Floating Icon
01 JUL 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 403 LIHAT 38 BERKONGSI

Memperkenalkan Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER

Dalam artikel sebelum ini, kita mengetahui bahawa selain menggalakkan kesihatan usus yang baik, probiotik juga bermanfaat untuk kebersihan mulut secara keseluruhan. Oleh itu, memastikan mikrobiom mulut anda seimbang adalah penting untuk mulut yang lebih sihat dan mengelakkan masalah mulut seperti sakit gigi, sakit gusi, mulut berbau.

Menambah ubat gigi probiotik dalam rutin rawatan pergigian adalah cara terbaik untuk menguatkan gigi dan memberikan anda senyuman berseri yang mempesonakan. Apa yang anda perlukan ialah ubat gigi bukan sahaja membersih dengan berkesan tetapi juga menangani masalah kesihatan mulut seperti masalah gusi dan nafas berbau.

Dapatkan sahaja Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER baharu! Dihasilkan dengan formula fluorida revolusioner yang diperkaya dengan bahan probiotik, jadikan ubat gigi hebat ini sebahagian daripada penyelesaian 3 langkah anda untuk mengekalkan kesihatan mulut yang optimum.

A new addition to the GLISTER family.jpg

Formula Multindakan untuk mencegah kaviti

Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER menawarkan formula termaju yang direka untuk memerangi masalah gusi dan menggalakkan kesihatan mulut secara keseluruhan dan juga sesuai untuk digunakan sebagai ubat sakit gigi, ubat sakit gigi berlubang atau ubat gusi bengkak. Ubat gigi GLISTER diperkaya dengan probiotik, ia menyasarkan bakteria penyebab penyakit di dalam rongga mulut, menghapuskannya dengan berkesan dan mencegah pembentukan biofilem patogen untuk mengurangkan plak gigi yang secara tidak langsung menjadi ubat sakit gigi berlubang paling berkesan.

Tindakan Perlindungan Berganda untuk gusi yang sihat

Biar kami jelaskan: Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER bukan sahaja merawat gejala masalah gusi; ia menangani puncanya. Ubat gigi GLISTER berfluorida ini mengandungi probiotik yang berkesan mencegah pembentukan plak gigi dan salah satu cara hilangkan sakit gigi. Pada masa yang sama, faktor perlindungan gusi berfungsi untuk melegakan ketidakselesaan dan menjaga kesihatan gusi. Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gusi dan helo kepada senyuman yang lebih sihat!

Rasa baru yang menyegarkan

Dipercayai masyarakat di seluruh dunia, Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER menawarkan lebih daripada sekadar rasa yang hebat. Dengan perisa teh putih yang menyegarkan dan rasa dingin yang nyaman lagi menyenangkan, ia menjadikan mulut anda berasa segar dan bersih selepas setiap kali memberus. Selain itu, ia menyokong keseimbangan mikrobiom mulut anda yang sihat untuk membantu menyingkirkan plak yang menyebabkan kaviti dengan penggunaan yang kerap.

Kebaikan Berasaskan Tumbuhan untuk nafas yang segar

Alami kesegaran berkekalan Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER, mengandungi ekstrak teh putih yang dipilih dengan teliti untuk kesan rasa dingin yang berpanjangan. Malah, 95% subjek bersetuju bahawa ia meninggalkan aroma yang berkekalan di dalam mulut*. Selain itu, dengan sifar aditif dan bahan yang lebih lembut, anda boleh mempercayai yang anda menggunakan produk yang lembut namun berkesan.

Formula Fluorida REMINACT untuk gigi yang lebih kuat

Diformulasi dengan fluorida REMINACT, Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER menggalakkan pemineralan semula gigi dan menguatkan enamel untuk melindungi daripada kerosakan gigi dengan berkesan. Malah, kajian telah menunjukkan bahawa ia meningkatkan kekerasan permukaan gigi yang mengagumkan sebanyak 118.32%* agar anda yakin untuk memberikan senyuman yang lebih sihat dan lebih kuat.

Bebas aditif berbahaya

Berkesan namun selamat untuk kegunaan harian, Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER bebas paraben, alkohol, peroksida, gula dan bahan-bahan yang berasal daripada haiwan. Anda boleh memberus dengan yakin apabila mengetahui yang anda menggunakan ubat gigi yang mengutamakan kesejahteraan anda.

GLISTER Multi-Action White Tea Toothpaste.jpg

Dengan formula inovatif, perisa yang menyegarkan dan keberkesanan yang terbukti, Ubat Gigi Teh Putih Multitindakan GLISTER ialah penyelesaian muktamad untuk mencapai senyuman yang lebih sihat. Ucapkan selamat tinggal kepada masalah gusi, plak punca kaviti dan aditif berbahaya – dan helo kepada anda yang lebih ceria dan lebih yakin. Cubalah hari ini dan alami sendiri perbezaannya!





* Ujian pengguna: Dijalankan oleh Shaanxi Biocell General Testing Co., Ltd