Floating Icon
01 NOV 2022 PENYANDANG 2 MINIT BACA 190 LIHAT 0 BERKONGSI

Zamrud Pengasas Lim Joo Wah & Ang Geek Kah

Zamrud Pengasas Lim Joo Wah & Ang Geek Kah

Banting | Tan Han Seng

Saya menamatkan pengajian dari United Kingdom dan memulakan kerjaya sebagai eksekutif jualan di sebuah syarikat pengiklanan terkemuka. Saya berhenti kerja dan memulakan perniagaan saya sendiri apabila menyedari bahawa saya tidak mempunyai kawalan ke atas masa depan saya. Isteri saya pula seorang graduan Australia telah memulakan kerjayanya di sebuah bank di Australia. Beliau menyertai syarikat pengurusan aset tempatan sebelum menceburi perniagaannya sendiri.

Walau pun memiliki perniagaan konvensional kami sendiri, kami mendapati bahawa Amway adalah satu-satunya peluang perniagaan yang boleh memberikan kami jaminan kewangan dan kebebasan masa. Kami sangat menghargai kedua-duanya. Kami dapat mengatasi pelbagai cabaran bersama-sama pasukan kami untuk belajar, berkembang, berubah dan berjaya dalam perniagaan yang hebat ini.

Kami benar-benar bersyukur kerana mencapai penyemat Zamrud Pengasas semasa pandemik dan akan berusaha untuk membantu lebih ramai insan menjalani kehidupan yang lebih baik. Kami juga berterima kasih kepada setiap pemimpin yang telah membimbing dan membentuk kami menjadi siapa kami hari ini. Bagi mereka yang masih ragu-ragu, ingat ini. Jika anda tidak membina impian anda, anda akan berakhir dengan membina impian orang lain. Kesemua impian anda boleh menjadi kenyataan jika anda mempunyai keberanian untuk mengejarnya dengan peluang yang tepat!