Floating Icon
18 JAN 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 775 LIHAT 18 BERKONGSI

5 Azam untuk Menerokai Dirimu Yang Baru Pada 2021

Sudah tiba masanya! Perayaan telah berlalu dan kedatangan tahun baru membawa bersama semangat baru untuk menjadi yang terbaik. Namun, menetapkan azam yang baik akan memberi kesan positif kepada diri anda, begitu juga menetapkan azam yang tidak realistik akan memberi kesan negatif pada kesejahteraan anda.

Jadi, mulakan tahun ini dengan azam yang boleh dicapai dan realistik untuk menerokai versi terbaik diri anda pada 2021:


1. Dapatkan tidur secukupnya

Get adequate sleep for more energy during the day

Lelapkan mata sekurang-kurangnya 6-8 jam. Kurang tidur akan meningkatkan hormon stres dalam tubuh yang membawa kesan domino yang mencetuskan banyak penyakit kronik dan keradangan.

Gandakan perlindungan anda dengan dos harian Nutrilite Bio C Plus All Day Formula.

Diperbuat daripada ceri Aserola semula jadi, Bio C Plus bukan hanya membantu mencegah selesema tetapi juga dalam penghasilan protein dan kolagen untuk membantu anda tampil kekal muda.
.


2. Berikrar untuk mengamalkan pelan pemakanan yang sihat

Elakkan makanan proses, rancang dan sediakan sajian supaya anda boleh menikmati sajian yang dimasak di rumah setiap hari.

Bagi orang yang menjalani gaya hidup yang sibuk, Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey merupakan gabungan berkuasa yang membolehkan anda mendapatkan nutrien dalam diet dengan cara yang mudah. Walaupun saiznya dikawal, ia sajian makanan seimbang yang mengandungi 25 vitamin dan mineral serta membekalkan sepertiga daripada keperluan sajian harian anda.


3. Jangan berazam untuk menurunkan berat badan, sebaliknya berazam untuk menjadi sihat!

Semua orang mendapat manfaat daripada senaman yang kerap. Rutin senaman yang tetap bukan sahaja menambah baik kelenturan sendi dan stamina tetapi juga membantu mengurangkan lemak tubuh dan menurunkan risiko diabetes dan penyakit jantung kronik.

XS Pink Grapefruit Fiery Blaze

Sertakan kelazatan rasa produk pemakanan sukan XS Energy Drink Pink Grapefruit Fiery Blaze dalam rutin kecergasan anda. Dengan 25% jus buah sebenar dan 200% keperluan vitamin harian, ia gabungan bahan-bahan premium, vitamin dan ekstrak biji kopi hijau untuk memulakan proses pembakaran lemak tubuh supaya anda proaktif dalam mencapai matlamat kecergasan anda.


4. Kurangkan pengambilan gula

Gula memang wajar dipanggil racun manis dunia moden. Bermula dengan diabetes, pengambilan gula berlebihan memang diketahui menyebabkan banyak keradangan dan penyakit degeneratif kronik.

Jadi, tukar keinginan menikmati manisan dengan Minuman Protein Soya Nutrilite. Sebagai alternatif yang lebih sihat, minuman ini merangsang tahap protein dengan rumusan premium soya, kacang pis dan 9 asid amino yang diperkuat dengan nutrien.


5. Jangan memandang rendah kuasa rehat

Peruntukkan sedikit “masa untuk diri sendiri” untuk meredakan tekanan sambil menikmati hobi atau sekadar berehat sebentar. Mengembalikan tenaga akan memberikan motivasi dan dorongan kepada anda untuk menjadi yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan kerjaya.

Nutrilite Cal Mag D Plus

Jaga diri anda dengan Nutrilite Cal Mag D Plus. Suplemen penting ini membantu anda mengekalkan kesihatan tulang yang baik dan merangsang sistem imun dengan menggabungkan 3 nutrien penting, iaitu Kalsium, Vitamin D dan Magnesium untuk supleman sihat yang turut membantu meningkatkan daya ingatan, kewaspadaan dan meningkatkan emosi.

Yang pastinya, semua produk selaras dengan standard tinggi Nutrilite dan XS dan menggunakan yang Terbaik Dari Alam dan Terbaik Dari Sains.