Floating Icon
01 AUG 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 1 MINIT BACA 1674 LIHAT 79 BERKONGSI

5 Petua Kecantikan untuk Bibir yang Lebih Gebu

Biarpun rona merah jambu berkilat, merah pekat atau nude lembut, gincu merupakan alat asas dalam setiap kit solekan – dan dengan majlis kembali seperti biasa di mana-mana, tiada masa yang lebih baik lagi daripada sekarang untuk mempamerkan senyuman anda yang dihiasi dengan rona gincu kegemaran anda.

Pesonakan mata yang memandang dan cuba 5 petua kecantikan ini untuk memiliki bibir yang mengiurkan, terhidrat dan gebu yang dicemburui oleh sesiapa sahaja.


Melembap

Wajah anda yang ditutupi dengan pelitup muka kebanyakan masa di luar rumah boleh mengganggu beberapa tabiat anda yang mungkin sudah terbentuk sebelum COVID – seperti memakai balm dan pengilat bibir. Ini bukan sekadar pilihan estetik untuk mengambil tiub balm bibir daripada kedai solek atau farmasi setempat anda, ini merupakan keperluan!

Elakkan bibir yang pecah-pecah dan merekah dengan memastikannya dilembapkan. Seperti kulit anda, bibir anda memanfaatkan sepenuhnya daripada minyak botani, mentega dan lilin yang berkhasiat. Minyak vitamin E sebagai contoh, bagus untuk mewujudkan lapisan pelindung sambil menyuburkan bibir anda.

Mengelupas

Ya, bibir anda juga memerlukan skrub yang baik sekali-sekala!

Mengelupaskan bibir anda dengan skrub gula semula jadi membantu menanggalkan lapisan atas yang kering dan pecah-pecah. Anda juga boleh membuat skrub pengelupas bibir anda sendiri di rumah! Hanya campurkan minyak kelapa dan gula perang untuk memberikan bibir anda rupa baru yang menggiurkan. 

Menghidrat

Menghidrat, menghidrat, menghidrat!

Asas kesejahteraan keseluruhan ditentukan mengikut jumlah air yang anda minum dalam sehari. Meminum air yang mencukupi bukan sahaja menyahtoksik badan anda, malah ia memastikan kulit dan bibir anda kekal terhidrat. Kajian menunjukkan penambahbaikan dalam ketebalan dermis kulit apabila penghidratan yang mencukupi, jadi pastikan anda minum 8 gelas air sehari!

Minyak Pati

Minyak pati bukan sahaja bagus untuk urutan aromaterapi malahan turut menawarkan beberapa manfaat kepada kulit dan bibir anda. Minyak seperti kayu manis dan pudina memberikan bibir anda penyelesaian yang menggebukan bibir anda. Minyak pudina terkenal kerana dapat merangsang bibir dan meningkatkan peredaran darah lalu memberikan penampilan yang gebu secara semula jadi kepada bibir anda.

ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick new shade - Bean

Jika anda tercari-cari rona gincu baru untuk dicuba, apa kata tumpukan terus pada ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick baharu dalam rona rosewood gelap semula jadi! Gincu ini juga mempunyai nama yang comel: Bean!


Tetapi jika rona tanah semula jadi bukan kegemaran anda, ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick juga didatangkan dengan 3 warna terang lain – Berry, Orange dan Rouge. Tidak kira warna yang anda pilih, anda akan menikmati pigmentasi yang kaya dan penghidratan yang melegakan kerana semua ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick mengandungi Natrium Hialuronat dan Vitamin E untuk bibir yang lembut lagi menggiurkan.


Dapatkan gincu anda hari ini!