Floating Icon
10 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 5 MINIT BACA 4125 LIHAT 108 BERKONGSI

Mahu Kulit Cantik? Lihat Hasilnya Dalam 7 Hari

Lihat sekeliling anda. Hanya segelintir yang memiliki kulit cantik yang kita impikan. Sesetengah orang mempunyai jeragat, sesetengahnya mengalami akne, sesetengahnya mempunyai kulit kering dan yang lain mungkin berharap kulit mereka lebih licin dan kurang kedutan. Walaupun sesetengah keadaan kulit disebabkan oleh genetik, kebanyakannya boleh ditambah baik dengan produk penjagaan kulit yang sesuai.


Apakah keadaan kulit yang paling biasa?

Sebelum kita bercakap tentang produk penjagaan kulit yang sesuai, penting untuk mengetahui keadaan kulit yang berbeza-beza dan sebab-sebab biasa di sebaliknya.

Dua keluhan paling biasa oleh wanita Malaysia ialah kulit kering dan kusam. Iklim kita yang panas menjadikan seseorang cepat ternyahhidrat manakala sering terdedah kepada cahaya matahari boleh menyebabkan kekusaman dan tompok-tompok gelap. Wanita yang bekerja di pejabat tidak terkecuali daripada kulit kering kerana berada dalam persekitaran penyaman udara sepanjang hari yang juga menyebabkan kulit menjadi kering. Satu cara mudah untuk mengatasi keadaan ini adalah menyapu pelembap harian pada kulit dan pastikan anda minum banyak air untuk menghidratkan kulit anda.

Satu lagi keluhan biasa ialah garis-garis halus dan kedutan pada wajah, terutamanya di sekitar mulut dan mata serta kulit kendur. Dengan meningkatnya usia, sesetengan kedutan akan muncul secara semula jadi. Namun, mengekalkan seri wajah yang muda tidak mustahil. Kombinasi serum antipenuaan, masker muka dan pelembap penghidratan yang betul akan menggebukan kulit anda dan mengurangkan kemunculan kedutan.

Art_7DS_SkinConcern.jpg


Bagaimanakah saya menyasarkan keperluan kulit saya?

Untuk mencapai matlamat kulit anda – sama ada untuk memejalkan kulit yang kendur, mengurangkan tompok-tompok gelap atau sekadar mencerahkan kulit wajah yang kusam – rutin penjagaan kulit yang diperibadikan adalah penting. Tambahan pula, setiap orang itu unik, jadi mana mungkin rutin penjagaan kulit kita sama?

Mulakan dengan mengenal pasti jenis kulit anda. Untuk hasil yang paling tepat, ini memerlukan konsultasi profesional dan peranti analisis kulit yang sesuai. Semasa konsultasi, anda akan tahu jenis kulit anda dan pelbagai produk kulit yang paling sesuai untuk anda. Yang lebih penting, anda juga akan tahu produk mana yang tidak boleh digunakan bersama untuk mengelakkan kulit anda terengsa.


750x400_ARTISTRY_7_Days_Solution.jpg


Capai hasil yang cantik dengan Penyelesaian 7 Hari ARTISTRY

ARTISTRY telah mengenal pasti empat masalah kulit yang paling biasa dan menghimpunkan produk-produk yang paling berkesan dalam setiap set Penyelesaian 7 Hari untuk menyasarkan kebimbangan ini dan memberikan hasil yang ketara dalam 7 hari. Dari serum yang sangat pekat yang memberikan hasil profesional hingga masker yang diseduh dengan bahan-bahan daripada Nutrilite yang eksklusif, anda pasti sukakan set penjagaan kulit istimewa ini.


ARTISTRY_7_Days_Solution_Moisture_Keeper.jpg

Penyelesaian Penyimpan Lembapan

Hidratkan untuk kulit muka yang bertenaga. Segarkan kulit kering dengan menyokong dan menambah baik proses penghidratan semula jadinya dengan bahan-bahan yang merangsang lembapan untuk kelembapan berterusan dan bertahan sepanjang hari.

