Floating Icon
01 FEB 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 5 MINIT BACA 939 LIHAT 58 BERKONGSI

4 Perkara Penting yang Anda Perlukan untuk Tulang yang Kuat

Tulang yang kuat dan sihat ialah asas kehidupan yang panjang dan sihat. Apabila usia semakin meningkat, proses tubuh dan sel kita menjadi perlahan. Oleh itu, kuatkan tubuh anda dengan vitamin, mineral dan nutrien yang diperlukan lebih awal. Ingat: mencegah lebih baik daripada mengubat!


Vitamin dan mineral yang penting untuk tulang yang sihat

Terdapat banyak vitamin dan mineral yang anda perlukan untuk memastikan tulang anda sihat dan kuat, termasuk:

  • Protein
  • Kalsium
  • Magnesium
  • Vitamin D


Mulakan Hari Anda Dengan Betul dengan Protein

Protein sangat penting untuk pertumbuhan tulang dan otot serta memastikan tubuh anda mendapat tenaga yang sepatutnya. Selain itu, tahukah anda bahawa protein membentuk kira-kira 50% daripada isipadu tulang dan kira-kira satu pertiga daripada jisimnya?

Apabila anda memulakan hari anda dengan protein, ia bukan sahaja membantu menggalakkan perkembangan tulang yang lebih baik tetapi juga membantu meningkatkan dan mengekalkan jisim tulang dan otot yang terbukti penting apabila tubuh kita semakin tua.

Consume Nutrilite Soy Protein Drink for stronger bones.jpg

Jika anda tidak mempunyai masa untuk mengambil protein yang mencukupi daripada sumber makanan, sokong tubuh anda dengan Minuman Protein Soya Nutrilite. Ia sangat mudah dicerna dan diperoleh secara mampan daripada soya, kacang pis dan gandum bukan GMO yang menguatkan blok binaan tubuh anda dari dalam ke luar.


Kalsium

Tahukah anda 99% kalsium dalam tubuh disimpan dalam tulang dan gigi anda? Kalsium ialah bahan binaan penting untuk tulang dan juga diet harian anda.

Normal and damaged bone formation_e.jpg

Bagi kanak-kanak dan remaja, tubuh mereka membina tulang baru lebih cepat daripada menguraikan tulang yang lama. Apabila anda mencapai usia 30 tahun, tubuh anda mengurai dan membentuk jisim tulang pada kadar yang sama. Bagi orang dewasa yang lebih tua, tulang terurai pada kadar yang lebih cepat daripada yang dibina. Oleh itu, manusia terutamanya wanita, menghadapi risiko osteoporosis yang lebih tinggi apabila usia mereka meningkat.

Apabila anda tidak mengambil kalsium yang mencukupi, tubuh anda kehilangan simpanan daripada tulang anda, yang boleh menyebabkan kuku lemah dan rapuh, kebas pada tangan dan kaki serta kekejangan otot.

Example of food sources that are rich in calcium.jpg

Secara purata, anda perlu mengambil 1,000 hingga 1,200mg kalsium sehari sebagai orang dewasa. Antara sumber semula jadi kalsium termasuk:

  • Produk tenusu (susu, keju, yogurt)
  • Sayur-sayuran hijau
  • Sardin & salmon
  • Kekacang
  • Tauhu


Magnesium

Apabila bercakap tentang kesihatan tulang, kalsium selalunya perkara pertama yang terlintas di fikiran. Tahukah anda bahawa magnesium juga memainkan peranan yang sangat penting dalam banyak fungsi tubuh? Digandingkan dengan kalsium, magnesium juga penting untuk tulang yang kuat. Lebih 50% magnesium dalam tubuh anda disimpan dalam sistem rangka, dan penting untuk anda mengambil magnesium secukupnya untuk memastikan struktur dan fungsi tubuh anda dalam keadaan optimum.

Sumber semula jadi magnesium boleh didapati dalam kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau dan biji-bijian. Walau bagaimanapun, bagi anda yang lebih suka makanan lebih segera (dan digoreng celur), kemungkinan besar anda tidak memberikan tubuh anda jumlah yang diperlukannya.

Nisbah magnesium yang ideal ialah nisbah 2:1 kalsium dengan magnesium. Jadi, jika anda mengambil 1,000mg kalsium sehari, anda sepatutnya mengambil 500mg magnesium sehari juga!


Vitamin D

Pengambilan vitamin D yang sihat dalam diet penting untuk kesihatan tulang dan usus anda. Ia alat penting yang diperlukan oleh tubuh anda untuk menggalakkan penyerapan kalsium yang cekap.

Vitamin D bagus untuk banyak perkara dan sumber yang paling baik adalah daripada cahaya matahari. Walau bagaimanapun, pendedahan berpanjangan pada cahaya matahari tanpa perlindungan kulit yang sesuai seperti pelindung matahari SPF tinggi boleh memberi kesan buruk yang lain kepada kulit anda. Bagi anda yang tidak suka berada di luar, suplemen vitamin D sangat sesuai.


Protein + 1

Sebagai alternatif, suplemen juga cara terbaik untuk memastikan anda membekalkan tubuh dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang diperlukannya. Jadi, selain mengambil Minuman Protein Soya Nutrilite, gandingkan protein anda dengan suplemen Nutrilite yang lain.

Consume Nutrilite Soy Protein Drink and Nutrilite Cal Mag D Plus for stronger bones.jpg

Nutrilite Cal Mag D Plus membekal ketiga-tiganya pada tahap optimum dalam satu tablet yang mudah ditelan! Diperoleh daripada rumpai laut terkapur yang dituai dari dasar laut fjord Iceland, Cal Mag D Plus merupakan suplemen pekat yang memenuhi keperluan pengambilan harian dan keseluruhan untuk memastikan tulang anda kuat.

Nutrien yang diperoleh secara mampan ini kemudiannya digandingkan dengan vitamin D dan tidak mengandungi pewarna tiruan, perisa atau pengawet. Nutrilite Cal Mag D Plus juga bebas laktosa yang menjadikannya penyelesaian ideal untuk orang yang sensitif atau tak toleran laktosa!


BACA SAYA!

  • Untuk lebih banyak maklumat protein, baca ini
  • Untuk resipi yang padat dengan protein, semak imbas dan cuba ini
  • Kira berapa banyak protein yang anda perlukan setiap hari di sini

Artikel ini adalah sebahagian daripada kempen Mulakan Hari Anda dengan Betul dengan Kuasa Protein oleh Nutrilite.