Floating Icon
23 AUG 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 216 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Ummi Kalsom & Hasman Aris

Zamrud Ummi Kalsom & Hasman Aris

Bandar Baru Bangi | Luqman Hakim Jamin & Noor Laila Mohamad



Saya seorang bekas tukang jahit manakala suami saya pula seorang ketua jurutera di sebuah hotel.
Saya diperkenalkan kepada perniagaan Amway pada 2018. Pada mulanya saya tidak berminat kerana saya hanya mahu membeli seterika. Namun, apabila penaja atasan saya menunjukkan Pelan Penjualan & Pemasaran Amway, saya jadi tertarik dengan pendapatan yang boleh diwarisi. Sejak itu, saya mula menyertai kelas kerana ingin tahu dengan lebih mendalam.



Pada mulanya, saya berdepan dengan halangan iaitu kesukaran untuk mengurus perniagaan jahitan saya, anak-anak yang masih kecil dan perniagaan Amway. Lama-kelamaan, saya dapat melihat matlamat dengan lebih jelas dan seterusnya mencapai 18%. Pada 2019, saya menutup perniagaan jahitan saya dan memfokus pada perniagaan Amway sepenuh masa.



Pada April 2020, saya mencapai tahap Penyandang Perak. Saya semakin seronok kerana banyak kesenangan yang saya perolehi. Saya berjaya menyelesaikan hutang kad kredit yang tertunggak selama 5 tahun, membeli kereta dan rumah melalui pendapatan yang dijana daripada perniagaan Amway saya. Yang paling penting, saya ada banyak masa bersama keluarga dan dapat menunaikan apa sahaja yang anak-anak saya inginkan.



Saya bersyukur kerana saya berupaya membina perniagaan ini bersama keluarga dan rakan-rakan. Misi saya ialah ingin membantu lebih ramai orang di luar sana untuk keluar dari masalah kewangan dan menjalani hidup yang lebih berkualiti. Amway merupakan syarikat yang sangat besar, kukuh dan stabil. Jadi, pandanglah Amway dengan mata hati. Rugilah siapa yang tidak nampak peluang yang Amway berikan. Jika saya boleh melakukannya, anda juga boleh.