Floating Icon
21 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 242 LIHAT 0 BERKONGSI

Kebangkitan Perdagangan Sosial (Bahagian 1)

Adakah kita sudah bersedia untuk perdagangan sosial? Adakah kita sedar sejauh mana media sosial mempengaruhi cara perniagaan dijalankan?

Gan Chee Eng, Presiden Serantau Amway Asia dan Pengerusi Amway China, berkongsi pemikirannya tentang mengapa ABO perlu mula memandang serius media sosial dan menjadikannya aspek penting dalam perniagaan seharian mereka.

Ini adalah Bahagian 1 daripada 2 bahagian artikel tentang media sosial.


Apakah impak media sosial terhadap ABO dan perniagaan Amway mereka dalam dekad yang akan datang?

Kita hidup di zaman media sosial. Dengan penularan wabak COVID-19, kita seharusnya rasa sangat bertuah kerana telah memulakan transformasi digital beberapa tahun lalu. Bolehkah anda bayangkan jika wabak ini berlaku 20 tahun lalu ketika peranti pintar tidak ada dan media sosial tidak wujud? Bagaimanakah keadaan itu akan memberi impak kepada perniagaan kita?

Suka atau tidak, COVID-19 telah memaksa kita semua beralih ke ruang digital dan sosial. Kini kita hidup di zaman media sosial. Kita semua membeli-belah dalam talian, berhubung dengan pasukan dan pelanggan dalam talian, membuat hantaran di media sosial dan menjual melalui penstriman langsung. Oleh itu, kita harus merebut zaman keemasan Perdagangan Sosial.

Mari kita menganalisis data untuk 2019. Di peringkat global, kadar penembusan purata untuk media sosial ialah 45%. Asia mencatat kadar penembusan media sosial tertinggi di dunia: Taiwan pada 89%, Korea Selatan pada 85%, Singapura pada 79%, Hong Kong dan Malaysia kedua-duanya pada 78%. Angka-angka ini juga semakin meningkat dari tahun ke tahun.

Global_average_for_social_media_penetration_versus_selected_Asian_countries_bm.jpg

Media sosial telah mengubah hidup kita secara dramatik. Pada masa lalu, perkongsian dilakukan dari mulut ke mulut. Sekarang, kita berkongsi kehidupan kita di platform media sosial seperti Instagram, Facebook, Line, WeChat dan lain-lain. Orang ramai bukan sahaja saling berhubung, mereka juga berkongsi minat, mempengaruhi orang lain dan dipengaruhi oleh seseorang yang mungkin ratusan batu jauhnya. Oleh itu, daripada dihalang oleh batasan dunia fizikal, ruang Internet yang tidak terbatas membolehkan seseorang itu meluaskan dan meningkatkan pengaruh mereka dengan pantas.

Media sosial telah mengubah tingkah laku penggunaan dan model perniagaan kita. Kebanyakan pembeli memulakan perjalanan membeli dalam talian, sama ada melalui ulasan pengguna, Vlog selebriti atau hantaran kenalan. Ekonomi Gig berkembang pesat disebabkan media sosial. Akan ada lebih ramai orang yang dahulunya hanya berpengaruh dalam kalangan rakan-rakan mereka, kini menjadi Pengguna Pendapat Utama (KOC) atau malah Pemimpin Pendapat Utama (KOL), menggunakan jenama peribadi mereka untuk menjual dan memperoleh wang. Ini telah mengubah pilihan kerjaya ramai anak muda dengan kebanyakannya menyuarakan bahawa pilihan kerjaya kegemaran mereka adalah menjadi pempengaruh (influencer) sosial.

Media sosial telah mengubah pendekatan komunikasi. Pada masa lalu, seseorang itu boleh mendesak-desak. Namun di zaman media sosial, orang akan berhenti mengikuti atau menyekat anda jika anda menghantar mesej atau spam yang menjengkelkan. Oleh itu, kita perlu menggunakan kaedah “tarik” yang bermaksud menarik mereka yang benar-benar berminat dengan apa yang anda katakan. Itulah sebabnya menghasilkan kandungan yang relevan, menarik dan disukai khalayak sasaran dan pengikut sosial anda adalah penting dalam mengembangkan dan mengekalkan jangkauan dan penglibatan anda dengan bakal pelanggan. Kesetiaan yang dihasilkan di media sosial dengan cara ini adalah organik, sihat dan mampan.

