Floating Icon
23 NOV 2020 KEHARMONIAN KEDIAMAN 5 MINIT BACA 1371 LIHAT 60 BERKONGSI

Air Kereta Anda Boleh Jadi 15 Kali Lebih Tercemar Daripada Udara di Luar!

Air Kereta Anda Boleh Jadi 15 Kali Lebih Tercemar Daripada Udara di Luar! 

Musim cuti bakal menjelang. Sudah tiba masanya untuk berehat dan bersantai dengan insan tersayang. Tiada cara yang lebih baik untuk mengukuhkan ikatan daripada lawatan menaiki kenderaan! Melangkah ke dalam kereta untuk perjalanan jauh ke luar bandar, anda pastikan semua tingkap ditutup untuk memastikan udara kotor tidak masuk. Anda tidak sedar bahawa udara di dalam kereta anda boleh jadi hingga 15 kali* lebih tercemar daripada udara di luar. 

Sama ada habuk, pencemaran di luar atau bau busuk yang menyelinap dari liang penyaman udara atau sela pintu ataupun bahan kimia daripada kemasan dalam kereta anda, pasti ada penyelesaiannya. 

Mujurlah, Sistem Rawatan Udara Kereta ATMOSPHERE DRIVE™ dapat membantu menambah baik udara di dalam kereta anda. 

Ia merupakan sistem penulen udara di dalam kereta pasang sendiri yang memanfaatkan teknologi penurasan ATMOSPHERE™ yang telah terbukti untuk memberikan udara yang segar dan selamat di dalam kereta anda. Kadar pembersihannya terbukti lebih tinggi iaitu Kadar Penghantaran Bersih Udara 30 m³/j, ATMOSPHERE DRIVE menawarkan prestasi 50% lebih tinggi daripada pesaing terkemuka di pasaran. 

ATMOSPHERE DRIVE mampu menuras 99% PM2.5 dan zarah bawaan udara 0.015 mikron atau lebih besar. Ia menangani pencemaran udara di dalam kereta dengan menuras formaldehid dan toluena yang dibebaskan oleh upholsteri; pembebasan asap kenderaan dan debunga yang masuk melalui sela di dalam kereta; bau makanan, bau rokok dan kuping kulit haiwan peliharaan; debu dan bakteria daripada penapis udara; serta hama debu daripada mainan lembut. 

Sistem rawatan udara di dalam kereta ini menggunakan teknologi yang selamat, boleh dipercayai dan berkesan. Ia selamat kerana ia tidak menghasilkan produk sampingan yang berbahaya, seperti ozon, ion atau pengoksida yang boleh merengsakan mata, hidung dan paru-paru anda. Ia boleh dipercayai kerana ia direka untuk prestasi tinggi. 

*Nota: Menurut kajian yang dijalankan oleh British Environmental Audit Committee pada 2014, anda boleh mengalami lebih banyak pencemaran udara ketika memandu kereta daripada berjalan di luar. Hakikatnya, orang ramai terutamanya kanak-kanak terdedah hingga 15 kali lebih banyak pencemaran di dalam kereta mereka daripada pejalan kaki dan penunggang basikal di luar.

Atmosphere_DRIVE_pollutants_in_your_car_icons_750.jpg


Kecekapan Pembersihan Yang Tinggi Untuk Udara Bersih Dan Ketenangan Fikiran

ATMOSPHERE DRIVE menawarkan prestasi unggul, membolehkan udara segar memenuhi setiap sudut untuk meningkatkan kualiti udara di dalam kereta anda dengan segera.


Penuras 3 Dalam 1 Yang Sangat Cekap

Memerangkap 99% PM2.5, formaldehid, sebatian organik meruap sepenuhnya (TVOC) dan bau untuk menambah baik kualiti udara di dalam kereta semasa dalam perjalanan.


Penurasan Berkelajuan Tinggi

Satu output besar dengan aliran udara yang ketara, dengan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) 30m³/j**, menyingkirkan lebih daripada 50% zarah daripada udara melalui penuras dalam 5 minit.


SISTEM E-PEMANTAUAN

Menggunakan teknologi pintar untuk memantau kualiti udara di dalam kereta dan kelajuan kipas mod automatik untuk memastikan udara di dalam kereta segar.

