Floating Icon
24 DEC 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 3 MINIT BACA 613 LIHAT 15 BERKONGSI

Penulen Udara Atmosphere Amway – Teman Yang Sempurna Untuk Majlis Di Rumah Anda

Enjoy_the_festive_season_with_friends.jpg

Makanan? Siap!

Minuman? Siap!

Udara lebih bersih? Ummm...

Hujung tahun sinonim dengan musim perayaan – dan perkara yang paling menyeronokkan ketika perayaan adalah berkumpul dengan keluarga dan rakan-rakan. Tambahan pula, perhimpunan kecil dan parti boleh diadakan lagi, inilah masa untuk bergembira, ceria dan bersama-sama!

Namun begitu, mungkin ada keresahan yang boleh mengganggu keceriaan perayaan anda. Menjemput orang ke rumah anda kadangkala merisaukan kerana tetamu tidak diundang yang mungkin masuk ke parti anda, antaranya habuk, kuman, bakteria dan virus.


Jadi...Bagaimana Anda Kekal Selamat?

Walaupun tiada cara untuk menyingkirkan bahan cemar bawaan udara sepenuhnya, ada cara untuk mengurangkan pendedahan kepada bahan cemar ini. Salah satunya, ikuti SOP yang ditetapkan oleh kerajaan seperti memakai pelitup muka, mensanitasi dan jangan melebihi bilangan orang yang dibenarkan di rumah anda. Menjemput terlalu ramai orang akan menyukarkan tetamu anda mengamalkan penjarakan sosial.

Jika senarai nama tetamu anda lebih banyak daripada bilangan orang yang dibenarkan di rumah anda, pertimbangkan untuk membahagikan senarai tetamu anda kepada beberapa slot yang berbeza. Tetamu anda akan berterima kasih kepada anda kerana walaupun pepatah klasik mengatakan “lebih ramai, lebih meriah”, pepatah yang perlu diikuti pada tahun ini dan masa depan yang terdekat tetap “lebih selamat, lebih meriah”.

Satu lagi cara untuk mengehadkan pendedahan anda kepada bahan cemar adalah dengan melabur dalam penulen udara. Penulen udara sangat bermanfaat kepada anda, bukan sahaja semasa anda menerima tetamu tetapi juga ketika anda berada di dalam rumah. Sebenarnya, tahukah anda bahawa udara di dalam rumah boleh lebih tercemar daripada udara di luar?

Benar! Habuk, kulapuk, bakteria dan virus masih berlegar-legar di udara walaupun anda berada di rumah bersama dengan keluarga anda, jadi bayangkan lebih teruknya keadaan itu apabila ada tetamu datang.

Itulah sebabnya penulen udara yang berkuasa dan cekap pasti berguna – seperti Atmosphere SKY dan MINI Amway.


Atmosphere SKY dan MINI – Tetamu VIP Yang Parti Anda Perlukan

Kedua-dua Atmosphere SKY dan MINI bertindak melalui proses penurasan 3 peringkat untuk menuras lebih daripada 300 bahan cemar daripada udara. Peringkat pertama penulen udara ialah prapenuras yang memerangkap serat, habuk dan rambut bawaan udara yang besar. Seterusnya ialah penuras HEPA yang menyingkirkan zarah-zarah kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos. Peringkat terakhir ialah penuras karbon yang mengurangkan formaldehid, dioksin dan ozon serta bau daripada merokok, memasak dan haiwan peliharaan.

Atmosphere SKY berkesan membersihkan bilik bersaiz sehingga 465 kaki persegi dan menyingkirkan 99% zarah sekecil 0.0024 mikron daripada udara – menjadikannya sangat sesuai untuk bilik yang lebih besar di parti rumah anda.

Tetapi jika parti anda diadakan di beberapa bilik atau jika anda hanya ingin menjemput beberapa rakan ke pangsapuri anda, Atmosphere MINI mungkin lebih sesuai. Dibina untuk memberikan penulenan udara berkuasa yang sama untuk ruang yang lebih kecil, Atmosphere MINI membersihkan udara di dalam bilik bersaiz sehingga 200 kaki persegi, memberikan ketenangan fikiran dan udara yang lebih bersih untuk parti yang hebat.

Tambahan lagi, walaupun ketika anda menegur sapa tetamu, anda boleh mengawal Atmosphere SKY dan MINI dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi. Dengan satu sentuhan butang, anda boleh melaraskan tetapan dengan mudah, memantau status penuras atau memeriksa kualiti udara bilik melalui peranti anda.


Jadilah tuan rumah yang lebih prihatin dan peramah pada musim perayaan ini dengan Atmosphere SKY dan MINI.