Floating Icon
24 JUL 2023 PENYANDANG 2 MINIT BACA 297 LIHAT 0 BERKONGSI

Intan Pengasas & Intan Eksekutif Mike Kwan & Wei Wei

Fokus Pada Apa yang Anda Semai Bukannya Pada Apa yang Anda Tuai

Mike ialah seorang penjaja yang memiliki 3 buah gerai mi yang mampu menjana pendapatan yang agak lumayan. Namun, dia masih jauh dari kehidupan yang ideal. Apabila kesihatannya merosot kerana jadual yang padat, dia memutuskan untuk mencari peluang baharu.

Minat Mike terhadap Amway tercetus apabila penajanya bercakap tentang gaya hidup yang membolehkannya “bangun tidur tanpa dikejutkan oleh penggera” dan “bersara pada usia muda”. Jadi, dia memanfaatkan waktu selepas kerja dan 3 tahun 8 bulan kemudian, dia menjadi ABO sepenuh masa. Hasilnya, perniagaan Amway miliknya bukan sahaja memberikannya kebebasan masa yang diidamkannya iaitu bangun tanpa gangguan jam loceng, dia juga menikmati kebebasan kewangan selain memiliki rumah dan kereta impian, serta menjalani kehidupan yang luar biasa.



Wei Wei merupakan seorang pekerja tetap sebelum dia memilih untuk “bekerja sambil bercuti” di New Zealand. Apabila, dia mendapati adalah “lebih baik hujan batu di negeri sendiri”, dia pulang semula ke tanah air. Apabila dia diperkenalkan kepada Amway, dia komited untuk mencapai kebebasan masa yang diinginkannya dengan memfokus pada perniagaan Amway yang dijalankannya secara sambilan.

Tidak ragu-ragu lagi bahawa kejayaan yang mereka kecapi sekarang adalah disebabkan oleh pandangan jauh dan motivasi daripada penaja mereka. Mereka juga menyedari, “Pilihan adalah lebih penting daripada kerja keras. Anda perlu memperuntukkan masa untuk mencapai kejayaan yang anda inginkan.”



Semasa pandemik, mereka mengatasi pelbagai cabaran dengan tetap berpegang teguh pada matlamat mereka untuk layak sebagai Intan Pengasas dan Intan Eksekutif. Melangkah ke hadapan, selain memberi tumpuan untuk membantu ahli pasukan mereka mencapai tahap Intan, mereka juga berikrar untuk menjadi anggota Majlis Pengasas dalam tempoh lima tahun akan datang.



Bagi mereka, kunci untuk mengatasi cabaran dalam mengembangkan perniagaan Amway adalah dengan mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah. Manakala rahsia untuk mencapai kecemerlangan dan kemuncak kerjaya Amway adalah dengan terus menambah baik dan mengamalkan asas-asas perniagaan secara berulang kali.

Jadikannya suatu kebiasaan untuk menetapkan matlamat, kemudian atasi rintangan untuk mencapai matlamat tersebut. Bagi Mike dan Wei Wei, mereka melihat rintangan dan cabaran yang mereka hadapi sebagai langkah yang perlu dalam pertumbuhan mereka, “Pencapaian anda merupakan ganjaran terbesar selepas segala kerja keras anda.”

Kepada rakan ABO yang bercita-cita tinggi, mereka ingin berkongsi pesanan ini:

“Fokus pada apa yang anda semai bukannya pada apa yang anda tuai.”

“Daripada bimbangkan tentang kegagalan anda, jangkakan kejayaan anda.”