Terdiri daripada:

  • SIGNATURE SELECT Base Serum
  • SIGNATURE SELECT Hydration Amplifier
  • essentials by ARTISTRY Vitamin Mask Variety Pack (5 masker)
  • INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program (2 bebuli)
  • INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 (2 kapsul)
  • INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion (mini)
  • HYDRA-V Fresh Softening Lotion (mini)
  • HYDRA-V Refreshing Eye Gel Cream (2 mini)
  • SIGNATURE SELECT Hydrating Mask (2 pek kerajang)


ARTISTRY-7-Days-Solution-Glow-Getter.jpg


Penyelesaian Penerima Keserian

Ucapkan selamat tinggal kepada kulit kusam dan tidak bermaya. Menggabungkan teknologi kecantikan termaju dengan bahan-bahan pencerah semula jadi, mengurangkan kekusaman dan tompok-tompok gelap untuk kulit muka yang segar dan bercahaya.

Terdiri daripada:

  • SIGNATURE SELECT Base Serum
  • SIGNATURE SELECT Brightening Amplifier
  • SIGNATURE SELECT Anti-Spot Amplifier
  • essentials by ARTISTRY Vitamin Mask Variety Pack (5 masker)
  • INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program (2 bebuli)
  • INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 (2 kapsul)
  • HYDRA-V Refreshing Eye Gel Cream (2 mini)
  • INTENSIVE SKINCARE Renewing Peel (mini)
  • SIGNATURE SELECT Brightening Mask (2 pek kerajang)


ARTISTRY_7_Days_Solution_Line_Smoothener.jpg


Penyelesaian Pelicin Garis

Licinkan garis-garis halus dan kedutan untuk kulit yang gebu dan segar. Rumusan kami yang revolusioner menampilkan hanya yang terbaik dari sains dan alam untuk manfaat antipenuaan yang optimum.

Terdiri daripada:

  • SIGNATURE SELECT Base Serum
  • SIGNATURE SELECT Hydration Amplifier
  • SIGNATURE SELECT Anti-Wrinkle Amplifier
  • ARTISTRY INTENSIVE SKINCARE Advanced Vitamin C + HA Treatment
  • essentials by ARTISTRY Vitamin Mask Variety Pack (5 masker)
  • INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program (2 bebuli)
  • INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 (2 kapsul)
  • INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion (mini)
  • YOUTH XTEND ULTRA Lifting Cream (mini)
  • YOUTH XTEND ULTRA Lifting Eye Serum Concentrate (mini)
  • SIGNATURE SELECT Hydrating Mask (2 pek kerajang)
  • SIGNATURE SELECT Polishing Mask (2 pek kerajang)


ARTISTRY_7_Days_Solution_Youth_Renewer.jpg


Penyelesaian Pemulih Keremajaan

Kembalikan keanjalan semula jadi kulit muda yang belum pernah dicapai. Membaiki, menyuburkan, menghidratkan dan menguatkan kulit anda jauh dari dalam untuk menegangkan dan memejalkan dengan berkesan, menjadikan wajah anda jauh lebih muda.

Terdiri daripada:

  • SIGNATURE SELECT Base Serum
  • SIGNATURE SELECT Firming Amplifier
  • SIGNATURE SELECT Anti-Spot Amplifier
  • essentials by ARTISTRY Vitamin Mask Variety Pack (5 masker)
  • INTENSIVE SKINCARE 14 Night Reset Program (2 bebuli)
  • INTENSIVE SKINCARE Collagen+HA Capsule 97 (2 kapsul)
  • INTENSIVE SKINCARE Boosting Infusion (mini)
  • YOUTH XTEND ULTRA Lifting Cream (mini)
  • YOUTH XTEND ULTRA Lifting Eye Serum Concentrate (mini)
  • SUPREME LX Regenerating Cream (2 pek kerajang)
  • SUPREME LX Regenerating Eye Cream (1 pek kerajang)
  • SIGNATURE SELECT Firming Mask (2 pek kerajang)

Tingkatkan rawatan kecantikan anda

Untuk hasil terbaik, tingkatkan regimen kecantikan anda dengan peranti yang tepat. Mulakan dengan Penganalisis Kulit ARTISTRY yang direka untuk melaksanakan sembilan jenis ujian kulit termasuk analisis untuk penghidratan, sebum, liang, pigmentasi, keserian, kedutan, keanjalan, kepekaan dan akne. Direka khusus untuk digunakan dengan produk penjagaan kulit ARTISTRY, Dermasonik ARTISTRY membersihkan liang-liang secara mendalam dan membawa bahan-bahan penjagaan kulit jauh ke dalam kulit untuk penyerapan yang lebih baik.

Walau apapun kebimbangan anda, penyelesaian penjagaan kulit bersasar boleh memberikan anda kulit yang sempurna, jadi terokai produk-produk penjagaan kulit terbaik untuk anda dengan ARTISTRY.