Floating Icon
24 APR 2022 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 1872 LIHAT 89 BERKONGSI

Hakikat Sebenar Tentang Perniagaan Amway (Bahagian 1)

Adakah Amway perniagaan jualan langsung yang sah atau skim yang menyalahi undang-undang? Berikut ialah fakta tentang jenama Amway dan Peluang Perniagaan Amway.


Can_you_make_money_with_Amway.jpg

Bolehkah anda menjana wang dengan Amway?

Boleh, orang ramai di seluruh dunia memperoleh pendapatan tambahan melalui perniagaan Amway mereka. Malah, Amway telah membayar lebih daripada AS$63 bilion dalam bentuk bonus dan insentif kepada pengedarnya (Pemilik Perniagaan Amway atau ABO) sejak penubuhan syarikat ini pada 1959.

Seperti mana-mana perniagaan jualan, pendapatan yang anda peroleh adalah berdasarkan kejayaan menghasilkan jualan produk. Jumlah masa yang diluangkan dalam perniagaan Amway sangat berbeza bagi setiap orang, jadi pendapatannya juga berbeza-beza.

Soalan bagi kebanyakan orang ialah apakah jenis pendapatan yang saya cari? Bukan sahaja dari segi tahap pendapatan, tetapi juga pendapatan segera berbanding dengan kemampanan jangka panjang. Bagi kebanyakan orang, Amway biasanya merupakan “kerja sampingan”, tetapi bukan seperti GrabCar atau Airbnb.

Berbeza dengan GrabCar yang boleh memberikan bayaran serta-merta (ambil – pandu – dapat bayaran), Amway ialah perniagaan yang membolehkan seseorang memperoleh pendapatan, yang boleh dijangka, lama-kelamaan. Jika Pemilik Perniagaan Amway berjaya membina pasukan yang secara kolektif menjual lebih banyak produk, mereka menerima pampasan kerana berbuat demikian dan perniagaan meraka akan lebih kukuh dan menjadi sumber pendapatan yang boleh diharapkan.

Amway tidak meletakkan dirinya sebagai sumber pendapatan utama bagi kebanyakan orang. Majoriti Pemilik Perniagaan Amway menjalankan perniagaan secara sambilan untuk menjana sedikit wang tambahan untuk menyara diri dan keluarga mereka, atau untuk mencapai matlamat kewangan tertentu. Jika perniagaan mereka berkembang dan mereka memperoleh pengalaman, mereka mungkin memilih untuk meluangkan lebih banyak masa untuk Amway dan mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa dan sumber pendapatan utama mereka.


How_do_you_make_money_with_Amway.jpg

Bagaimana anda menjana wang dengan Amway?

ABO menjana wang apabila pelanggan mereka membeli produk Amway dan apabila orang lain dalam organisasi mereka menjual produk.

Pada dasarnya, wang boleh dijana dengan cara:

Harga Tokok Runcit – Pemilik Perniagaan Amway boleh menjual produk pada harga tokok (perbezaan antara kos dan harga runcit) untuk memperoleh margin runcit daripada jualan. ABO boleh menetapkan harga mereka sendiri, tetapi Amway menetapkan harga runcit yang dicadangkan untuk setiap produk yang kami jual.

Bonus – Pemilik Perniagaan Amway boleh menerima bonus bulanan berdasarkan jumlah jualan perseorangan mereka – berapa banyak dan apa jenis produk yang mereka jual.

Insentif Pertumbuhan – Apabila perniagaan mereka berkembang dan ahli baharu menyertai kumpulan mereka, Pemilik Perniagaan Amway menerima bonus bulanan berdasarkan jumlah jualan produk pasukan mereka. Pemilik Perniagaan Amway dianugerahkan insentif pertumbuhan antaranya, Program Insentif Budi Bicara Core+ Plus dan juga insentif untuk mencapai tahap penting dalam pembinaan perniagaan seperti anugerah tunai sekali sahaja dan lawatan perniagaan.

