Floating Icon
01 JUN 2022 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 3 MINIT BACA 1182 LIHAT 42 BERKONGSI

Wanita Luar Biasa Pada Setiap Peringkat Usia

Don_t_let_your_health_stop_you.jpg

Tubuh yang berbeza mempunyai keperluan yang berbeza untuk mengekalkan kesihatan dan kesejahteraan optimum. Apabila tubuh kita semakin tua, keperluannya berubah. Oleh itu, keperluan tubuh wanita yang berbeza-beza memerlukan nutrien khusus untuk menyuburkan dan menguatkannya sepanjang perjalanan.


Various_stages_of_a_woman_s_life.jpg

Tubuh wanita berubah apabila dia melalui pelbagai peringkat dalam hidupnya:

  • Akil baligh
  • Kehamilan
  • Bersalin
  • Menopaus

Perubahan hormon boleh menyebabkan beberapa kesan dalam tubuh wanita, termasuk tetapi tidak terhad pada:

  • Perubahan emosi
  • Kembung
  • Sakit/kejang perut
  • Kitaran haid tidak teratur
  • Pertambahan/penurunan berat badan yang tidak dijangka
  • Metabolisme terjejas

Intensiti simptom-simptom ini boleh berubah-ubah merentasi pelbagai peringkat hidup, malah sepanjang satu tahun. Namun begitu, ada cara untuk mengurus dan mengurangkan kesan ketakseimbangan hormon.



Diet seimbang

Makan makanan seimbang ialah kaedah universal untuk menguruskan banyak isu yang mungkin timbul. Pastikan anda memberikan tubuh anda nutrien yang seimbang. Makan dengan betul akan menyeimbangkan gula darah, menstabilkan metabolisme dan menggalakkan penyerapan nutrien yang sihat.

Pada sebarang peringkat hidup, pengambilan protein yang cukup memastikan kelenjar endokrin anda berfungsi dengan baik dan menghasilkan hormon peptida, yang bertanggungjawab untuk mengawal atur pertumbuhan, selera makan, tekanan dan pembiakan.1


Nutrilite_Cranberry_Fruit_Drink_Base_with_Probiotic_Inulin_&_FOS.jpg

Utamakan kesihatan usus

Menjaga usus bukan sekadar dengan mempercayai naluri anda. Usus manusia mengandungi berbilion-bilion bakteria baik dan mikroflora yang mengawal atur hormon dan rintangan insulin. Ini mencegah anda daripada makan berlebihan, menahan keinginan dan menggalakkan pembakaran kalori dan lemak yang cekap.2

Mencari probiotik baharu untuk ditambah dalam diet anda? Ambillah Nutrilite Cranberry Fruit Drink Base with Probiotic, Inulin & FOS. Suplemen berperisa kranberi yang lazat ini mengandungi 3 strain probiotik – Laktobasilus (rhamnosus HN001, acidophilus LA-14 & acidophilus NCFM) dengan 0.8g inulin dan 0.13g Fruktooligosakarida (FOS).

Dua daripada strainnya telah dikaji secara meluas untuk kesannya terhadap mikrobiota vagina. Apabila diambil setiap hari, ia membantu anda mencapai paras pH optimum di samping menyokong fungsi usus dan perut.


Take_steps_to_de-stress.jpg

Ambil langkah untuk menghilangkan tekanan

Tekanan boleh memberikan kesan yang sangat besar terhadap kesihatan seseorang. Kortisol, hormon tekanan, boleh menjejaskan kawal atur sistem hormon anda jika dihasilkan dalam jangka panjang. Secara ringkasnya, tekanan yang berpanjangan menghasilkan lebih banyak kortisol, yang menjadikan hormon anda tidak terkawal.

Paras kortisol yang tinggi boleh menyebabkan tubuh anda inginkan makanan berlemak dan bergula sebagai naluri untuk meneruskan hidup. Fikirkan tentang masa-masa anda makan ais krim atau makanan segera sepuas hati!3

Meditasi, kesedaran atau muzik yang menenangkan boleh membantu mengurangkan paras kortisol anda. Cari kelas dalam talian yang anda boleh sertai dengan mudah pada bila-bila masa sepanjang hari.


Vital_Treasures_PINK_BLOOM_Botanical_Beverage_Raspberry_Red_Dates_&_Pomegranate_Extract.jpg

Suplemen

Selain cadangan yang dinyatakan di atas, pilihan lain ialah menambah suplemen dalam diet anda. Minuman Botani Dengan Ekstrak Buah Raspberi, Kurma Merah & Ekstrak Delima PINK BLOOM Vital Treasures ialah pati botani sedia diminum yang sesuai untuk wanita daripada semua peringkat usia.

Dirumus dengan 23 herba dan ekstrak, tambahan kepada pengambilan harian ini memastikan tubuh anda memperoleh keperluan nutrisinya. Kaya dengan antioksidan, terima kasih kepada Ekstrak Delima terpaten AS, minuman yang lazat dan aromatik ini meningkatkan vitaliti untuk memastikan anda sentiasa bertenaga.

Minum untuk kesejahteraan anda di Amway.my!


Rujukan:

1. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC6770041/

2. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/31087391/

3. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5334212/