Floating Icon
02 SEP 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 1945 LIHAT 235 BERKONGSI

Mini Namun Tetap Berkuasa: Temui Atmosphere MINI™ Baru


Begitu pantas! Setengah tahun telah berlalu dan kita sudah berada dalam bulan Julai. Oleh sebab Malaysia masih memerangi wabak ini, rakyat Malaysia menghabiskan lebih banyak masa di rumah daripada kebiasaannya.

Kebanyakan kita mungkin memilih untuk tinggal di dalam rumah dengan semua tingkap tertutup. Namun, kita mungkin tidak sedar bahawa udara mungkin mengandungi partikel berbahaya termasuk pelbagai virus dan bakteria. Bahan cemar lain yang mungkin terdapat di rumah kita termasuk formaldehid, asap rokok dan bau memasak. Dengan kata lain, udara dalaman boleh jadi lebih tercemar daripada udara di luar.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA), tahap pencemaran dalaman mungkin hingga 5 kali lebih tinggi daripada tahap pencemaran luaran. Ini amat membimbangkan kerana rakyat Malaysia menghabiskan hampir 89% hidup mereka di dalam bangunan dan 69% daripada itu dihabiskan di dalam rumah mereka.

Walaupun anda menyapu habuk dan membersihkan rumah setiap hari, partikel-partikel habuk, asap rokok, bulu haiwan peliharaan, bahan kimia cat dan bahan cemar dalaman yang tidak boleh dibersihkan oleh pembersih habuk dan alat pembersih boleh membahayakan anda dan keluarga anda. Selain itu, bakteria, virus dan alergen bawaan udara boleh berada lama di udara tanpa dikesan.

Tetapi jangan risau, ada cara yang ringas dan mudah untuk melindungi anda dan keluarga anda.


Sedut Udara Yang Lebih Bersih dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere

Sebagai peneraju global dalam penulen udara, Amway telah melakukan inovasi dan menyempurnakan teknologi rawatan udaranya selama lebih daripada 35 tahun. Itulah sebabnya Sistem Rawatan Udara Atmosphere Amway terkenal di seluruh dunia sebagai jenama sistem rawatan udara di rumah premium nombor satu dari segi jualan di dunia*.

*berdasarkan Kajian Verify Market ke atas jualan global 2019

Sistem Rawatan Udara Atmosphere dibina dengan penuras berikut yang merangkumi:

  1. Prapenuras yang memerangkap serat bawaan udara yang besar, habuk dan rambut;
  2. Penuras HEPA yang menyingkirkan partikel yang lebih kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos; dan
  3. Akhir sekali, Penuras Karbon yang menyahtoksin dan menyahbau udara.
  4. Atmosphere Mini

Tambahan lagi, penulen udara Atmosphere menggunakan Inteliflow™, sistem peredaran udara dalaman unik yang memaksimumkan aliran udara di samping meminimumkan bunyi untuk memberikan udara yang lebih bersih dan lebih berkualiti kepada semua. Selain itu, semua produk Atmosphere tertera Allergy UK Seal Of Approval, standard tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, jadi yakinlah bahawa produk ini benar-benar mengurangkan dan menyingkirkan alergen daripada persekitaran anda!

Atmosphere Mini cleaner air


Nikmati Penurasan Udara Berkuasa Secara ‘Mini’

Menyertai keluarga Atmosphere ialah Sistem Rawatan Udara Atmosphere MINI™ yang baru dilancarkan! Ia memberikan semua manfaat penulen udara Atmosphere dalam saiz kompak untuk memenuhi keperluan anda.

Sistem Rawatan Udara Atmosphere MINI™ dilengkapi penuras 3 dalam 1 yang berkesan menyingkirkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara termasuk habuk, bakteria, kuapuk, debunga, virus, antigen hama habuk dan banyak lagi. Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada partikel bahan cemar kecil dengan prestasi kecekapan satu laluan 99.99% yang menuras partikel yang lebih besar atau bersamaan 0.0024 mikron - iaitu hampir 30,000 kali lebih kecil daripada sehelai rambut manusia.

Tambahan lagi, dengan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) tidak kurang dari 130 kaki padu seminit pada Kelajuan 3, Sistem Rawatan Udara Atmosphere MINI™ menyedut dan membersihkan udara di dalam bilik ukuran hingga 200 kaki persegi – menjadikannya sempurna untuk pangsapuri yang kecil, taska, bilik darjah, malah bilik mesyuarat!

Control the Atmosphere MINI with your smartphone


Udara Lebih Bersih Hanya Dengan Satu Sentuhan Dengan Atmosphere MINI™

Bahkan anda boleh mengawal Sistem Rawatan Udara Atmosphere MINI™ dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi dan melaraskan tetapannya, memantau status penuras atau memeriksa kualiti udara bilik melalui peranti anda dengan mudah.

Jadi, sama ada di dapur, ruang makan, dewan atau di bilik tidur, anda boleh memastikan kualiti udara tetap bersih dan sihat untuk anda dan keluarga anda.


Kualiti Udara adalah Kualiti Hidup. Dapatkan Atmosphere MINI™ anda hari ini!