Floating Icon
13 JUL 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 547 LIHAT 14 BERKONGSI

Intan Eksekutif Juliana Abdullah & Mohd Ainuddin Said

Intan Eksekutif Juliana Abdullah & Mohd Ainuddin Said

Kerteh | Che Zaki Abdul Ghafar & Norul Huda Musa


Jangan Biarkan Impian Anda Berlalu Pergi, Jadikan Ia Satu Kenyataan.

Kami berdua adalah ahli profesional. Saya merupakan seorang Pegawai Farmasi di salah sebuah hospital kerajaan manakala suami seorang Pengamal Perubatan yang mempunyai Klinik sendiri di Daerah Kemaman. Saya mendaftar sebagai ABO hanya untuk menyokong ABO atasan kami yang merupakan kawan baik di sekolah Menengah dulu. Namun kesibukan kami menyebabkan kami tidak berminat untuk memulakan perniagaan ini.

Kami hanya menjadi pengguna sahaja hampir setahun. Namun, sikap tidak berputus asa ABO atasan kami yang sentiasa berkongsi kehebatan produk dan ganjaran yang akan dinikmati menyebabkan kami mula membuka mata dan minda untuk serius dalam perniagaan ini. Kami mula yakin untuk berkongsi tentang kehebatan produk dan manfaat kepada keluarga, jiran-jiran dan rakan-rakan kami.Kami mula serius dalam membina perniagaan Amway pada bulan Januari 2015 dan tidak menoleh ke belakang lagi setelah mendapat bimbingan dan sokongan dari Penaja Atasan kami iaitu Intan Norul Huda dan Intan Che Zaki.

Perniagaan kami semakin hari semakin berkembang melalui perkongsian dengan semua orang dengan niat kami untuk membantu orang lain hidup lebih baik.Kami mula menghadiri mesyuarat dan bengkel anjuran ABO atasan dan Amway untuk menambah pengetahuan tentang perniagaan ini. Kami mula keluar dari zon selesa kerana ingin membantu ahli-ahli dalam kumpulan berjaya capai impian mereka dan demi mengejar impian kami supaya menjadi kenyataan. Uniknya perniagaan Amway ini kerana kita dapat meningkatkan kualiti kehidupan kita dan kualiti kehidupan orang-orang di sekeliling kita.


Cabaran tetap ada tetapi kami teruskan konsisten bina perniagaan Amway sampai kami berjaya capai impian kami tanpa mengenal putus asa.Kami pegang kata-kata ini ‘ Persistence is MAGIC’. Buat tanpa henti dan tanpa tapi. Teruskan mengejar impian sehingga berjaya dan jangan biarkan orang lain mencuri impian kita.

Kami telah mencapai Platinum pada Jun 2015 dan Platinum Pengasas pada Jun 2016. Kami telah berjaya mencapai Intan pada Februari 2021, Intan Pengasas pada Julai 2021 dan Intan Eksekutif pada Ogos 2021. Kami amat bersyukur atas kejayaan ini, Tanpa usaha yang berterusan kami tidak dapat capai ke tahap ini. Kehidupan adalah pilihan.


Saya telah memilih untuk bersara awal daripada perkhidmatan kerajaan pada 1 Julai 2021 kerana Amway telah dapat merealisasikan impian kami untuk menikmati kebebasan masa dan kewangan untuk keluarga tersayang. Sekarang saya telah dapat kembali masa berkualiti bersama-sama anak-anak dengan menghantar dan mengambil anak-anak dari sekolah dan lebih banyak masa bersama keluarga. Saya rasa sangat bahagia sebab telah menjadi surirumah sepenuh masa tetapi ada pendapatan sendiri.

Setiap tahun kami layak melancong ke luar negara bersama Amway yang merupakan impian kami sejak kecil. Melihat dan meneroka keindahan dan kebesaran tuhan adalah impian besar kami dan alhamdulillah dengan perniagaan Amway dapat merealisasikan impian kami ini.



Terima kasih kepada mentor kami, Pengasas Intan Eksekutif Norul Huda Musa & Che Zaki Abdul Ghafar, Intan Eza Rika Zainal & Intan Kamal Azura Jaafar, Pengasas Intan Eksekutif Siti Ena Eden & Ferhat Deba Ahmad, Zamrud Teh L H & Duta Mahkota Pengasas Siew Fang & Celia Wong serta ahli-ahli kumpulan kami yang sangat-sangat hebat. Tanpa anda semua siapalah kami.

Ayuh! Teruskan usaha dan jangan berputus asa.Usah biarkan impian anda berlalu pergi. Jadikan ia satu kenyataan.