Program Insentif Budi Bicara Core Plus+ boleh membantu pemilik perniagaan memperoleh pendapatan awal seperti Insentif Jualan Pelanggan (CSI) daripada jualan pertama, yang mestilah Jualan Pelanggan Yang Disahkan daripada pelanggan yang mendaftar sebagai Pelanggan Istimewa Amway atau APC. Ganjaran daripada program ini terus berkembang apabila perniagaan Pemilik Perniagaan Amway berkembang. APC ialah segmen baharu yang membuka peluang kepada orang ramai yang ingin membeli dan menikmati produk Amway kegemaran mereka. Mereka boleh direkrut oleh Pemilik Perniagaan Amway.

Yang jelas, pampasan bulanan yang diperoleh oleh Pemilik Perniagaan Amway sangat berbeza-beza, dan sebahagian besarnya bergantung pada matlamat dan berapa banyak masa dan usaha yang mereka curahkan secara konsisten dalam perniagaan. Amway sangat percaya pada memberikan ganjaran atas kejayaan.


Adakah anda perlu merekrut orang lain untuk menjana wang dengan Amway?

Tidak. Pemilik Perniagaan Amway menjana wang daripada penjualan produk kami. Secara ringkasnya, jika tiada produk yang dijual, tiada sesiapa pun yang menjana wang. Untuk setiap produk yang dijual, kami menguntukkan sebahagian daripada kos produk sebagai “bonus” (komisen jualan). Ini dikongsi oleh Pemilik Perniagaan Amway yang bekerjasama dalam kumpulan jualan mengikut kontrak mereka dengan Amway. Walau bagaimanapun, mana-mana pemimpin jualan akan memberitahu anda bahawa untuk membina perniagaan yang membuat jualan lebih besar, anda mahu sebanyak mungkin titik jualan yang anda boleh urus dan sokong.

Seperti mana-mana organisasi jualan, secara amnya, lebih ramai orang yang menjual, lebih banyak jumlah yang anda boleh capai. Inilah sebabnya peruncit besar sentiasa cuba untuk membuka kedai baharu. Lebih banyak titik jualan, lebih ramai pelanggan yang anda boleh jangkau.


Do_I_have_to_stock_inventory_to_sell_Amway_products.jpg

Adakah saya perlu menyimpan inventori untuk menjual produk Amway?

Tidak perlu. Pemilik perniagaan kami tidak perlu menyimpan inventori produk Amway dan tiada keperluan pembelian dengan Amway — sama sekali. Pemilik Perniagaan Amway tidak perlu membeli produk atau menyimpan inventori kerana produk boleh dihantar terus kepada mereka atau pelanggan mereka apabila dibeli.

Walau bagaimanapun, sesetengah Pemilik Perniagaan Amway memilih untuk menyimpan inventori untuk menunjukkan atau membuat demonstrasi produk kepada pelanggan secara bersemuka, menggunakan produk untuk acara atau terus memberikannya kepada pelanggan sejurus selepas pembelian tanpa perlu menunggu penghantaran. Walaupun Amway tidak menggalakkan penyimpanan inventori, kadangkala lebih praktikal untuk menyimpan sedikit inventori. Terserah 100% kepada pemilik perniagaan untuk menentukan apa yang terbaik untuk memenuhi keperluan pelanggan.


Berapa lamakah masa yang diambil untuk menjana wang dengan Amway?

Dengan Amway, anda yang menentukan matlamat dan berapa banyak masa yang anda mahu luangkan untuk perniagaan ini. Pampasan dan bonus adalah berdasarkan prestasi anda dalam menjual produk kami. Tiada formula ajaib untuk menjana wang dalam perniagaan Amway. Jika ada, semua orang akan melakukannya. Setiap orang adalah berbeza dan pendekatan mereka dalam perniagaan juga berbeza.

Kebanyakan orang menyertai Amway untuk menambah sumber pendapatan utama, dan mereka mula menjana wang tambahan sebaik sahaja mereka menjual produk. Yang lain mempunyai matlamat yang lebih besar dan visi jangka panjang dengan Amway. Semakin tinggi matlamat pendapatan, semakin banyak masa dan usaha yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda. Sesetengah Pemilik Perniagaan Amway meluangkan masa dan usaha yang cukup untuk mula memperoleh pendapatan yang membolehkan mereka menjalankan perniagaan Amway sepenuh masa.