**CADR merujuk kepada jumlah udara yang dituras melalui peranti rawatan udara setiap minit. Semakin tinggi angka CADR, semakin cekap prestasinya. Kebanyakan peranti rawatan udara di dalam kereta mempunyai CADR sebanyak kira-kira 14 m³/j. Namun, ATMOSPHERE Drive mempunyai CADR 30 m³/j iaitu prestasinya 50% lebih tinggi. Ujian telah menunjukkan bahawa ia boleh menuras hingga 50% jirim zarahan 2.5 atau PM2.5 dalam masa 5 minit dalam ruang 3m³ dan mencapai 99% hasil penurasan dalam masa 30 minit


Penuras 3 Dalam 1 Berkecekapan Tinggi Untuk Memerangkap Zarah

Atmosphere_DRIVE_filter_parts_BM_750.jpg


Pra-Penuras

Menyingkirkan zarah besar seperti habuk dan rambut, memanjangkan jangka hayat penuras lain.


Penuras Zarah

Sama seperti penuras HEPA, penyingkiran zarah udara peringkat kedua menyingkirkan zarah sekecil 0.015 mikron seperti bakteria, kulat, debunga dan hama debu.


Penuras Bau Karbon Diaktifkan

Berkesan menyingkirkan gas berbahaya seperti formaldehid dan Sebatian Organik Meruap Sepenuhnya (TVOC).


ATMOSPHERE DRIVE: SISTEM RAWATAN UDARA DI DALAM KERETA YANG PERTAMA DAN SATU-SATUNYA MENERIMA PERAKUAN 

ATMOSPHERE Drive ialah sistem rawatan udara di dalam kereta yang pertama dan satu-satunya menerima Mohor Perakuan British Allergy Foundation untuk kecekapannya menyingkirkan alergen. Ujian saintifik telah menunjukkan bahawa peranti ini berkesan menghilangkan hama debu, debunga, kulat, kuping kulit haiwan peliharaan dan alergen lain. Dengan kata lain, ia terbukti secara saintifik mengurangkan atau menyingkirkan alergen.

British Allergy Foundation yang ditubuhkan pada tahun 1991 merupakan salah satu institusi amal terawal di dunia yang prihatin tentang penghidap alergen. Ia menyediakan khidmat perundingan dan nasihat untuk pesakit yang mengalami pelbagai alahan. Oleh itu, pensijilan oleh British Allergy Foundation menunjukkan bahawa ATMOSPHERE DRIVE sesuai digunakan oleh penghidap alergen.


PANDU DENGAN KEYAKINAN DAN UDARA BERSIH

Atmosphere_DRIVE_filter_features_BM_750.jpg


TEKNOLOGI SENSOR

Teknologi Sensor membolehkan operasi mod automatik semasa memandu dan menyediakan bacaan kualiti udara waktu nyata. Sama ada ia menunjukkan hijau, ambar atau merah, penunjuk kualiti udara selaras dengan tahap bahan cemar di dalam kenderaan.


KELAJUAN KIPAS BOLEH LARAS

Teknologi termaju dengan mod automatik terbina dalam untuk memantau kualiti udara di dalam kereta dan melaraskan kelajuan kipas. Kelajuan kipas juga boleh dilaraskan secara manual atau anda boleh memilih kelajuan tinggi untuk menyegarkan udara dalaman lebih cepat.


TEKNOLOGI CIP PINTAR

Teknologi ini menyambungkan unit ke setiap penuras untuk memantau jangka hayat penuras dengan berkesan; anda tidak perlu bertanya bila hendak menukar penuras.


SENYAP & CEKAP

ATMOSPHERE DRIVE mengekalkan prestasi unggul semasa beroperasi dengan senyap dan cekap.

  1. Tidak lebih daripada 40 dBA pada Kelajuan Rendah
  2. Tidak lebih daripada dBA pada Kelajuan Tinggi

Untuk hasil terbaik daripada ATMOSPHERE DRIVE anda, tetapkan unit pada AutoMode dan biarkan peranti ini bekerja untuk anda. Antara muka penggunanya direka agar menjadi intuitif dan bermaklumat. Ia membolehkan anda sentiasa mengawal kualiti udara di dalam kereta anda.