Floating Icon
17 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 2 MINIT BACA 893 LIHAT 20 BERKONGSI

Tampil Comel. Jadikan Shanghai sebagai inspirasi.

Sejarahnya yang kaya dan kebangkitannya di dunia moden menjadikan Shanghai kekal sebagai salah satu kota paling menarik di dunia, memukau warga dunia dengan gabungan lama dan baru.

Berinspirasikan kepelbagaian kota ini, ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition didatangkan dengan rangkaian warna cemerlang dan tekstur menawan untuk mencipta pelbagai penampilan solekan. Tunggu apa lagi? Mari kita mulakan!


Solekan Comel ‘Kiss Me’

Ada sesuatu yang sangat menawan tentang penampilan yang comel dan lurus - menarik tetapi mudah didekati dan sangat cantik dipandang. Inilah penampilan ringkas dengan mata segar dan letusan warna bibir yang begitu menawan seperti taman-taman hijau dan bandar-bandar air di Shanghai yang kekal di ingatan.

Tiada yang menyampaikan mesej ‘bersedia untuk apa sahaja’ seperti bibir merah terang yang tidak henti tersenyum. Padankan rona merah yang sesuai untuk anda dengan mata lembut dalam rona Shanghai Peach dan Silk Noir. Mulakan dengan Primer untuk kemasan moden dan pusam. Alami tarikannya yang memukau seperti kota itu sendiri.

Cute Makeup Look Shanghai Edition

Muka

Mula-mula, sapu rata 2-in-1 Perfecting Glow Finish Primer pada muka dan leher anda.


Mata & Pipi

Gunakan Soft and Silky Eye & Cheek Pop Trio dalam rona Shanghai Peach pada mata dan pipi anda. Sapu sedikit pembayang mata di seluruh kelopak mata dan rona yang lebih gelap di bawah garis mata. Sapu pewarna pipi pada tulang pipi anda.


Penggaris

Kekalkan penampilan natural dengan Liquid Pen Pop Eyeliner dalam rona Silk Noir. Lukis penggaris mata di sepanjang garis bulu mata atas dan bawah; pastikan garis itu sangat halus pada bulu mata bawah anda.


Bibir

Garis dan warnakan bibir anda dengan Light Up Silky Matte Lip Color dalam rona Berry Red. Pastikan ia tersedia untuk sapuan semula sepanjang hari.

Nantikan penampilan solekan ARTISTRY STUDIO Shanghai Edition yang seterusnya!