Walaupun memperoleh pendapatan tambahan adalah bagus, itu bukan satu-satunya sebab orang menyertai Amway. Ramai orang di seluruh dunia menyertai Amway untuk belajar kemahiran baharu yang diperoleh apabila memiliki perniagaan sendiri, seperti jualan, pengurusan kewangan, kepimpinan, komunikasi atau pidato umum.

Tetapi bagaimana anda memperoleh kemahiran yang diperlukan untuk berjaya? Kebanyakan pemilik perniagaan baharu dibantu oleh orang yang menaja mereka dalam perniagaan kerana mereka diberikan insentif untuk membantu anda berjaya. Tetapi Amway juga menyediakan peluang latihan percuma, melalui webinar, kelas dan bahan dalam talian.


Can_you_make_a_living_doing_Amway_full_time.jpg

Bolehkah anda menyara hidup dengan menjalankan perniagaan Amway sepenuh masa?

Boleh. Bagi beribu-ribu orang di seluruh dunia, Amway ialah satu-satunya sumber pendapatan mereka dan mereka telah membina kehidupan yang berkualiti untuk diri dan keluarga mereka. Seperti mana-mana ahli perniagaan yang berjaya, mereka melabur dengan kerja keras dan pengalaman selama bertahun-tahun sebelum Amway boleh menjadi sumber pendapatan utama mereka.

Realitinya ialah kebanyakan orang tidak melihat Amway sebagai sumber pendapatan utama, dan Amway tidak meletakkan dirinya sebagai sumber pendapatan utama bagi kebanyakan orang. Majoriti Pemilik Perniagaan Amway menjalankan perniagaan secara sambilan untuk mendapatkan sedikit wang tambahan atau mencapai matlamat kewangan tertentu. Kadangkala, apabila perniagaan mereka berkembang dan mereka memperoleh pengalaman, mereka mungkin memilih untuk meluangkan lebih banyak masa untuk Amway dan mempertimbangkan untuk menjadikannya sebagai pekerjaan sepenuh masa dan sumber pendapatan utama mereka.


Adakah Amway memerlukan saya membelanjakan wang untuk latihan dan acara?

Tidak, kami tidak memerlukan perbelanjaan tambahan untuk bahan latihan dan acara. Malah, Amway menyediakan berjuta-juta sesi latihan opsyenal percuma kepada Pemilik Perniagaan Amway seperti pembentangan secara langsung, webinar dan kelas dalam talian melalui Sistem Pengurusan Pembelajaran kami sendiri.

Pemilik Perniagaan Amway sering kali mendapat banyak bimbingan satu dengan satu daripada orang yang memperkenalkan mereka kepada peluang perniagaan ini, atau orang dalam pasukan mereka. Model Perniagaan Amway memberikan ganjaran kepada orang yang melabur dalam latihan dan pembangunan ahli pasukan dan membantu mereka menjalankan perniagaan Amway yang berjaya.

Tetapi Amway juga banyak melabur dalam latihan pemilik perniagaan dan alat untuk membantu pemilik perniagaan berjaya. Di seluruh dunia, Amway menjalankan berjuta-juta sesi latihan percuma setiap tahun, yang boleh membantu individu memperoleh pengetahuan dan akses kepada alat yang diperlukan untuk mencapai matlamat mereka.

Sesetengah Pemilik Perniagaan Amway atau pihak ketiga yang diberikan kuasa di pasaran Amway juga boleh menawarkan bahan motivasi atau latihan kepada pemilik perniagaan lain dengan bayaran. Walau bagaimanapun, bahan tersebut adalah opsyenal dan tertakluk pada polisi pemulangan Amway yang perlu disediakan oleh Pemilik Perniagaan Amway tersebut dan pihak ketiga yang diberi kuasa.

Bagi mereka yang tidak berminat untuk membina perniagaan Amway, dan hanya mahu membeli produk Amway yang berkualiti tinggi untuk kegunaan sendiri, mereka boleh mendaftar sebagai Pelanggan Istimewa Amway (APC). Ketahui lebih lanjut mengenainya di sini: https://www.amway.my/register-landing-apc


Ini ialah Bahagian 1 daripada 2 bahagian artikel.