Floating Icon
01 MAY 2024 GAYA HIDUP 0 MINIT BACA 72 LIHAT 6 BERKONGSI

Kuih Bulan Celebration Kini Dibuka Untuk Pesanan Awal

Celebration_Mooncakes_1.jpg

Berakar umbi daripada cerita rakyat dan tradisi berabad lamanya, Pesta Pertengahan Musim Luruh mendapat tempat yang istimewa dalam hati jutaan orang di seluruh dunia. Berasal dari China purba, pesta ini disambut sempena hasil tuaian yang banyak dan pertemuan semula insan tersayang.

Celebrate_the_Mid-Autumn_Festival_with_your_loved_ones.jpg

Di bawah sinaran bulan purnama, keluarga dan rakan-rakan berkumpul untuk menikmati keindahannya, saling memberikan ucapan ikhlas dan melakukan ritual yang telah wujud zaman-berzaman. Di tengah-tengah Pesta Pertengahan Musim Luruh terhidang kuih bulan yang menjadi simbol perpaduan, keharmonian dan kegembiraan berkongsi.

Kuih bulan sebagai khazanah kulinari

Dihasilkan dengan kejituan dan semangat, sajian istimewa ini membawakan inti pati Pesta Pertengahan Musim Luruh. Dibalut dalam pastri yang indah, kuih bulan diisi pelbagai jenis inti, dari pes biji teratai tradisional dan kuning telur masin hingga pilihan yang lebih moden seperti coklat dan perisa buah.

Simbolisme dan kepentingan

Selain rasanya yang lazat, kuih bulan membawa simbolisme yang mendalam. Bentuk bulat melambangkan perpaduan dan kesempurnaan, mencerminkan ikatan kekeluargaan dan keharmonian. Sementara itu, kuning telur masin di dalam sesetengah kuih bulan mewakili bulan purnama yang menandakan kemakmuran, kelimpahan dan kitaran hidup.

Berkongsi kegembiraan dan membina ikatan

Dalam semangat Pesta Pertengahan Musim Luruh, berkongsi kuih bulan dengan insan tersayang akan memupuk rasa kebersamaan dan kegembiraan. Sama ada saling ditukar antara ahli keluarga, dihadiahkan kepada rakan atau dikongsi dengan rakan sekerja, kuih bulan menjadi tanda penghargaan dan kasih sayang.

Sentuhan moden dan kreativiti kulinari

Walaupun sarat dengan tradisi, sambutan Pesta Pertengahan Musim Luruh terus berevolusi dengan citarasa dan aliran kontemporari. Cef dan artisan yang inovatif telah mengolah semula kuih bulan, menambah pelbagai perisa dan tekstur. Dari pilihan rendah gula hingga alternatif vegetarian, sentuhan moden ini memenuhi permintaan khalayak yang lebih luas di samping mengekalkan inti pati pesta ini.

Menghayati warisan budaya

Pesta Pertengahan Musim Luruh menawarkan perspektif tentang latar budaya dan warisan Cina yang kaya. Melalui pengalaman menikmati kuih bulan bersama-sama, individu daripada semua latar belakang akan lebih menghargai nilai-nilai kekeluargaan, kesyukuran dan komuniti yang menjadi teras pesta ini.

Kuih Bulan Celebration kini dibuka untuk Pesanan Awal

Bersedia untuk Pesta Pertengahan Musim Luruh dengan Kuih Bulan Celebration! Kini tersedia untuk Pesanan Awal, set hadiah yang mengujakan pada tahun ini terdiri daripada Set Khazanah Bertuah dan Set Aneka Penuh Bahagia, kedua-duanya menampilkan kotak hadiah mewah yang mengandungi kuih bulan lebih sihat yang rendah gula dan mengandungi Protein Soya Nutrilite.

Auspicious_Treasures_Gift_Set.jpg

Set Khazanah Bertuah – 4 biji x 160g

Mengandungi:

  • 1 biji Kuih Bulan Teratai Putih Pu Er
  • 1 biji Kuih Bulan Teh Hijau
  • 1 biji Kuih Bulan Teratai Putih Satu Kuning Telur
  • 1 biji Kuih Bulan Tiramisu
Blissful_Variety_Gift_Set.jpg

Set Aneka Penuh Bahagia – 8 biji x 90g

Mengandungi:

  • 2 biji Kuih Bulan Kacang Merah
  • 2 biji Kuih Bulan Teratai Pandan
  • 2 biji Kuih Bulan Bijan Hitam
  • 2 biji Kuih Bulan Keladi

Pesan Set Khazanah Bertuah dan Set Aneka Penuh Bahagia sekarang

Dari 1 – 31 Mei 2024, BELI eKupon Pesanan Awal RM88/B$30 untuk

  • Set Khazanah Bertuah (322138) dan/atau
  • Set Aneka Penuh Bahagia (322139)

GWP_paper_bag.jpg

NIKMATI diskaun 8% Pesanan Awal Istimewa dan beg hadiah PERCUMA untuk setiap set yang dibeli!

PWP_Double_Happiness_Set.jpg

PWP Pesanan Awal Istimewa: Set Kegembiraan Berganda (2 biji x 160g) pada harga RM20/B$7.50 (bernilai RM45/B$17)

Mengandungi:

  • 1 biji Kuih Bulan Wolfberry Satu Kuning Telur
  • 1 biji Kuih Bulan Coklat

Penebusan & PWP: 1 Jul – 15 Ogos 2024

Gunakan eKupon Pesanan Awal anda, dapatkan PWP dan bayar jumlah baki untuk melengkapkan penebusan anda!

Nota:

  • eKupon Pesanan Awal diguna pakai untuk pesanan dan penebusan dalam talian sahaja; pembelian secara terus di Kedai Amway tidak tersedia.
  • ABO boleh melakukan ‘volume down’ eKupon Pesanan Awal untuk membuat pesanan dan penebusan.
  • eKupon Pesanan Awal tidak boleh dikembalikan, dan tidak boleh dibatalkan. Mereka yang gagal membuat pembayaran penuh dalam tempoh penebusan (1 Jul – 15 Ogos) akan kehilangan eKupon RM88/B$30..
  • Setiap pesanan hanya boleh menggunakan satu jenis eKupon Pesanan Awal, tetapi anda boleh membeli berbilang eKupon yang sama untuk setiap pembelian.
  • Baki harga pembelian Kuih Bulan Celebration mesti dibayar semasa penebusan Pesanan Awal. PV, BV dan diskaun istimewa 8% untuk Pesanan Awal akan diguna pakai semasa penebusan Pesanan Awal dari 1 Julai – 15 Ogos 2024.

Klik di sini untuk T&S dan Soalan Lazim penuh.