Floating Icon
18 AUG 2021 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 1017 LIHAT 0 BERKONGSI

Peraturan Penting Anda Mesti Tahu

Perkara yang Boleh dan Tidak Boleh Dilakukan dalam Menjalankan Perniagaan Amway

Di Amway, kami sentiasa mencari jalan untuk menjadi pengawas perniagaan anda bagi meningkatkan dan melindunginya. Peraturan ini diwujudkan untuk membantu anda dan kumpulan anda membina perniagaan yang mampan dan menguntungkan.

Ia berfungsi untuk melindungi Pemilik Perniagaan Amway (ABO) dan juga Amway supaya syarikat boleh terus berkembang dan berjaya. Contoh-contoh ini adalah beberapa peraturan yang mesti diikuti oleh SEMUA ABO:




 Lakukan

Menghormati Semua Orang

Perniagaan Amway ialah perniagaan yang menawarkan peluang sama rata yang terbuka kepada semua lapisan masyarakat – dari pelbagai kepercayaan agama, etnik, jantina, latar belakang pendidikan dan profesion/pekerjaan.

Menerangkan Peluang Perniagaan Amway

Perniagaan Amway mesti dibentangkan sebagai peluang untuk memperoleh pendapatan melalui jualan produk dan membantu orang lain yang mereka taja melakukan perkara yang sama.

Menyimpan Maklumat Perniagaan Anda

Anda telah mendaftarkan kontrak untuk menjadi ABO dengan butiran peribadi anda. Oleh itu, tidak ada orang lain selain anda yang harus mengendalikannya, ini termasuk membeli produk.

Membincangkan Pendapatan

Berapa banyak yang anda peroleh sebenarnya bergantung kepada diri anda dan sebanyak mana usaha yang anda curahkan dalam perniagaan Amway. Amway memberi ganjaran kepada ABO berdasarkan hasil jualan mereka dan satu-satunya cara untuk mendapatkan wang melalui Amway adalah melalui jualan produk.

Mengenali Pelanggan Anda, Menyimpan Rekod Transaksi Jualan

Jual kepada pelanggan yang juga pengguna akhir. Produk tidak boleh dijual semula, diedar semula atau diberikan dalam apa jua keadaan. Resit Pelanggan diperlukan untuk jualan kepada pengguna akhir.

Menerangkan Produk & Harga

Produk hendaklah dipromosikan menggunakan dakwaan yang diterbitkan berdasarkan penyelidikan saintifik. Reputasi dan nilai produk Amway dilindungi dengan mengekalkan harga yang sesuai.

Pendaftaran dan Penajaan

Borang permohonan hendaklah diisi oleh pemohon kerana ia mencerminkan tujuan pemohon untuk bersetuju mematuhi terma dan syarat kontrak mereka. Maklumat yang diberikan mestilah lengkap dan tepat.

Harta Intelek (IP)

Dapatkan kebenaran untuk sebarang imej, reka bentuk, petikan kata-kata, video atau muzik yang digunakan yang bukan milik anda. Anda mesti meminta kebenaran daripada pemilik sebelum membuat hantaran dalam talian atau menggunakannya dalam pembentangan.



INTEGRITI adalah salah satu nilai kami dan ia penting untuk kejayaan perniagaan kami. Kami melakukan apa yang betul, bukan sekadar “asal boleh”. Kejayaan Amway bukan sahaja diukur dari segi ekonomi tetapi juga melalui rasa hormat, kepercayaan dan kredibiliti yang kami peroleh.

Walaupun contoh-contoh ini meliputi antara amalan yang terbaik, adalah mustahil untuk menerangkan dan memberitahu setiap senario yang mungkin berlaku. Butiran penuh tentang Peraturan Tatacara & Tingkah Laku Amway boleh didapati dalam Manual Perniagaan Amway atau laman web www.amway.my (untuk Malaysia), www.amway.sg (untuk Singapore) ATAU www.amway.com.bn (untuk Brunei).

Dengan mematuhi Peraturan Tatacara & Tingkah Laku, ABO menghidupkan nilai-nilai Amway. Amway berbangga menjadi perniagaan yang menawarkan peluang sama rata – ia merupakan peluang untuk semua orang! Prinsipprinsip kesamarataan, keadilan dan kejujuran tergambar dalam peraturan ini dan dengan mengenakannya kepada semua ABO, satu medan persaingan yang adil bagi semua diwujudkan dalam perniagaan ini.





Jangan Lakukan

Menjual Dalam Talian di Laman Web e-Dagang

ABO membawa nilai kepada pelanggan dalam bentuk perkhidmatan peribadi dan pengetahuan produk. Mereka tidak harus dianggap memiliki kekurangan kompetitif disebabkan ABO lain yang menjual kepada pelanggan secara dalam talian. Amway juga mendukung dan mematuhi peruntukan “Perlindungan Pengguna” dalam Kod Etika DSA.

Pemotongan Harga

Pemotongan harga bukan sahaja menghalang anda memperoleh ganjaran tetapi juga mewujudkan kekurangan kompetitif kepada ABO lain daripada mempunyai peluang yang sama dalam membina perniagaan.

Integriti Barisan Penajaan (LOS)

Barisan Penajaan mesti dihormati – sebarang gangguan adalah dilarang. Amalan sedemikian termasuklah pengumpanan dan tidak mematuhi tempoh tidak aktif.

Iklan & Peragaan Produk

Produk tidak boleh diiklankan, diperagakan atau dijual di premis runcit. Aktiviti-aktiviti ini mewujudkan beberapa masalah kerana produk itu boleh dijual kepada orang yang sudah menjadi prospek/pelanggan ABO lain.

Membekalkan Produk Kepada Kumpulan Lain

Menjual atau membekalkan produk kepada ABO di LOS lain sama seperti ‘mencuri’ kerana ia menafikan LOS asal daripada anugerah/ganjarannya.

Dakwaan Produk

Pernyataan tentang produk mestilah benar, tepat dan tidak mengelirukan. Amway menekankan profesionalisme dalam menjual dan menentang sebarang dakwaan produk yang tidak wajar dan membesar-besarkan manfaat dan prestasi produk.

Mengeksport Produk

ABO tidak boleh mengeksport atau dengan sengaja menjual kepada orang lain yang mengeksport produk Amway. Apabila produk itu didapati dijual di negara lain, ia bukan sahaja melanggar undang-undang negara berkenaan tetapi juga menjejaskan pendapatan ABO seperti anda di negara itu.

Bahan Sokongan Perniagaan (BSM)

BSM tidak boleh dijual kepada prospek atau disertakan dalam kos mendaftar dengan Amway. ABO tidak dibenarkan memujuk atau memaksa ABO lain membeli BSM, menghadiri mesyuarat atau menyertai acara yang tidak berkaitan Amway.



Prinsip Asas

Sentiasa patuhi “Peraturan Asas” sebagai prinsip utama dalam menjalankan perniagaan:

“Layan orang lain seperti mana anda mahu dilayan.”