Floating Icon
17 OCT 2020 PENYANDANG 2 MINIT BACA 226 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud & Nilam (Okt 2020)


Zamrud Howard Chew & Cannas Koon

Batu Caves | Jason Lee Kum Kheung

Emerald_-_Howard_Chew_&_Cannas_Koon_750.jpg

Howard sedar yang beliau perlu memulakan perniagaan sendiri untuk berjaya. Tidak lama kemudian, beliau bertemu dengan Zamrud Jason Lee Kum Kheung yang mengajarnya bahawa peniaga yang berjaya mesti mengikuti prinsip ‘berteraskan insan, mengutamakan integriti’ untuk membina kerjaya yang mampan.

Kami juga berterima kasih atas nasihat mentor kami, Duta Mahkota Steven Lim & Angeline Lee iaitu, “Orang yang luar biasa tidak semestinya lebih pintar daripada anda tetapi dia pasti lebih berdisiplin dan lebih cekap. Jika anda tidak bertekad, nasib seluruh hidup anda mungkin jadi pertaruhan! Apabila berurusan dengan orang, sentiasa bersyukur dan berpegang pada integriti anda.”

Emerald_-_Howard_Chew_&_Cannas_Koon_750_2.jpg

Tidak ramai orang yang mampu sampai ke puncak kejayaan kerana kebanyakannya tidak dapat bertahan. Dedikasi dan sokongan pasukan membolehkan kami berjaya mencapai impian. Kami juga telah meluaskan rangkaian perniagaan ke negara lain yang termasuk lebih daripada 500 ABO Korea Selatan.

Dengan Amway, anda boleh menikmati kejayaan pada usia muda. Jadi, berusahalah untuk meningkatkan kemampuan anda ketika anda masih muda. Perkara paling menggembirakan dalam hidup adalah apabila berjaya membuktikan pengkritik anda salah melalui kejayaan yang anda capai!



Nilam Alvin Ice Chen Chee Soon & Lau Wan Nee

Ayer Itam | Kit C K & Lee Huey Sin

Sapphire_-_Alvin_Ice_Chan_Chee_Soon_&_Lau_Wan_Nee_750.jpg

Saya pernah menjadi penari profesional dan DJ merangkap perancang acara sementara Wan Nee perunding kecantikan merangkap model bebas.

Walaupun saya dapat melakukan apa yang saya suka sebagai mata pencarian, apabila masa berlalu dan komitmen kewangan semakin bertambah, saya sedar mencari rezeki harus diutamakan. Jadi, saya memutuskan untuk mengetepikan minat dan memikirkan cara yang lebih baik untuk mencari wang.

Ketika itulah kami mengetahui tentang Peluang Perniagaan Amway. Setelah memahami lebih mendalam tentang perniagaan ini, kami sedar yang ia boleh menjadi sumber pendapatan pasif kami. Jadi, kami berusaha membina perniagaan sendiri di samping membantu orang lain menjalani kehidupan yang lebih baik, iaitu salah satu nilai yang kami kagumi.

Sapphire_-_Alvin_Ice_Chan_Chee_Soon_&_Lau_Wan_Nee_750_2.jpg

Usaha kami mula berhasil dan kami dijemput menyertai lawatan yang ditaja Amway. Kini, kami mampu melakukan sesuatu yang kami benar-benar suka tanpa perlu risau tentang mencari wang.

Kami berterima kasih atas sokongan keluarga dan ahli pasukan saya. Segala yang kami capai hari ini adalah kerana anda. Ingatlah, pilihan anda sentiasa lebih penting daripada kerja keras semata-mata.