Floating Icon
01 MAR 2024 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 263 LIHAT 70 BERKONGSI

ARTISTRY Sleeping Mask: Memulihkan Kulit Letih, Semalaman!

Dalam kesibukan menjalani kehidupan seharian, kulit kita sering menanggung akibat gaya hidup yang sibuk, kelihatan letih, kusam dan ternyahhidrat. Lagipun, antara mengimbangi kerja, keluarga dan komitmen peribadi, biasanya hanya ada sedikit masa untuk penjagaan diri.

Jangan bimbang – ada penyelesaian penjagaan kulit semalaman yang sesuai dengan rutin anda yang sangat sibuk: ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask.

Sama ada anda ibu bapa yang sentiasa sibuk, si lipas kudung yang sukakan kesibukan atau seseorang yang sukakan TLC (layanan lembut penuh kasih sayang) pada waktu malam, berikut ialah 5 sebab ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask layak mendapat tempat tetap dalam rutin penjagaan kulit anda.

1. Penghidratan Mendalam:

Gaya hidup kita yang sentiasa sibuk boleh menghilangkan kelembapan kulit kita, disebabkan tekanan, kurang tidur dan penceroboh alam sekitar. Memperkenalkan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask dengan unsur penghidratan yang berkuasa seperti Ekstrak CICA Tertapai dan Bunga Bakawali (Tan Hua).

ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask with potent hydrating elements

CICA Tertapai mempunyai kesan pelembapan yang 7 kali lebih kuat daripada CICA tak tertapai – ia menyimbahi kulit anda dengan penghidratan bak embun.

Bahan yang berharga, Bunga Bakawali bertindak sebagai takungan air yang mengembalikan tahap kelembapan dalam kulit. Bersama-sama, bahan-bahan ini bertindak semalaman dan menjadikan kulit kelihatan gebu, lembut dan sangat terhidrat setibanya waktu pagi.


2. Pemulihan Semalaman:

Semasa tidur, kulit kita mengalami proses pembaikan semula jadi. ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask menyokong proses ini dengan gabungan bahan-bahan yang memulihkan kulit, termasuk Prebiotik daripada serbuk Akar Cikori dan Biji Chia Putih.

ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask supports natural repair process

Prebiotik membantu menguatkan mikrobiom kulit manakala Biji Chia Putih Nutrilite ialah bintang serba boleh dalam setiap produk SKIN NUTRITION – dengan alasan yang kukuh! Ia membantu menguatkan perintang lembapan kulit, melawan penuaan pramatang dan merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih licin, kelihatan lebih muda lama-kelamaan.


3. Rangsangan Pencerahan:

Jadual yang sibuk seringkali bermakna kurang masa untuk rutin penjagaan kulit  yang menyebabkan kulit kusam dan tidak berseri. Untuk mengatasi masalah ini, ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask menampilkan Niasinamida (Vitamin B3) yang menyekatakan tona kulit dan memancarkan keserian pada kulit untuk menyerlahkan kulit yang lebih cerah dan bercahaya pada waktu pagi.

ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask brightens your skin


4. Formulasi Menentang Umur:

Tekanan dan kelesuan boleh mempercepatkan proses penuaan, menimbulkan garis-garis halus dan kedutan pada kulit kita. Jangan takut kerana ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask diperkuat dengan kuasa antioksidan seperti Biji Chia Putih, Ekstrak Kekwa dan Askorbil Glukosida (AA2G). Pahlawan perkasa ini membantu meminimumkan tanda-tanda penuaan ketara, memejal dan melicinkan kulit untuk penampilan yang lebih muda. 

ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask reduces fine lines


5. Bahan Semula Jadi yang Melega dan Menyuburkan:

Gaya hidup yang sibuk boleh menyebabkan kulit rasa tertekan dan terengsa. Itulah sebabnya ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask mengandungi bahan botani yang melegakan seperti Kompleks Botani 7 Ramuan serta Minyak Pati Lavender dan Bergamot. Agen penenang ini mengurangkan keradangan dan kemerahan semasa anda tidur supaya kulit anda kelihatan seimbang, tenang dan memperoleh rehat secukupnya pada waktu pagi!

7-Ingredient Botanical Complex in ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask



Pemulihan Waktu Malam, Pencergasan Semula Waktu Pagi dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask

Evening Restoration, Morning Revitalisation with ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask

Menghidrat, melega, melindungi, memulih, menyubur dan mencergaskan semula – ARTISTRY SKIN NUTRITION Sleeping Mask melakukan semuanya! Tidur dengan lena kerana tahu yang anda telah menjaga kulit dengan baik sepanjang malam untuk membantu anda kelihatan terbaik untuk menghadapi hari yang mendatang.