Floating Icon
27 SEP 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 1655 LIHAT 32 BERKONGSI

Tip penjagaan kulit sihat menggunakan tiga bahan semula jadi

Penggunaan bahan-bahan semula jadi lazimnya selamat dan berfaedah untuk kulit yang sihat. Kecantikan dalaman mahupun luaran seperti kulit lebih terjaga dan yang paling penting, anda tidak perlu risau mengenai kesan sampingan atau bahan kimia yang boleh mengakibatkan alahan dan iritasi.

Bahan-bahan semula jadi ini digunakan sejak beratus tahun oleh wanita untuk memastikan diri kulit mereka kekal cantik, mulus, cerah dan lembut. Ia juga pernah dibuktikan menerusi pelbagai kajian sains yang menyokong sumber alami sebagai bahan paling berkesan untuk penjagaan kulit.

Madu, lidah buaya dan ekstrak teh putih - rahsia kulit menawan

Madu

Madu merupakan antara bahan semula jadi yang terkenal dan digunakan untuk kecantikan sejak zaman-berzaman. Kandungan asid amino prolina, vitamin B, vitamin A, vitamin C, kalium, magnesium, kalsium, natrium, sulfur, besi dan fosfat yang terdapat adalah penting dalam membina kolagen, menghilangkan kekusaman, mencerahkan kulit dan juga bersifat antipenuaan. Bagi memudahkan penggunaan madu sebagai rejim kecantikan harian, Sabun Kecantikan G&H NOURISH+oleh Amway adalah solusinya untuk pembersihan muka dan badan tanpa rasa melekit. Ia menjadikan kulit terasa segar, lembut dan lembap sepanjang hari. Lembut pada kulit, tidak mengeringkan dan menggunakan formula terbiodegradasikan, sabun ini berfungsi melegakan dan menghidratkan kulit kering. Ia tidak komedogenik dan telah diuji secara dermatologi untuk alahan, menjadikannya sesuai untuk semua jenis kulit.



Lidah Buaya

Satu lagi bahan paling mujarab untuk kesihatan kulit ialah lidah buaya atau aloe vera. Ia merawat kecederaan ringan, menyembuhkan luka dan jerawat hingga melembapkan kulit kering akibat selaran matahari. Bersifat antiradang dan antibakteria, manfaat penuh lidah buaya boleh dirasai menerusi penggunaan Aloe Care dan Gel Mandian G&H REFRESH+ oleh Amway. Aloe Care mengndungi bahan-bahan yang dijamin 100% asli dan juga Gliseril yang menambah kepekatan gel dan memberikan pelembapan yang baik. Manakala Gel Mandian G&H REFRESH+ pula mengandungi campuran eksklusif Lidah Buaya dari gurun, Ekstrak Biji Anggur dan Ekstrak Teh Hijau dalam rumusan bebas sulfat dan bebas sabun yang membersihkan kulit, menjadikan kulit terasa bersih, lembut dan terhidrat tanpa mengganggu perintang lembapan kulit atau mengeringkan kulit.



White Tea ExtractEkstrak Teh Putih

Mungkin kedengaran baru, tetapi penggunaan teh putih dalam dunia kecantikan sudah lama diamalkan. Ini kerana teh putih mengandungi antioksidan yang agak tinggi berbanding teh lain, kaya vitamin C dan Vitamin E agar kulit kekal anjal dan bebas kedutan. Jikalau mahu merasai manfaat teh putih, maka Deodoran & Antipeluh Berbuli G&H PROTECT+ adalah pilihan anda. Ekstrak teh putih dalam deodoran ini diperkaya dengan mineral semula jadi yang membantu mengeluarkan kotoran daripada kulit, menyerlahkan tona kulit dan cepat mengering tanpa meninggalkan tanda putih pada kulit atau pakaian. Ia lembut pada kulit dengan perlindungan deodoran sehingga 48 jam.



Tunggu apa lagi? Mulakan rejim penjagaan kesihatan kulit anda dengan tiga bahan alami ini daripada rangkaian G&H PROTECT+ di Amway.my.

Sumber:

Dr Nur Huda Faujan dan Prof Madya Dr Zaiton Hassan (Mac 22, 2018), Khasiat madu terbukti menerusi kajian saintifik, Berita Harian

Kouhihabibidehkordi, G., Kheiri, S., Karimi, I., Taheri, F., Bijad, E., Bahadoram, M., Alibabaie, Z., Asgharian, S., Zamani, H., & Rafieian-Kopaei, M. (2021). Effect of White Tea (Camellia sinensis) Extract on Skin Wound Healing Process in Rats. World journal of plastic surgery, 10(1), 85–95. https://doi.org/10.29252/wjps.10.1.85