Floating Icon
05 APR 2024 GAYA HIDUP 0 MINIT BACA 57 LIHAT 0 BERKONGSI

Raikan Hari Raya Aidilfitri Dengan Lantai Yang Bersih Dan Kemas

Get_your_floors_clean_in_time_for_family_gatherings.png

Adakah rumah anda sudah bersedia untuk sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang? Jika anda menjangkakan kunjungan sanak saudara dengan anak-anak kecil – dan siapa yang tidak? – jangan lupa yang anak-anak kecil suka duduk dan bermain di atas lantai; jadi anda pasti mahu memastikan lantai anda benar-benar bersih.

Jadi, lihat sekilas: adakah lantai anda benar-benar bersih dan kemas? Jangan risau – Pembersih Vakum Tanpa Kord Philips SpeedPro Max Aqua FC6903 kami sedia membantu, disertakan juga beberapa petua untuk membantu anda melakukan pembersihan sebelum perayaan:

Bersihkan rumah anda pada awal pagi ketika anda mempunyai lebih banyak tenaga

9 pagi: Puan Faridah baru pulang dari pasar dengan pelbagai bahan segar. Maknanya hanya satu – masa untuk mula memasak juadah Hari Raya Aidilfitri! Untuk dua hari yang seterusnya, dia dan adik-adiknya akan sibuk memasak. Kami tahu menu raya yang biasa dimasak –  Nasi ImpitAyam Goreng BerempahRendang Ayam dan menu kegemarannya, Sambal Goreng Raya yang berwarna-warni.

Malangnya, ada cecair yang menitik daripada beg membeli-belah yang mengandungi bahan basah seperti ayam mentah. Mujurlah saya merupakan vakum, mop dan pembersih pegang 3 dalam 1 yang serba boleh. Kita hanya perlukan sedikit air dan sedikit Pencuci Lantai Floor Shine atau Pencuci Pelbagai Guna L.O.C yang rendah buih untuk membunuh kuman dengan pantas sebelum anak-anaknya masuk ke dapur.

3-in-1_vacuum_mop_and_handheld_system.png

Membersih sambil mengemas, bukannya menunggu sehingga semua tugas anda selesai

11 pagi: Selepas menyimpan barang-barang runcit yang dibelinya tadi, Puan Faridah duduk di depan televisyen dan mula menganyam kira-kira 100 biji ketupat. Tahun ini, anak sulungnya, Melur akan membantunya, jadi saya menjangkakan rumah akan lebih bersepah. Yang penting niat baik, bukan?

Mujurlah saya memiliki muncung penyedut 360° yang memerangkap habuk dan kotoran dari semua sisi dan teknologi tanpa beg PowerCyclone 8 manakala motor digital PowerBlade saya dengan aliran udara tinggi (>1000 L/min) boleh menyingkirkan kotoran ini dalam sekelip mata.

Powerful_360-degree_suction.png

5 petang: Selesai menunaikan solat zuhur dan asar, Puan Faridah kembali ke dapur untuk mula menyediakan makan malam. Malam ini, beberapa orang kawannya akan datang untuk berbuka puasa, tetapi walaupun perlu memasak untuk lebih ramai orang, dia tidak terlalu risau tentang rumah kerana sudah meminta Encik Danial untuk membantu membersihkannya. Sistem penurasan tiga kali ganda saya memastikan aliran udara tinggi yang lebih lama dan selepas cas penuh selama 5 jambateri litium-ion 25V saya bertahan selama 75 minit pembersihan pada mod Eco yang memudahkan pembersihan lantai dengan lebih berkesan dan cekap.

High_airflow_for_improved_cleaning.png

9 malam: Saya sangat gembira melihat Puan Faridah menunaikan solat tarawih lagi pada Ramadan ini. Ketika dia masih menggunakan peralatan rumah lama yang tidak membantunya untuk membersih dengan cekap, dia tidak mempunyai masa dan tenaga yang cukup untuk perkara-perkara lain. Kini, dia mempunyai lebih banyak masa untuk memfokus kepada keluarga dan kesejahteraannya. Bahagianya.

Semoga segala amalan sepanjang bulan Ramadan diberkati – Selamat Hari Raya Aidilfitri!