kami, sementara suami pula menumpukan perhatian pada kerjayanya sebagai pakar bedah jantung. Perniagaan Amway kami telah memberikan saya kebebasan masa untuk menjaga keluarga malah saya meraih pendapatan dua kali ganda berbanding gaji saya sebagai doktor kerajaan.

Sapphire Azlinda Ashari & Mohd Hamzah trip1.jpg

Sapphire Azlinda Ashari & Mohd Hamzah trip2.jpg

Amway sememangnya peluang yang luar biasa untuk semua yang ingin membina kehidupan dan masa depan yang lebih baik. Kami bersyukur kepada Allah kerana telah membuat pilihan yang tepat.


Nilam Lias & Mewah

Melaka | Mohd Hilna & Azilila

Sapphire Lias & Mewah.jpg

Selepas rumah kami dimasuki pencuri 12 tahun yang lalu, suami saya mendaftar untuk membeli Sistem Penggera Rumah Amway. Penaja kami Hazry Abu Hassan dan Rozita Mat ada menjemput untuk menghadiri mesyuarat tetapi kami menolak.

Suatu hari, saya menerima panggilan daripada ABO atasan kami Intan Azililah. Saya teruja kerana seorang profesional ingin mengenali saya, seorang suri rumah. Panggilan itu telah melembutkan hati kami untuk menghadiri mesyuarat pusat kami yang pertama dan sejak itu kami tidak pernah terlepas sebarang mesyuarat.

Sapphire Lias & Mewah at Mediterranean Cruise.jpg

Kami layak sebagai Platinum pada 2012 tetapi tidak tahu cara mengembangkan perniagaan. Kami akhirnya berjaya mencapai Platinum Pengasas pada bulan Ogos 2016 dan layak ke ALS 2016 Mediterranean Cruise.

Kami terlepas ALS Hawaii dan ALS Hokkaido kerana saya kurang mahir dan kurang faham cara mengira mata ALS. Akhirnya, kami layak ke ALS Dubai. Pada 2020 pula, kami layak ke ALS 2020 Sydney.

Sapphire_Lias_&_Mewah_at_Dubai.jpg

Sapphire Lias & Mewah Dubai Mall.jpg

Terima kasih yang tidak terhingga kepada mentor kami yang hebat Intan Mohd Hilna & Azililah yang tidak jemu-jemu membimbing kami sampai ke tahap ini. Anak-anak kami turut menceburi perniagaan ini dengan pencapaian dari tahap penyandang 6% hingga Delima. Kami bermatlamat untuk mengakhiri tahun fiskal 2021 dengan mencapai Zamrud dan Intan pula 2 tahun dari sekarang. Sistem yang bagus melahirkan pemimpin yang bagus.