Floating Icon
14 JUN 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 1274 LIHAT 50 BERKONGSI

Rasa Tidak Sihat? Mungkin Disebabkan Udara Di Rumah Anda

Tahukah anda?

Udara di dalam rumah boleh jadi 5 kali lebih tercemar daripada udara di luar rumah.

Kedengaran tidak munasabah tetapi benar!

Menurut kajian yang dilakukan oleh U.S. Environmental Protection Agency (EPA), tahap pencemaran di dalam rumah mungkin dua hingga lima kali – kadangkala lebih daripada 100 kali – lebih tinggi daripada tahap pencemaran di luar.


Tetapi dari mana datangnya bahan cemar ini?

Sebahagian besarnya adalah daripada kita. Manusia secara semula jadi menyingkirkan kulit mati ke persekitaran dan habuk cenderung terbentuk daripada sel-sel mati itu. Oleh sebab kita menghabiskan lebih banyak masa di rumah, pastinya akan ada lebih banyak sel kulit mati yang disingkirkan ke persekitaran rumah kita, jadi ada lebih banyak habuk.

Tambahan pula, untuk mengelakkan pencemaran dan bahan cemar masuk ke rumah, kebanyakan kita menutup tingkap yang menyebabkan peredaran udara yang tidak baik. Habuk, bakteria dan kulapuk boleh terkumpul di dalam rumah anda kerana peredaran udara dalaman yang tidak baik.

Fresh Air Indoors


Habuk dan bakteria yang terkumpul ini membahayakan anda dan keluarga anda

Udara dalaman yang tidak bersih membolehkan bakteria dan virus membiak di persekitaran rumah anda. Bahan cemar ini boleh merosakkan setiap bahagian tubuh anda, terutamanya paru-paru dan organ pernafasan lain. Oleh itu, jika anda rasa tidak sihat sejak kebelakangan ini, kualiti udara yang tidak baik adalah puncanya.

Jika salah satu azam tahun baru anda adalah menjadikan kesihatan sebagai keutamaan, sangat penting untuk mempertimbangkan sejauh mana kebersihan udara di rumah anda – terutamanya kerana kita menghabiskan lebih banyak masa di rumah sekarang.

Mujurlah ada kaedah yang mudah dan berkesan untuk menyelesaikan masalah ini. Anda boleh merawat udara yang anda hirup dan menikmati udara bersih dengan penulen udara yang menuras bahan cemar kemudian membebaskan udara yang bersih tanpa pelbagai bakteria, habuk dan kulapuk.

Indoor fresh air


Hirup Udara Segar Di Dalam Rumah Dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY bertindak melalui proses penurasan 3 peringkat untuk menyingkirkan lebih 300 bahan cemar daripada udara. Ia membersihkan bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi dan menyingkirkan 99% partikel sekecil 0.0024 mikron dengan berkesan.

Atmosphere SKY filters

Peringkat pertama ialah prapenuras yang memerangkap serat, habuk dan rambut bawaan udara yang besar. Seterusnya ialah penuras HEPA yang menyingkirkan partikel kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos. Peringkat terakhir ialah penuras karbon yang mengurangkan formaldehid, dioksin dan ozon serta bau daripada merokok, memasak dan haiwan peliharaan.

Breathing fresh air indoors

Malah anda boleh mengawal Atmosphere SKY dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi. Selaraskan tetapan, pantau status penuras atau periksa kualiti udara bilik menggunakan peranti anda dari mana-mana saja di rumah.

Manfaat tambahan Atmosphere SKY adalah mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi dengan penggunaan tenaga yang rendah. Jadi, jangan bimbang tentang bil elektrik yang tinggi! Untuk ketenangan fikiran, Atmosphere SKY didatangkan dengan waranti 5 tahun.

Lindungi Kesihatan Keluarga & Diri Anda dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY