Floating Icon
14 JUL 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 3 MINIT BACA 964 LIHAT 21 BERKONGSI

Punca Utama: Bagaimana Kulit Kepala yang Sihat Memberi Anda Rambut yang Sihat

Rambut Sihat, Kulit Kepala Sihat

Kulit kepala kita seperti tanah di taman yang membolehkan rambut kita tumbuh subur. Asas yang kuat dan sihat memastikan taman yang subur, begitu juga dengan kulit kepala yang kuat dan sihat akan memastikan rambut kita mempunyai persekitaran yang terbaik untuk tumbuh.


Tanda-tanda kesihatan kulit kepala yang tidak seimbang termasuk:

Kegatalan


Mengelupas
Kemerahan
Kekeringan

Ramai orang menganggap rambut sebagai mahkota kebanggaan mereka. Sama ada pewarna rambut, produk rambut atau rawatan rambut, kulit kepala kita yang menerima kesan buruk tabiat dandanan harian kita. Sebenarnya, rutin penjagaan rambut yang hanya tertumpu pada keadaan dan penampilan rambut mungkin menjejaskan kesihatan kulit kepala anda.


Berikut ialah beberapa cara untuk memastikan rambut dan juga kulit kepala anda sihat:


Basuh rambut anda setiap 2-3 hari

Mengekalkan tahap pH yang seimbang menguatkan folikel rambut dan mengurangkan rambut gugur dan putus.

Kerap mencuci boleh menyingkirkan minyak semula jadi kulit kepala dan menyebabkan kulit kepala anda menghasilkan lebih banyak minyak untuk menggantikannya. Ini boleh menyebabkan penampilan yang lebih berminyak dan mengganggu keseimbangan semula jadi kulit kepala anda.

Sudah tentulah ia berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain serta jenis kulit kepala dan rambut masing-masing, tetapi secara purata, anda disyorkan untuk mencuci rambut setiap 2-3 hari.


Elakkan bahan yang melelaskan

Banyak jenama penjagaan rambut pada hari ini mempromosikan pelbagai rumusan ‘bebas bahan x’, tetapi adakah ia benar-benar bebas bahan kimia?

Sulfat, surfaktan, paraben dan ftalat telah lama menjadi bahan isi rumah, tetapi baru-baru ini penyelidikan menunjukkan bahawa ia boleh memberi kesan buruk pada kesihatan rambut anda.

Sulfat, khususnya, menyingkirkan minyak semula jadi dan perintang rambut anda.


Cuci dengan lembut

Cucian rambut mewah bukan hanya dikhaskan semasa kunjungan ke salon atau tukang gunting rambut! Ada sebab mengapa ia rasa sangat menenangkan, dan itulah sebabnya kulit kepala anda memerlukan belaian sekali-sekala.

Luangkan masa semasa mandi untuk mengurut kulit kepala anda dengan lembut semasa bersyampu untuk merangsang peredaran darah dan membolehkan penyerapan bahan-bahan bermanfaat dalam syampu anda.


Jaga rambut anda dengan SATINIQUE

Diperbuat daripada bahan-bahan berasaskan tumbuhan dan adunan botani yang unik, SATINIQUE menawarkan pelbagai jenis syampu dan perapi untuk dipilih, semuanya menjaga rambut dan juga kulit kepala anda.


Dari rambut gugur dan kelemumur hingga melebatkan dan membaiki lembapan, SATINIQUE ada semua yang anda cari. Rumusan pH neutral yang dihasilkan dengan teliti memfokuskan untuk membersihkan rambut dan kulit kepala anda tanpa menjejaskan keseimbangan semula jadinya.

Rahsia pembersihan lembut SATINIQUE? Surfaktan berasaskan tumbuhan, tahap pH yang sedikit berasid dan rumusan terbiodegradasi yang mudah dibilas tanpa sebarang sisa, memberi anda kulit kepala yang segar dan rambut yang sihat.


Untuk mengetahui lebih lanjut tentang rangkaian lengkap syampu dan perapi SATINIQUE yang tersedia, klik di sini!