Floating Icon
01 OCT 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 255 LIHAT 0 BERKONGSI

Founders Emerald Hasmiah Bahari

Zamrud Pengasas Hasmiah Bahari

Kota Kinabalu |  Awien & Zainal

Saya bekerja sebagai pensyarah kanan di UiTM Kota Kinabalu, Sabah dan suami saya pula ialah seorang pegawai polis. Semasa kami bermula pada bulan November 2016, kami tidak mempunyai sebarang ilmu tetapi kami belajar sebanyak mungkin, mengambil tindakan dan mengamalkan ilmu yang kami perolehi sehingga mencapai Platinum pada bulan Ogos 2017 dan Platinum Pengasas pada 2018.

Kami juga melayakkan diri ke Seminar Kepimpinan Amway setiap tahun sejak 2018. Pada 2021, kami melayakkan diri untuk 4 penyemat, iaitu Nilam, Nilam Pengasas, Zamrud dan Zamrud Pengasas. Tiada rahsia atau jalan pintas untuk membina perniagaan Amway yang berjaya. Hanya lakukan yang asas secara konsisten dan gigih. Sebagai seorang pemimpin, kami menerajui dengan mengambil langkah pertama, kemudian yang lain akan mengikuti. Bekerjalah dengan rapat dengan ABO atasan dan ahli pasukan anda.

Ingatlah untuk membina perniagaan dengan asas yang betul kerana kami inginkan perniagaan yang sihat, kukuh dan mampan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada ABO atasan dan penaja kami Awien & Zainal serta Duta Mahkota Pengasas Khoo Chong Kok & Tracy Teh. Akhir kata, tiada apa yang datang dengan mudah, tetapi kami berdoa agar Allah permudahkan usaha kami. Jika anda jatuh, bangkitlah; jangan berputus asa dan terus berusaha. Anda boleh lakukannya!