Floating Icon
17 AUG 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 1189 LIHAT 75 BERKONGSI

Sistem Rawatan Udara Atmosphere yang Mana Sesuai Untuk Anda?

Atmosphere Air Purifier for Every Space

Bayangkan ini: Anda berada di rumah, sedang bersantai. Anda menarik nafas panjang, menutup mata, dan melepaskannya. Anda mengulangi kitaran itu beberapa kali dan sejurus selepas itu, anda menemui zen anda. Ruang yang tenang untuk melapangkan fikiran anda. Santai, bukan?

Kemudian, fikirkan semula - mungkin tidak begitu santai seperti yang sepatutnya. Sebenarnya, udara yang kita hirup dalam rumah adalah 5 kali lebih tercemar daripada udara di luar rumah. Bahan cemar dalaman ini adalah daripada sel-sel kulit mati yang gugur secara semula jadi dan penimbunan debu yang dihasilkan, serta kulapuk, bakteria, dan bahan cemar kerana peredaran udara yang teruk.

Kualiti udara yang teruk di rumah boleh merosakkan tubuh anda, terutamanya kini kita menghabiskan lebih banyak masa di rumah. Keletihan, hidung tersumbat, mata yang berair, dan kesukaran bernafas di rumah semuanya boleh menjadi gejala akibat bernafas dalam udara yang tidak bersih.

Tetapi, anda tidak perlu menderita akibat kesan pencemaran dalaman. Penyelesaiannya adalah mudah – belilah penulen udara untuk kediaman anda.


Sistem Rawatan Udara Atmosphere: Udara yang Lebih Bersih Untuk Setiap Ruang

Dengan pengalaman melebihi 35 tahun dalam penulenan udara, Sistem Rawatan Udara Atmosphere menawarkan 3 penulen udara yang dibina untuk ruang yang berbeza di kediaman anda.

Dibina untuk ruang tamu, Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY dan Mini berfungsi melalui proses penurasan 3 peringkat untuk menuras lebih daripada 300 bahan cemar daripada udara. Penulen udara menyingkirkan secara berkesan 99% partikel sekecil 0.0024 mikron daripada udara.

Di Atmosphere SKY, peringkat pertama adalah prapenuras yang memerangkap serat, debu dan rambut bawaan udara yang besar. Seterusnya adalah penuras HEPA yang menyingkirkan partikel-partikel kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos. Peringkat terakhir adalah penuras karbon yang mengurangkan formaldehid, dioksin dan ozon, serta bau daripada aktiviti merokok, memasak dan haiwan peliharaan.

Atmosphere Mini, walaupun saiznya lebih kecil, ia dilengkapi penuras 3 dalam 1 – prapenuras, penuras karbon dan penuras HEPA – yang menawarkan tahap perlindungan yang sama dengan SKY. Kedua-dua alat penulen udara tersebut menerima Allergy UK Seal of Approval kerana keupayaannya mengurangkan pendedahan kepada alergen tertentu dan selamat digunakan oleh orang yang mengalami alahan.

Sekarang, mari kita teliti bagaimana anda dapat memanfaatkan kesemua 3 penuras udara dengan sebaiknya agar seisi keluarga dapat bernafas dan menikmati udara yang lebih bersih.



Atmosphere sky air treatment system

Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY: Untuk Ruang Tamu Utama

Dengan jangkauan seluas 465 kaki persegi, Atmosphere SKY Air Treatment sangat sesuai untuk ruang tamu utama rumah anda, seperti bilik tamu anda. Penulen udara ini juga menggunakan Inteliflow, sistem peredaran udara dalaman yang unik untuk memastikan bahawa udara yang bersih dan segar dihantar ke setiap sudut bilik.

Malah anda dapat mengawal Atmosphere SKY dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi dan dapat melaraskan tetapan dengan mudah, memantau status penuras atau memeriksa kualiti udara bilik anda melalui peranti anda.



Atmosphere mini air treatment system

Sistem Rawatan Udara Atmosphere MINI: Untuk Bilik Tidur & Bilik Kanak-kanak

Walaupun Atmosphere SKY sesuai untuk ruang tamu yang lebih besar, namun Atmosphere Mini memberikan prestasi hebat yang sama untuk ruang yang lebih kecil sedikit sehingga 200 kaki persegi. Ini menjadikannya sesuai untuk bilik tidur, bilik kanak-kanak dan ruang permainan, bilik belajar, dan malah pejabat rumah.

Menambah penulen udara dalam bilik tidur dan bilik anak-anak anda sangat penting kerana aliran udara bersih dapat mempertingkat kualiti tidur, sekaligus mengurangkan risiko pencemaran berbahaya yang mungkin memasuki saluran udara anda dan anak-anak anda.

Oleh itu, dengan menggunakan kedua-dua penulen udara itu di seluruh kediaman anda, anda dapat memastikan udara yang lebih selamat dan lebih bersih untuk seisi keluarga di setiap bilik.



Atmosphere drive

Sistem Rawatan Udara Kereta Atmosphere Drive: Udara Sentiasa Lebih Bersih

Anda mungkin tertanya-tanya, mengapa anda memerlukan penulen udara di dalam kereta? Kualiti udara di dalam kereta boleh menjadi 15 kali lebih teruk daripada udara di luar. Debu dan bakteria daripada penyaman udara, asap rokok, bahan cemar toksik yang dikeluarkan daripada kulit, getah, dan bahagian dalam fabrik dan upholsteri dapat mengurangkan kualiti udara di dalam kenderaan anda.

Itulah sebabnya Sistem Rawatan Udara Atmosphere DRIVE menawarkan penulenan udara dalam kenderaan untuk udara yang lebih bersih dalam setiap perjalanan. Penulen udara yang mudah dilekatkan dan kompak ini mempunyai kadar penyingkiran bahan cemar sebanyak 99% menggunakan penuras di dalam kereta anda. Selain itu, ia juga menerima UK Allergy Seal of Approval!