Floating Icon
12 OCT 2021 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 754 LIHAT 6 BERKONGSI

Terlalu Banyak Lemak di Tubuh Anda? Singkirkan dengan Snek Berkhasiat!

Mengekalkan diet dan gaya hidup yang sihat sepanjang masa yang aneh ini pastinya menjadi cabaran bagi kebanyakan orang. Semasa anda #DudukRumah, anda #KekalSelamat tetapi kadangkala anda juga makan snek. Oleh sebab ramai dalam kalangan kita yang terus bekerja dari rumah, penting untuk memberikan tubuh anda tenaga dengan sajian yang sihat, kekal terhidrat dan menjaga kalori kita.

Capai snek berkhasiat ini apabila anda teringin makan snek selepas ini!


Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold

Vergold Baked Multigrain Rice Crackers (Tom Yum and Teriyaki flavours).jpg

Mahu kudapan yang rangup? Letakkan bungkusan kerepek itu dan cubalah sesuatu yang lebih mencabar dengan Kraker Beras Campuran Bijirin Panggang Vergold.

Keropok beras ini bukan sahaja didatangkan dalam perisaTeriyaki dan Tom Yum yang mengecurkan liur tetapi juga padat dengan bahan-bahan bukan GMO dan nutrien yang menyihatkan. Peroleh tenaga dengan komposisi 6 bijian iaitu beras, bijan hitam & putih, kacang soya hitam, kacang adzuki dan kuinoa.

Kudapan bebas gluten ini alternatif yang bagus untuk mereka yang ingin mengurangkan kalori kosong.


Snek Treat Bars Vergold

Vergold Treat Bars.jpg

Bosan dengan pilihan kepingan granola yang sama di kedai? Rangsang tunas rasa anda dengan sedikit perisa savuri! Snek Treat Bars Vergold padat dengan vitamin dan nutrien daripada biji bunga matahari dan bij-bijan bukan GMO yang penuh dengan vitamin B yang merangsang tenaga. Tiada kalori kosong, hanya perisa hebat!


Biji Chia Organik Vergold

Vergold Organic Chia Seed.jpg

Mahu menambah nutrien dalam sajian anda? Masukkan sesudu penuh Biji Chia Organik Vergold! Biji chia terkenal sebagai tambahan yang hebat dalam sajian untuk kesihatan jantung serta mengandungi asid lemak omega-3 dan 6 dan bebas gluten.

Protein berasaskan tumbuhan ini menjadikan anda kenyang dengan serat, antioksidan dan kalsium untuk memberikan anda tenaga sepanjang hari.


Granola Bijian Campuran & Kranberi Vergold

Vergold Granola Mix Seeds & Cranberry.jpg

Inilah granola campuran untuk anda! Rendah karbohidrat, Granola Bijian Campuran & Kranberi Vergold ialah sumber tenaga yang tepat untuk memulakan hari anda! Tinggi serat diet, mineral, dan vitamin, tambahkan ke dalam salad, parfait atau gandingkan dengan Minuman Protein Soya Nutrilite untuk resipi oat semalaman yang lazat!


Campuran Kacang Panggang Vergold

Vergold Roasted Mixed Nuts.jpg

Pilihlah kacang campuran! Campuran Kacang Panggang Vergold hanya mengandungi kacang premium berkualiti tinggi yang terbaik, dari badam, gajus, makadamia dan walnut. Tambahkan snek kurang garam dan dipanggang kering yang bagus sebagai kudapan dalam diet anda hari ini.

Ini ialah beberapa kudapan sihat dan berkhasiat yang boleh anda temui di www.amway.my

Semak di sini!