Floating Icon
12 MAR 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 90 LIHAT 2 BERKONGSI

Waktu tidur untuk Bayi dengan g&h

gnh-bk.png

Sebagai ibu bapa, anda mungkin telah diberitahu bahawa mewujudkan rutin waktu tidur yang konsisten adalah penting untuk tidur yang berkualiti dan kesejahteraan keseluruhan bayi kesayangan anda. Tetapi sejauh manakah kepentingannya? 

g&h_Baby_is_perfect_for_your_little_one_s_delicate_skin_and_hair.jpg

Ada sebabnya mengapa selama beberapa generasi, ahli pediatrik di seluruh dunia sangat menggalakkan ibu bapa untuk mewujudkan rutin waktu tidur yang konsisten dan teratur. Ia membantu si kecil anda berehat dan memberikan isyarat kepada bayi anda bahawa sudah tiba masanya untuk bersantai dan bersedia untuk tidur.

Ini menggalakkan kualiti tidur yang lebih baik, membantu dalam perkembangan otak dan memupuk ikatan ibu bapa dan anak yang kuat. Rutin menenangkan yang penuh dengan kasih sayang dan sentuhan lembut menggalakkan rasa selamat dan selesa yang meyakinkan bayi betapa mereka sangat disayangi.

Mahu mengeratkan ikatan anda dan mengatur waktu tidur bayi anda? Berikut ialah rutin waktu tidur bayi yang kami syorkan menggunakan dua produk penting daripada rangkaian g&h Baby – Mandian & Syampu g&h Baby dan Losen g&h Baby. Diperakui vegan dan dirumus tanpa haruman, surfaktan sulfat, pewarna tiruan, minyak mineral, ftalat atau paraben, ia selamat untuk bayi dan kanak-kanak berusia 6 bulan hingga 3 tahun.

Suitable-for-babies-and-toddlers-from-6-months-to-3-years-old-BM.jpg



Mandikan si kecil anda dengan Mandian & Syampu g&h Baby

Mulakan rutin waktu tidur dengan mandi air suam untuk membantu menenangkan bayi anda. Diuji oleh pakar dermatologi dan menjalani ujian alergi, Mandian & Syampu g&h Baby mempunyai formula lembut (bebas sabun, bebas haruman dan tidak memedihkan mata) yang direka untuk membersih dan melembapkan dengan teliti dengan Perlindungan Tiga Perintang.

Diperkaya dengan Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun dan Minyak Pati Kamomil, produk 2 dalam 1 ini melembap dan melindungi kulit dan rambut halus bayi anda. Ia juga dipertingkatkan dengan Kompleks Ekstrak Tunas Segar yang melegakan (campuran ekstrak tunas daripada brokoli, alfalfa, kubis, gandum yang bertunas, bok choy dan tunas lobak) serta Kompleks Ekstrak Daun Hijau untuk membantu membina lapisan pelindung yang kuat dan mempertahankan kulit bayi daripada tekanan luaran.

Sediakan mandian menggunakan air suam. Tambahkan sedikit Mandian & Syampu g&h Baby ke dalam air atau tuang terus pada tuala muka bayi yang lembut. Bersihkan kulit dan rambut bayi anda dengan lembut, beri perhatian tambahan pada pelipat dan celah. Haruman yang menenangkan juga akan mewujudkan suasana yang tenang.

Protect-baby_s-skin-with-24-hour-moisture.jpg

Sapu Losen Bayi g&h untuk kulit yang lembut dan lembap

Selepas mandi, manjakan kulit lembut bayi anda dengan Losen g&h Baby. Menampilkan Perlindungan Tiga Perintang, losen yang sangat melembapkan ini mengunci kelembapan sehingga 24 jam. Air Kompleks Kalendula, Seramida Diperoleh daripada Minyak Zaitun dan Minyak Pati Kamomil membantu menguatkan perintang lembapan kulit bayi anda untuk merangsang tahap penghidratan semula jadi, manakala Kompleks Ekstrak Tunas Segar dan Kompleks Ekstrak Penapaian Semula Jadi membantu menenangkan kulit bayi.

Disebabkan teksturnya yang licin dan tidak berminyak, losen ini mudah disapu dan menjadikan kulit bayi terasa lembut, licin dan kelihatan lembap. Hanya urut sedikit pada kulit bayi anda untuk mengunci lembapan, melegakan kerengsaan dan mengelakkan kekeringan.

Beri bayi anda urutan yang lembut dan menenangkan

Sertakan urutan lembut dalam rutin waktu tidur anda menggunakan Losen g&h Baby. Gunakan gerakan perlahan dan bulat pada lengan, kaki dan belakang bayi anda. Ini bukan sahaja membantu menenangkan tetapi juga mengeratkan ikatan ibu bapa dan anak. Bau losen yang menenangkan menambah sentuhan ketenangan. 

Lull_your_baby_to_sleep_with_a_calming_bedtime_routine.jpg

Wujudkan persekitaran waktu tidur yang menenangkan

Tingkatkan persekitaran tidur bayi anda dengan memalapkan lampu, memainkan lagu dodoi dan mengekalkan waktu tidur yang konsisten. Rutin penggunaan Mandian & Syampu g&h Baby dan Losen g&h Baby menjadi isyarat deria yang memberitahu bayi anda bahawa sudah tiba masanya untuk tidur malam yang lena.

Pamper_your_skin_with_g&h.jpg

Ucapkan selamat malam – dan berehat

Mewujudkan rutin waktu tidur dengan produk yang tepat boleh menjadi pengalaman yang memuaskan untuk ibu bapa dan bayi. Setelah mewujudkan persekitaran yang melegakan untuk tidur malam yang tenang untuk si kecil anda dan menikmati saat-saat berharga membina ikatan dan bersantai, ibu kini boleh memfokus kepada penjagaan diri!

Mummy_needs_Me_Time_with_Dreamland_and_ARTISTRY.jpg

Manjakan diri anda dari hujung rambut sampai ke hujung kaki dengan rutin penjagaan badan yang menyuburkan kulit dan menjaga kulit anda dengan baik. sudahi dengan memakai ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dan anda sudah bersedia untuk tidur lena di atas Tilam, Kepala Katil Dan Divan Luxe Serenity Chiromax Dreamland dan bangun kembali bertenaga sepenuhnya untuk menjalani hari yang baharu.