Floating Icon
16 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1195 LIHAT 17 BERKONGSI

Uji Kecergasan Anda Dengan 3 Senaman Ini | XS

Aktifkan diri bulan ini – dan ingatlah untuk merangsang tenaga dengan minuman kocak protein.

Anda ingin menjadi cergas? Berikut adalah beberapa senaman untuk dicuba dan menguji kecergasan anda!

Bagi mereka yang menghabiskan banyak masa di sofa dan sedikit masa untuk mengeluarkan peluh – layan diri anda dengan baik dan bersabar ketika memulakan perjalanan kecergasan anda. Anda mungkin memerlukan senaman yang kerap selama dua bulan untuk melihat perubahan fizikal pada tubuh anda, jadi jangan mudah berputus asa dalam beberapa minggu yang pertama.

Apabila anda mula bersenam lagi, penting untuk mengukur prestasi anda agar anda dapat melihat kemajuan yang anda lakukan.


Berikut adalah beberapa ujian asas yang boleh dilakukan untuk menilai kecergasan anda:

750x400_Test_Your_Fitness_Running.jpg

Berjalan/berjoging (kardiovaskular)

Bergantung pada tahap kecergasan dan pergerakan anda, anda boleh mengira masa berjalan atau berlari sejauh satu kilometer. Tujuannya adalah apabila anda mengira masa selepas ini, mungkin dua minggu kemudian, anda boleh melakukannya dalam masa yang lebih singkat.

750x400_Test_Your_Fitness_Yoga.jpg


Tekan tubi (kekuatan bahagian atas badan)

Tekan tubi adalah cara yang hebat untuk menguji kekuatan anda kerana ia melibatkan pelbagai otot termasuk belakang, trisep dan bahu.

  1. Memanaskan badan (sentiasa!)
  2. Bersedia dalam posisi tekan tubi: letakkan tangan dan kaki di lantai dengan kedudukan lengan selaras dengan bahu (bagi mereka yang mempunyai tahap kecergasan lebih rendah, ampu dengan lutut).
  3. Lakukan tekan tubi sebanyak mungkin. Kekalkan kedudukan anda dan jangan tergesa-gesa.
  4. Berhenti apabila anda rasa letih. Jangan paksa diri melebihi kemampuan anda – jujurlah pada diri sendiri!

Apakah keputusan anda? Mula-mula mungkin mengecewakan tetapi jangan menyerah! Gunakan nombor permulaan ini sebagai motivasi untuk terus mencuba.

750x400_Test_Your_Fitness_Plank.jpg


Plank (kekuatan teras)

Plank adalah cara yang hebat untuk mengukur otot teras tubuh anda.

  1. Anda harus berada dalam posisi tekan tubi kecuali siku dan lengan bawah di lantai. Tujuannya adalah untuk membuat garis yang sempurna dari tumit sehingga kepala anda.
  2. Setelah berada dalam kedudukan ini, kira masa untuk melihat berapa lama anda boleh bertahan.


Tubuh anda memerlukan sajian yang betul

Senaman fizikal bukan satu-satunya aspek kesejahteraan dan mencapai matlamat anda: diet juga memainan peranan yang penting. Apabila bersenam, tubuh anda memerlukan bahan bakar, jadi pastikan anda makan makanan yang kaya dengan protein sebelum dan selepas bersenam. Jika anda tidak makan banyak atau mengamalkan diet yang ketat, mengapa tidak mencuba suplemen protein wei?

Puaskan selera dan keinginan menikmati manisan dengan XS Mixed Whey Protein with Chocolate Flavour untuk sajian protein wei yang kaya dengan rasa coklat dan asid amino perlu untuk merangsang tahap tenaga anda!

Jangan lupa untuk kekal bertenaga semasa melakukan ujian kecergasan anda! Mengapa tidak hilangkan dahaga dan rangsang usaha pembakaran lemak anda dengan perisa terbaru Minuman Tenaga XS! Cubalah Pink Grapefruit Fiery Blaze yang penuh dengan jus limau gedang merah jambu semula jadi dan ekstrak biji kopi hijau untuk membantu tubuh anda memecahkan sel-sel lemak dengan lebih berkesan.

Dengan motivasi dan sokongan diet yang seimbang, anda akan merasai perbezaannya dalam masa yang singkat.