Sememangnya suatu perkara yang menyeronokkan apabila berada di luar rumah sambil menikmati udara segar – serta memperoleh rangsangan vitamin D daripada sinar matahari.
Jika anda keluar rumah untuk aktiviti harian berjalan kaki, menunggang basikal atau bercuti di tepi pantai, adalah bagus sekiranya anda mengetahui perkara paling asas mengenai Pelindung Matahari. Ia benar-benar boleh menyelamatkan kulit anda.
Semua kulit memerlukan perlindungan daripada sinar matahari yang berbahaya. Tidak kisahlah sama ada tona kulit anda cerah, gelap atau tona di antaranya. Tetapi bukan semua produk pelindung matahari dihasilkan sama dan label-labelnya boleh mengelirukan. Mari kita teliti beberapa perkara asas supaya anda boleh memilih produk yang terbaik untuk dimasukkan ke dalam rutin penjagaan kulit anda.
UVA lwn UVB: Apakah perbezaannya?
Sinar Ultraungu (UV) adalah sebahagian daripada tenaga semula jadi yang dihasilkan oleh matahari dan terdapat 3 jenis sinar UV: sinar UVA, UVB dan UVC. Sinar UVC adalah yang paling berbahaya daripada ketiga-tiga sinaran itu, tetapi kesemuanya ditapis sepenuhnya oleh atmosfera dan malah tidak sampai ke bumi. Tinggallah sinar UVA dan UVB, dan malangnya, pendedahan yang berpanjangan terhadap mana-mana sinar UV ini adalah faktor risiko yang utama bagi kulit yang rosak akibat cahaya matahari.
Apakah perbezaan antara kedua-dua sinar dan kerosakan yang ia boleh lakukan pada kulit anda? Sinar ultraungu B (UVB) juga dikenali sebagai sinar pembakaran. Ia menembusi dan boleh merosakkan lapisan atas kulit anda, jadi terlalu banyak pendedahan terhadap sinar UVB akan menyebabkan selaran matahari dan bahkan melepuh.
Intensiti sinar UVB berubah-ubah sepanjang hari. Anda memerlukan lebih banyak perlindungan daripadanya apabila sinar matahari adalah yang terkuat, yang biasanya dari lewat pagi hingga ke pertengahan petang. Sinar ini juga boleh melantun daripada permukaan logam kenderaan dan permukaan reflektif yang lain, menyentuh kulit anda dan menyebabkan kerosakan dua kali ganda.
Sementara itu, sinar ultraungu A (UVA) dikenali sebagai sinar penuaan. Ia lebih lazim dan meresap lebih jauh ke dalam kulit anda, menyebabkan pigmen di sana menjadi gelap serta meningkatkan kedutan dan hilang keanjalan. Sinar ini boleh masuk melalui tingkap rumah atau kenderaan anda, dan wujud walaupun ketika cuaca mendung.
Kedua-dua sinar ini membahayakan kulit dengan cara yang berbeza, maka adalah penting untuk melindungi kulit anda daripada kedua-dua sinar UVA dan UVB – di sinilah perlu ada pelindung matahari dengan perlindungan spektrum yang luas.
Apakah perlindungan spektrum yang luas?
Perlindungan spektrum luas merujuk pada pelindung matahari yang melindungi daripada sinar UVA dan UVB. Jika label tidak menunjukkan spektrum yang luas, ini bermakna produk tersebut hanya melindungi daripada sinar UVB.
Apabila memilih pelindung matahari untuk disapu ke seluruh badan anda – dari bahagian atas telinga anda hingga ke hujung jari kaki anda – adalah lebih baik memilih formula spektrum luas tetapi jangan lupa untuk melihat SPF juga.
Apa maksud SPF?
Semua pelindung matahari mempunyai SPF, atau faktor perlindungan matahari. Secara umumnya, nombor ini memberitahu anda berapa lama sinar UV matahari akan membakar kulit anda apabila anda memakai pelindung matahari, berbanding berapa lama masa yang diperlukan untuk membakar kulit anda tanpa sebarang pelindung matahari.
