Walaupun rehat cukup, tetap rasa letih dan kerap mengantuk walaupun cukup tidur. Sentiasa berasa letih, penat dan lesu.
Kalau keadaan ini berpanjangan, ia boleh mengganggu emosi dan memudaratkan bukan sahaja diri kita, malah orang di sekeliling juga termasuk keluarga kita.
Ini kerana keadaan sebegini boleh menyebabkan kita jadi ‘moody’ dan akan jadi pemarah akibat dari rasa penat, letih, lesu tu. Kesian juga kalau kita mula menjadi marah-marah kepada anak-anak serta pasangan kita.
Tak adil kalau kita asyik mula nak marah-marah orang lain tanpa kita merawat dahulu punca rasa letih yang kita alami tu.
Punca badan berasa lemah dan selalu rasa letih, penat dan lesu adalah tanda badan memerlukan nutrient dan vitamin untuk memberikan tenaga yang secukupnya anda agar aktif dan tidak mengantuk sepanjang hari.
Salah satu cara menghilangkan rasa letih dan lesu ialah dengan mengamalkan pengambilan Vitamin B, Vitamin B12, Vitamin B Complex dan juga Vitamin B6 sebagai vitamin untuk badan letih dan lesu.
Pastikan anda mengambil makanan seperti ikan, daging merah, brokoli, hati, kekacang serta kentang, susu telur dan juga keju. Sekiranya anda rasa pengambilan makanan sebegini tidak mencukupi nutrisinya, jadi anda bolehlah makan suplemen untuk membekalkan tenaga dan nutrisi secukupnya.
Kebaikan Vitamin B complex sebagai sumber tenaga kepada kita. Ia juga membantu memulihkan sel-sel badan kita manakala Vitamin B12 pula membantu pembentukan sel darah merah bagi mengelakkan anemia, mencegah osteoporosis, meringankan gejala depresi dan juga membantu menambah tenaga. Sekaligus, menghilangkan rasa letih dan mengantuk.
Sekiranya anda kerap mengalami pening-pening kepala atau untuk wanita yang menghampiri menopaus, anda boleh amalkan Vitamin B Complex ini untuk membantu meringankan gejala-gejala tersebut.
Vitamin B6 membantu mencegah terjadinya bibir merekah, ruam kulit dan juga mengurangkan rasa kepenatan.
Kesimpulannya, kesemua Vitamin B memainkan peranan yang sangat penting dalam mengawal emosi serta tenaga dan mengelakkan kita sentiasa rasa letih dan lesu.
Orang dewasa, yang bekerja atau yang aktif melakukan kerja dan aktiviti seharian perlu memastikan bahawa kadar pengambilan Vitamin B untuk tubuh badan adalah mencukupi. Ini supaya anda dapat mengawal rasa penat, letih dan lesu sekali gus membantu mengawal emosi akibat dari rasa penat. Vitamin B juga dapat membantu membekalkan tenaga kepada kita.
Bagaimana pula anak-anak? Mereka juga sebaiknya dibekalkan makanan yang mempunyai Vitamin B yang tinggi kerana aktiviti mereka yang selalunya lebih aktif berbanding orang dewasa. Jadi, bekalkan juga Vitamin B untuk anak-anak.
Jangan jadikan anak-anak atau pasangan kita sebagai mangsa untuk kita melepaskan rasa penat dan letih yang tidak berkesudahan. Apa kata kita cuba ubah corak pemakanan kita termasuk mengamalkan pengambilan suplemen yang sesuai bagi menangani masalah ini.
Nutrilite Natural B Complex diperbuat daripada yis yang ditapai dan ianya sesuai untuk vegetarian. Ia membantu pembentukan sel darah merah dan membekalkan tenaga. Lepas kerja atau lepas buat aktiviti seharian, kita masih punya tenaga untuk melayan anak-anak dan keluarga kita bermain bersama-sama. Tiada lagi rasa penat, letih, lesu dan nak marah je sebab rasa penat tu.
Selain itu Nutrilite Natural B Complex mempunyai khasiat lengkap Vitamin B yang diperlukan oleh tubuh badan kita.
Dengan hanya satu klik sahaja di sini Nutrilite Natural B Complex, ia membolehkan anda membeli Vitamin B yang kaya dengan pelbagai manfaat Vitamin B dengan mudah. Tak perlu lagi beli Vitamin B banyak-banyak atau asing-asing. Dengan sebotol Nutrilite Natural B Complex anda akan mendapat nutrisi keperluan tubuh badan yang lengkap.
Jangan tunggu lama-lama untuk mengembalikan semula kesihatan dan tenaga anda. Elakkan keletihan melampau serta jagalah emosi kita akibat keletihan. Dapatkan Nutrilite Natural B Complex untuk membantu membekalkan khasiat untuk tenaga dan kesihatan yang lebih baik.
Ianya sesuai untuk wanita dan juga lelaki.