Anda mencari cara yang kreatif dan menyeronokkan untuk memastikan jantung anda terus berdegup dan tubuh anda terus bergerak? Anda tidak keseorangan. Berita baiknya ialah tiada kekurangan dalam hal ini kerana trend kecergasan sentiasa berubah.
Pada tahun 1990-an, senaman aerobik dan video senaman oleh selebriti sangat popular. Disusuli oleh pilates dan zumba pada dekad yang seterusnya. Yang penting ialah jangan takut untuk mencari cara baru untuk kekal aktif walaupun itu bermakna mencipta sesuatu yang belum pernah dilakukan sebelum ini.
Yang Menjadi Trend
Senaman seluruh tubuh seperti kelas yoga yang sesuai dengan gaya hidup anda.
Yang Membosankan
Latihan kardio tetap seperti sawat injak (treadmill) dan basikal senaman.
Falsafah yang baru ialah menerapkan pemikiran "buang yang lama, ganti yang baru". Walaupun yoga mula popular pada tahun 2000-an, kini terdapat gaya yoga yang sesuai dengan semua jenis tubuh dan keperluan individu.
Jadi, tidak hairanlah American College of Sports Medicine (ACSM) menamakan yoga sebagai salah satu daripada 10 trend kesihatan teratas dalam tinjauan di seluruh dunia pada 2019. Ia terus popular kerana yoga telah memasukkan rutin moden seperti yoga pemulihan, yoga pendakian, yoga papan kayuh, yoga panas, malah yoga kambing.
Yang Menjadi Trend
Menguji tubuh dan juga minda anda dengan mengambil bahagian dalam balapan berhalang.
Yang Membosankan
Membataskan senaman anda dengan rutin senaman yang tetap.
Balapan berhalang menjadi trend yang sangat popular hari ini disebabkan oleh rancangan TV seperti American Ninja Warrior. Orang muda dan juga orang yang berjiwa muda mengambil bahagian dalam perlumbaan balapan berhalang sebagai sebahagian daripada senaman mereka.
Balapan berhalang biasanya dibahagikan kepada beberapa kategori termasuk perlumbaan pecut dan mengatasi halangan sebelum tiba ke garisan penamat. Halangan mungkin termasuk merangkak melepasi kawat berduri, melompat dinding, pendakian tali dan buaian tayar.
Perlumbaan yang mencabar ini membantu melawan tekanan, membina kekuatan dan ketahanan serta meningkatkan keseimbangan dan koordinasi.
Yang Menjadi Trend
Aktiviti luar yang menyeronokkan seperti denai kembara, berkanu, berkayak, permainan, sukan, daki tembok dan berkhemah.
Yang Membosankan
Keahlian gimnasium tidak fleksibel yang memerlukan kehadiran setiap hari.
ACSM telah menamakan aktiviti luaran sebagai antara 20 trend kecergasan teratas untuk tahun ini. Jika anda belum melakukannya, buatlah rancangan dengan kawan-kawan anda untuk melakukan senaman atau aktiviti yang menyeronokkan.
Ia cara yang baik untuk mengukuhkan persahabatan di samping berusaha menjadi sihat. Anda bimbang tidak cukup tenaga yang untuk melakukannya? Dapatkan rangsangan tenaga pantas dengan Minuman Tenaga XS Mangga Nanas Jambu (MPG) baru.
Ia tanpa gula jadi anda tidak perlu risau tentang kalori. Perisa baru yang lazat dari XS Energy ini juga tanpa kafein yang menjadikannya sangat baik untuk semua situasi apabila anda memerlukan minuman sejuk yang menyegarkan, tanpa perlu risau tentang pengambilan kafein.