Sebagai contoh, jika anda menyapu pelindung matahari dengan SPF 30 pada kulit anda, ia akan mengambil masa kira-kira 30 kali lebih lama untuk kulit anda terbakar berbanding jika anda tidak memakai sebarang pelindung matahari. Tetapi intensiti pendedahan matahari juga penting kerana kulit seseorang terbakar lebih cepat pada waktu yang berlainan. Ingat, intensiti sinar UVB sangat tinggi antara waktu pertengahan pagi dan pertengahan petang, maka SPF yang lebih kuat akan membantu melindungi kulit anda dengan lebih baik. Oleh itu, American Academy of Dermatology (AAD) mengesyorkan agar menggunakan sekurang-kurangnya pelindung matahari dengan SPF 30 setiap hari.
Adakah benar-benar ada perbezaan antara SPF 30 dan SPF 50?
Apabila nombor SPF anda mencecah 30 dan ke atas, terdapat sedikit perbezaan antaranya tetapi tidak banyak.
Pelindung matahari SPF 15 menghalang 93% sinar UVB daripada matahari, manakala SPF 30 menghalang 97% dan SPF 50 menghalang 98%. Tiada yang menghalang 100% sinar matahari yang berbahaya, tetapi ia sedikit sebanyak pasti membantu.
Juga penting: Menggunakan nombor SPF yang lebih tinggi tidak bermakna anda boleh berada lebih lama di bawah matahari. Tidak kira apa tahap SPF yang anda gunakan, pelindung matahari harus disapu semula setiap dua jam apabila anda berada di luar dan lebih kerap jika anda berenang atau berpeluh.
Apakah jenis pelindung matahari yang perlu saya gunakan untuk muka saya?
Di negara kita yang mengalami pelbagai cuaca, kulit semua orang mempunyai pelbagai tahap pigmentasi. Tetapi, tanpa mengira tona kulit anda, semua kulit perlu dilindungi oleh pelindung matahari.
Ini bermakna rutin penjagaan kulit anda pada waktu pagi harus ditambah dengan pelindung matahari. Ia boleh menjadi mudah jika anda memilih produk yang sudah ditambah dengannya. ARTISTRY SKIN NUTRITION™ Hydrating, Balancing dan Renewing Day Lotions serta Renewing Reactivation Day Cream semuanya telah ditambah dengan SPF 30.
Formula Menghidratkan dan Menyeimbangkan mengandungi Kompleks Pencegahan yang merangsang sistem pertahanan semula jadi kulit sebanyak 350%*. Dan apabila anda memilih Formula Memperbaharui, sebenarnya anda melawan kerosakan matahari melalui dua cara. SPF dalam formula Memperbaharui bukan sahaja membantu melindungi daripada sinar matahari yang merosakkan, tetapi juga mengandungi Kompleks Pembaikan—campuran bayam, kunyit, bunga tea olive dan banyak lagi, yang berfungsi untuk memulihkan keadaan keremajaan kulit sebanyak 600%**, membantu mengundurkan tanda -tanda penuaan yang ketara.
Jika anda lebih menyukai produk SPF yang berasingan, pertimbangkan ARTISTRY IDEAL RADIANCE UV Protect SPF 50+ PA++++atau ARTISTRY Phyto UV Protect yang memberikan perlindungan UVA/UVB. Ia menambah antioksidan dan bahan-bahan yang bersifat melindungi untuk menjadikan tona kulit anda sekata dan membantu merawat tompok-tompok gelap dan kulit yang mengalami perubahan warna. Anda juga boleh memakai SPF ini selepas krim siang untuk perlindungan tambahan.
Berikut adalah jadual ringkas tentang beberapa jenis pelindung matahari yang tersedia:
* In vitro testing
** Ex vivo testing