Floating Icon
19 OCT 2020 BERITA & INSPIRASI 2 MINIT BACA 229 LIHAT 1 BERKONGSI

Bagaimana Menjadi Pemimpin yang Mengagumkan? Kit Peralatan Perniagaan yang Hebat

Kit Peralatan Perniagaan Yang Hebat

Pernahkah anda mendengar tentang kit peralatan perniagaan yang mengandungi coklat, klip jilid dan yo-yo? Bagaimana pula jika anda tambahkan batu, span dan sedikit garam?

What_does_it_take_to_be_an_amaxing_leader.jpg

Itu adalah antara item yang terdapat di dalam ‘kit peralatan kepimpinan’ yang dicipta oleh Candace Matthews, Presiden Rantau Amerika untuk Amway. Tetapi apa maksudnya dan bagaimana item tersebut mengukur kejayaannya sebagai pemimpin perniagaan


Salt_integrity_and_values.jpg

Garam: Integriti dan nilai

Garam mewakili integriti dan nilai. Candace yang berasal dari keluarga besar tahu ibu bapanya menekankan dua perkara. Pendidikan dan kepercayaan.

“Matlamat mereka adalah untuk mendidik anak-anak mereka dan memupuk nilai-nilai dan kepercayaan yang diperlukan untuk berjaya dalam kehidupan. Apa jua nilai yang menjadi pegangan anda, pertahankannya kerana nilai-nilai yang teguh adalah sangat penting bagi seorang pemimpin yang hebat selaras dengan kewibawaannya.”


Rock_perseverance.jpg

Batu: Ketabahan

Pemimpin yang hebat tidak pernah berputus asa. Mereka percaya di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. “Dengan kata lain, anda boleh mencapai apa sahaja yang anda fikirkan dan usahakan. Anda mesti benar-benar percaya kepada diri sendiri dan kebolehan yang dianugerahkan Tuhan sehinggakan tiada apa-apa atau sesiapapun yang boleh menghalang anda. Itu tidak bermakna anda tidak akan menghadapi cabaran dan halangan dalam kehidupan, kerana anda akan menghadapinya... dan pemimpin yang sebenar akan mengharunginya dan menjadi lebih kuat daripada sebelumnya. Mereka merupakan tonggak organisasi mereka.”


Sponge_always_be_open_to_learning.jpg

Span: Sentiasa terbuka untuk belajar

Pemimpin yang hebat sentiasa berevolusi, memerhatikan orang lain sama ada ketua, rakan sejawatan atau orang bawahan. Mereka sentiasa mencari jalan untuk memperbaiki diri.

“Menjadi pemimpin tidak bermakna anda sempurna, sebaiknya terus mengasah gaya kepimpinan dan kemahiran anda – terus berusaha untuk mencapai kecemerlangan. Jadi, perhatikan orang lain yang anda anggap sebagai pemimpin dalam bidang anda; perhatikan apa yang mereka lakukan dengan baik dan apa yang mereka tidak lakukan dengan baik... jadilah span dan serap semuanya.”


Camera_image_and_exposure.jpg

Kamera: Imej dan pendedahan

Sesiapa sahaja boleh mahir dalam pekerjaan mereka tetapi jika mereka tidak mempamerkan imej yang baik dan mendedahkan bakat mereka kepada orang yang tepat, mereka tidak akan dapat mencapai matlamat mereka. Ini bukan bermakna mengampu mereka yang berpengaruh. Ia bermakna terus belajar perkara baru, mencari minat baru, berkongsi idea baru dan meneroka budaya baru.


Yoyo_giving_and_receiving.jpg

Yo-yo: Memberi dan menerima

Pelajari semua yang anda perlu tahu dan lakukan perkara yang sama. Terus berbuat kebaikan.

“Pemimpin mesti berbakti kepada orang lain; ganjarannya jauh lebih besar daripada yang anda dapat bayangkan.”


Wiffle_balls_backbone.jpg

Bola wiffle: Ketegasan

Anda mungkin bertanya, apa itu bola wiffle? Ia digunakan dalam sukan yang peraturan asasnya sama seperti bermain besbol – baling bola, pukul bola dan tangkap bola! Dalam senarai Candace, bola tersebut melambangkan kekal berpegang teguh pada prinsip anda.

“Belajar cara untuk mempertahankan diri anda kerana memiliki ketegasan akhirnya akan menjadi titik perubahan untuk menjadi pemimpin yang kuat.”


Rubber_band_flexibility.jpg

Gelang getah: Kefleksibelan

Pelajari cara menjadi fleksibel. Asah kemahiran itu.

“Dan tahukah anda, anda boleh dipasarkan, anda mempunyai kemahiran dan sebaik sahaja anda bersedia, Tuhan akan membuka pintu lain. Anda akan terkejut dengan sejauh mana anda boleh berkembang.”


Balance_bar_a_balanced_life.jpg

Palang Imbang: Kehidupan yang seimbang

Membina perniagaan memang penting tetapi ada perkara yang jauh lebih penting dalam kehidupan daripada memperoleh perspektif perniagaan. Lakukan apa yang diperlukan untuk membina perniagaan anda. Tetapi, luangkanlah masa untuk membina kehidupan peribadi juga.


Hersheys_Kiss_strong_support_system.jpg

Hershey’s Kiss: Sistem sokongan yang kuat

Pemimpin yang hebat mempunyai sistem sokongan peribadi yang kuat. “Bagi saya, sistem sokongan itu ialah suami saya, Bruce yang banyak berkorban untuk memenuhi impian saya.”

“Sistem sokongan yang seimbang, kuat dan penyayang adalah penting kepada pemimpin yang hebat dan seimbang.”


Binder_clip_a_tightly_connected_team.jpg

Klip jilid: Pasukan yang sangat rapat

Pemimpin akan membiarkan dirinya dikelilingi individu yang terbaik dan paling bijak yang memiliki kemahiran pelengkap.

“Hakikatnya, pemimpin sebenar akan sentiasa membimbing orang lain untuk mengambil alih tempat mereka... dedikasikan diri anda kepada skuad anda, insan-insan yang menyerlah kualiti terbaik dan mendorong antara satu sama lain ke arah kecemerlangan.”


Qtip_quit_taking_it_personally.jpg

Putik Kapas: Jangan mudah ambil hati

Pemimpin yang hebat memberi dan menerima maklum balas langsung, membina dan jujur, dan ia tidak selalunya mudah. “Mereka mesti berkulit tebal dan juga bermuka tembok kerana akan tiba masanya apabila kedua-duanya diperlukan.”


Dollar_bill_reward_yourself_and_others.jpg

Wang kertas: Beri ganjaran kepada diri anda dan orang lain

Item terakhir di dalam kotak peralatan Candace ialah wang kertas yang mewakili hakikat bahawa pemimpin yang hebat diberi ganjaran yang lumayan, memberi ganjaran yang lumayan kepada orang lain dan berbakti kepada masyarakat setempat. Berikan masa, bakat dan harta anda – dan jangan beri sehingga ia menyakitkan anda, beri sehingga anda rasa sangat puas!


Jadi, Bagaimanakah Anda Mengukur Kejayaan Anda? Apakah Yang Ada Di Dalam Kit Peralatan Pemimpin Anda