Media sosial telah menjadi asas dalam talian yang penting bagi ABO untuk memperoleh dan mengekalkan komuniti pelanggan yang melibatkan diri. Wabak koronavirus global telah memaksa model perniagaan tradisional untuk mempercepatkan usaha transformasi digital mereka. Ramai juga ABO yang menyesuaikan diri dengan cepat. Contohnya, di Amway China, lebih daripada 70% anggota Majlis Pengasas dan lebih daripada 50% Pemimpin Intan telah memulakan penstriman langsung. Di Amway Hong Kong, beribu-ribu ABO mengadakan mesyuarat Zoom. Ketika Amway terus membuat pelaburan untuk menambah baik pengalaman digital secara keseluruhan, produk kami akan direka agar boleh dikongsi dan lebih mudah dipaparkan di media sosial, dan platform digital kami akan dikemaskini untuk disesuaikan dengan keperluan perdagangan sosial. Kami percaya bahawa perdagangan sosial akan membawa peluang pertumbuhan yang besar kepada ABO di seluruh dunia.

Untuk memperjelaskan lagi satu frasa yang popular, “Peluang hanya menyokong minda yang bersedia”. Pada dekad akan datang, Generasi Z akan menjadi pengguna utama dan juga kekuatan utama masyarakat kerana mereka akan membesar dengan media sosial dan perdagangan sosial. Kita perlu terus meningkatkan diri agar tidak hanya menjadi “rakan” kepada generasi yang lebih muda tetapi juga “rakan” peredaran zaman.


Bagaimanakah kehadiran media sosial yang kukuh diterjemahkan kepada pertumbuhan perniagaan?

Terdapat satu kepercayaan popular pada hari ini iaitu, “Siapa yang menjual” lebih penting daripada “apa yang dijual”. Pada masa lalu, ia berteraskan produk yang memerlukan kita untuk terus “mencantikkan” produk kita. Hari ini, trendnya berteraskan orang yang memerlukan kita untuk mencantikkan “orang” itu, iaitu menyerlahkan lagi daya penarik dan keperibadian seseorang untuk membina jenama peribadi. Secara ringkasnya, produk sama yang dijual oleh orang yang berbeza akan menghasilkan keputusan yang berbeza sama sekali.

Untuk membina jenama peribadi anda, anda perlu sentiasa menghasilkan kandungan yang relevan, menarik dan sesuai dengan khalayak sasaran anda. Kandungannya seharusnya membantu dalam membina tanda pagar peribadi anda yang membezakan anda daripada yang lain.

How_does_having_a_strong_social_media_presence_translate_into_business_growth.jpg

Tahun lalu, semasa penjualan dalam talian Single’s Day 11.11 Alibaba, lebih daripada 50% jenama di platform itu membuat penstriman langsung untuk menjual barang mereka. Hanya dalam sehari, transaksi yang dihasilkan oleh penstrim langsung mencecah hampir US$2.9 bilion. Selagi pelanggan menyukai dan mempercayai penstrim langsung berkenaan, mereka akan mengikutinya dan membeli produk tersebut, sama ada mereka pernah mendengar jenama tersebut sebelum ini atau tidak.

Apabila orang ingin menggunakan produk yang anda gunakan, dan ingin menjalani cara anda menjalani kehidupan anda, jenama peribadi anda boleh menjana duit.


Apakah akibatnya untuk perniagaan yang menjauhkan diri daripada media sosial?

Transformasi digital sama seperti kereta api yang akan meninggalkan stesen. Semua orang mempunyai tiket. Sesetengah orang sudah pun menaikinya sementara yang lain masih melihat dari platform. Ada juga yang tidak tahu di mana platformnya. Kereta api bermula dengan perlahan tetapi ia akan bergerak lebih jauh dan lebih cepat. Mereka yang tidak menaikinya akan ketinggalan.

Kita semua berdiri di platform ini. Semalam ialah e-Dagang, hari ini ialah perdagangan sosial. Apabila teknologi datang, semua orang harus membuat pilihan antara menunggu dan melihat atau mengejar dengan cepat.