Floating Icon
07 DEC 2021 KEHARMONIAN KEDIAMAN 4 MINIT BACA 664 LIHAT 41 BERKONGSI

Mengapa Atmosphere Mini ialah Hadiah Terbaik Untuk Anak-Anak Anda

Apabila menyentuh tentang anak-anak, semua ibu bapa mahu perkara yang sama – agar anak-anak mereka membesar dengan sihat dan kuat. Jadi, sebagai ibu bapa, kita memastikan mereka makan dengan sihat, mengambil vitamin dan bersenam. Lagipun, ganjaran terbesar bagi ibu bapa adalah apabila anak-anak anda tersenyum dan sihat ketika menjalani aktiviti seharian mereka.

Namun begitu, ada satu aspek yang sering terlepas pandang apabila menyentuh tentang menyediakan persekitaran yang sihat untuk membesar kepada anak-anak, iaitu udara dalaman di rumah.

indoor-pollutants.jpg


Mengapakah Udara Dalaman Berbahaya kepada Anak-anak Saya?

Menurut kajian yang dilakukan oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar A.S. (EPA), tahap pencemaran dalaman mungkin dua hingga lima kali ganda – dan kadangkala lebih daripada 100 kali ganda – lebih tinggi daripada tahap pencemaran luaran. Ini kerana habuk, bakteria dan kulapuk boleh terkumpul di rumah anda lama-kelamaan, malah dengan pembersihan yang kerap, zarah habuk yang lebih kecil masih ada.

Anak-anak kecil terutamanya, terdedah pada pencemaran udara yang lebih tinggi daripada orang dewasa kerana mereka sering bermain di lantai (atau merangkak bagi bayi dan kanak-kanak bertatih) tempat habuk dan kotoran terkumpul. Lagi pula, bilik bermain atau bilik kanak-kanak boleh menjadi tempat banyak bahan cemar udara terkumpul kerana terdapat banyak mainan lembut dan barang permainan yang boleh berhabuk dan memerangkap hama habuk. Bahan cemar ini boleh membahayakan, terutamanya kepada anak kecil iaitu menjejaskan sistem pernafasan, mencetuskan serangan asma, hidung berair, alahan kulit dan batuk.

Itulah sebabnya penting untuk memastikan bahawa udara di dalam bilik mereka bersih – dan Atmosphere Mini ™ boleh membantu melakukannya.

Enjoy-Cleaner-Air-Everyday-With-Atmosphere-Mini.jpg


Nikmati Udara Yang Lebih Bersih Setiap Hari Dengan Atmosphere Mini™

Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ ialah penulen udara yang baru dilancarkan dan dibina untuk memberikan kualiti udara yang lebih baik untuk ruang yang lebih kecil menggunakan Sistem Rawatan Udara Atmosphere yang telah menjadikan Amway sebagai pemimpin global dalam penulen udara dan terkenal sebagai jenama rawatan rumah premium No. 1 dari segi jualan di dunia.*

*berdasarkan Kajian Verify Market ke atas jualan global 2020

deliver-better-air-quality.jpg

Ia menampilkan penuras 3 dalam 1 yang berkesan menyingkirkan lebih daripada 300 bahan cemar bawaan udara termasuk habuk, bakteria, kulapuk, debunga, virus, antigen hama habuk dan banyak lagi. Zarah bahan cemar kecil tidak berpeluang melawan prestasi kecekapan laluan tunggal 99.99% yang berkuasa menuras zarah yang lebih besar atau bersamaan dengan 0.0024 mikron – itu hampir 30,000 kali ganda lebih kecil daripada sehelai rambut manusia.

Atmosphere-Mini-filter.jpg

Sistem penurasan 3 dalam Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ bermula dengan Prapenuras yang memerangkap serat, habuk dan rambut bawaan udara yang besar. Seterusnya, Penuras Karbon meneruskan proses penulenan udara dengan menyahtoksin dan menyahbau udara. Akhir sekali, Penuras HEPA menyasarkan zarah yang lebih kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos.

Tambahan lagi, dengan Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) tidak kurang daripada 130 kaki persegi seminit pada Kelajuan 3 Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ menulenkan udara di dalam bilik bersaiz sehingga 200 kaki persegi dalam masa 3 minit – saiz yang sesuai untuk bilik si kecil anda!

Selain itu, anda boleh yakin bahawa Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™ benar-benar menjalankan tugasnya menulenkan udara kerana semua produk penulenan udara Atmosphere tertera Allergy UK Seal Of Approval sebagai pengesahan standard tinggi yang diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk mengurangkan dan menyingkirkan alergen di dalam udara. Ia juga mempunyai Pensijilan CADR daripada U.S. Association of Home Appliance Manufacturers (AHAM) untuk pengurangan asap, habuk, dan debunga bawaan udara untuk kegunaan di bilik seluas hingga 200 kaki persegi.


Pantau Tahap Pencemaran Udara Dari Mana-mana Sahaja Di Rumah Anda

Satu lagi manfaat tambahan Sistem Rawatan Udara Atmosphere Mini™  ialah anda boleh mengawal penulen udara ini dengan telefon pintar anda melalui Bluetooth atau Wi-Fi. Jadi, sama ada anda bekerja di rumah atau menyiapkan makan malam, anda hanya perlu melihat sebentar aplikasi untuk memantau status penuras dan jika perlu, selaraskan tetapan penulen udara supaya anda boleh memastikan kualiti udara yang baik untuk anak-anak anda.