Floating Icon
01 JUL 2022 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 881 LIHAT 22 BERKONGSI

Rahsia Kulit Tegang Seakan Baru

Memiliki kulit yang tegang dan anjal serta kelihatan lebih muda daripada usia sebenar adalah impian setiap wanita. Malah, ianya tidak mustahil lagi pada masa kini. Kita dah susah nak teka umur wanita zaman sekarang. Nampak macam 20-an , tapi rupanya sudah lewat 30-an. Dah berusia 40-an tapi kelihatan seperti awal 30-an. Siapa yang tak mahu awet muda kan? Semua wanita mesti mahu.


Apakah tanda-tanda penuaan kulit?

Signs of ageing skin

1. Kedutan serta garis halus mula muncul pada kulit

Selalunya ia muncul pada bahagian tepi mata dan tepi bibir. Ia akan jadi lebih jelas kalau tidak dirawat dari awal.


2. Kulit jadi kering

Akibat kekurangan penghasilan kolagen semula jadi, kelembapan kulit akan hilang dan kulit mula terasa kering. Disebabkan kekeringan inilah munculnya kedutan serta garis halus, jeragat, dan tona kulit pun menjadi tidak sekata.


3. Kemunculan jeragat atau bintik-bintik hitam

Jeragat dan bintik-bintik mula kelihatan apabila kulit mula menjadi kering. Kalau dibiarkan, jeragat akan muncul lebih banyak lagi. Jadi, penting untuk kita mengamalkan pelembap untuk kulit.


4. Kulit jadi kurang anjal dan mula nampak kendur

Bila kedutan dan garis halus mula muncul, ini bermakna kulit kita sudah kurang keanjalan dan mula mengendur.


5. Mata nampak sembap dan lingkaran bawah mata jelas kelihatan

Ada yang panggil ‘Panda Eyes’ sebab mata nampak hitam macam beruang panda. Kurang tidur atau tidur lewat boleh menyebabkan lingkaran gelap bawah mata.


Apa punca atau perkara yang menyebabkan munculnya tanda-tanda penuaan?


> Tak pakai krim atau losyen pelindung sinar UV

Kita sering terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya matahari mengandungi sinar UV yang boleh menyebabkan kerosakan pada kulit. Lama-lama kulit akan jadi kering, muncul bintik-bintik hitam, garis halus dan kedutan. Jadi, amalkan pemakaian krim atau losyen pelindung sinar UV bagi mengelakkan kerosakan kulit.


> Penggunaan produk penjagaan kulit yang tidak sesuai

Setiap orang memiliki jenis kulit yang berbeza. Ada yang kulit berminyak, kulit kering dan kulit kombinasi. Pastikan kita pilih produk yang sesuai dengan jenis kulit kerana setiap produk mempunyai formulasi yang berbeza.


> Pemakanan yang tidak seimbang atau kurang zat dan vitamin

Tak suka makan sayur dan buah-buahan juga boleh menyebabkan kurangnya khasiat, zat dan vitamin untuk kulit. Pastikan kita makan makanan yang lengkap dan seimbang. Kurangkan makanan segera ya!


> Tidur lambat

Jangan tidur lambat. Tidur lambat juga boleh menyebabkan kulit mudah berkedut. Kita memerlukan tidur dan rehat yang mencukupi.


Avoid premature skin ageing

4 CARA MUDAH UNTUK MELAMBATKAN PROSES PENUAAN

Ia dapat mengekalkan ketegangan dan keanjalan kulit. Anda nampak muda daripada usia sebenar!

1. Pakai set penjagaan kulit yang lengkap

Kenapa nak kena pakai set penjagaan kulit yang lengkap? Pakai pencuci muka sahaja tak boleh ke?

Set penjagaan kulit telah dicipta dan dirumus khas untuk fungsi yang berbeza.

Skrub berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati, pencuci muka pula untuk membersihkan kotoran pada permukaan dan dari dalam kulit, penyegar pula untuk mengecilkan liang-liang roma selepas membersihkan kulit. Ia juga berfungsi untuk mengelakkan kotoran terkumpul dalam liang roma.

Pelembap membantu melembapkan kulit dan mengelakkan kulit kering.

Krim mata dapat menyegarkan mata anda dan mengurangkan kedutan serta garis halus yang mudah muncul pada bahagian mata.

Losyen atau krim ‘sunscreen’ atau pelindung matahari pula membantu melindungi kulit daripada sinar UV matahari. Tanpa krim atau pelindung ni, ia boleh menyebabkan munculnya jeragat pada kulit kerana terdedahnya melanosit akibat sinaran matahari.

Antara set penjagaan kulit yang terbaik terdapat di pasaran ialah daripada Amway yang mana ianya terbukti berkesan dan telah melalui proses dan ujian klinikal yang dijalankan oleh pakar dermatologi yang bertauliah. 

    Antara produk paling laris dan mempunyai permintaan tinggi ialah:

    • Renewing Foaming Cleanser
    • Renewing Softening Toner
    • Renewing Reactivation Eye Cream
    • Renewing Reactivation Cream
    • Renewing Reactivation Day Cream SPF 30
    • Renewing Reactivation Day Lotion SPF 30
    • Firming Ultra Lifting Cream
2. Makan makanan yang kaya dengan vitamin dan antioksidan

Selain penjagaan kulit, pemakanan juga penting dalam menjaga kulit. Setiap organ badan kita memerlukan khasiat dan zat yang mencukupi untuk terus kekal sihat. Kulit juga memerlukan vitamin seperti vitamin C, E, D dan bermacam-macam lagi. Makanan yang kaya dengan antioksidan juga membantu mengekalkan kesihatan kulit.


3. Amalkan gaya hidup yang sihat

Senaman yang konsisten, tidur yang mencukupi juga penting untuk memastikan kita dalam keadaan yang sihat dan tidak mengalami tekanan yang mungkin boleh menganggu sistem badan kita.


4. Kurangkan dan elakkan tekanan

Elakkan dan kurangkan tekanan dengan melakukan aktiviti yang kita gemari seperti bersukan, makan-makan, membeli-belah, membaca, menonton, jumpa kawan-kawan dan pelbagai lagi. Mengawal tekanan sangat penting kerana ia boleh menjejaskan bukan sahaja kehidupan anda, malah kesihatan kulit anda. Kulit akan kelihatan kusam dan mula bermasalah seperti timbulnya jerawat.