Floating Icon
29 DEC 2020 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 4 MINIT BACA 1168 LIHAT 30 BERKONGSI

4 Cara Mudah Meluangkan Masa untuk Penjagaan Diri

Ketika kita sibuk menyeimbangkan antara kerja-keluarga-tidur setiap hari, kita mungkin ada mendengar nasihat supaya kita meluangkan lebih masa untuk diri kita sendiri. #Penjagaandiri telah menjadi salah satu tanda pagar paling popular era ini.

Dan kini kita mungkin mendapat lebih sedikit masa bersama keluarga daripada apa yang diharapkan kerana lebih ramai orang duduk di rumah untuk kekal selamat. Namun, kita mungkin merindukan sedikit “masa bersendirian”.

Oleh itu, masukkan diri kita dalam senarai yang perlu dilakukan, berjanji untuk meluangkan masa melakukan perkara yang kita suka. Kita merancang bertemu rakan-rakan untuk berjalan-jalan sambil menjaga penjarakan sosial, atau mewujudkan masa henti untuk aktiviti solo kegemaran kita.

Tetapi berapa kerapkah apa yang anda rancangkan untuk diri anda sebenarnya menjurus kepada penjagaan diri?


‘Masa Bersendirian’ boleh menjadi satu cabaran

Memenuhi “masa bersendirian” dalam jadual anda boleh menjadi satu kesukaran apabila berhadapan dengan tanggungjawab lain. Tarikh akhir kerja akan berganjak ke atas, masalah keluarga timbul dan masa yang anda peruntukkan untuk diri anda berganjak ke bahagian bawah senarai.

Tetapi adalah mustahak untuk tidak membiarkannya berlaku. Menjadualkan masa untuk diri anda dan tidak berasa bersalah mengenainya adalah kunci kepada kesejahteraan yang menyeluruh.

Salah satu cara untuk memungkinkannya ialah dengan memulakan secara kecil-kecilan. Malah masa henti yang khusus selama 15 minit akan memberikan anda peluang untuk menarik nafas. Ia mungkin nampak tidak banyak tetapi anda boleh melakukan banyak perkara untuk diri anda dalam masa 15 minit itu. Berikut ada empat cara untuk meluangkan sedikit masa anda untuk diri anda.


Read a book

Baca satu bab buku

Sama ada buku motivasi diri, memoir karya terbaru selebriti kesukaan anda atau novel yang membawa anda ke alam lain, duduk dan bacalah sambil menumpukan fikiran anda pada perkara yang anda ingin fikirkan.


Enjoy your coffee

Bersantai dengan secangkir minuman


Jauhkan diri daripada meja anda, dapur yang berselerak atau persekitaran kerja dan nikmati teh, kopi atau Minuman Tenaga XS kegemaran anda. Menjauhkan diri daripada senarai yang perlu dilakukan adalah kunci untuk menjadikannya satu percutian yang sebenar daripada kerja harian yang membosankan.


Take a nap

Lelapkan mata seketika

Tiada cara yang lebih baik untuk merasa segar selain melelapkan mata seketika apabila anda sedang bertungkus-lumus. Dan kajian menunjukkan ia adalah berlawanan dengan bersikap malas: Tidur sekejap di siang hari telah membuktikan dapat meningkatkan prestasi kerja, meningkatkan kewaspadaan dan membuatkan anda berada dalam mood yang lebih baik. (Cuma jangan lupa untuk menetapkan penggera!)


Signature Select Mask Stack

Rawatan spa mini

Anda boleh memberikan diri anda rawatan spa mini di kediaman anda sendiri. Kebanyakan masker muka di pasaran hanya perlu berada pada kulit anda selama kurang daripada 10 minit, termasuk lima Masker ARTISTRY SIGNATURE SELECT. Ia dirumus untuk dibilas selepas 7 minit bagi memberikan hasil yang serta-merta – sedikit dos masa bersendirian yang sempurna untuk diselitkan dalam hari anda!

Dan anda boleh memilih rawatan kulit yang berbeza untuk diberikan tumpuan. Setiap Masker ARTISTRY SIGNATURE SELECT direka untuk menyasarkan masalah kulit yang berbeza. Daripada memejalkan ke menghidratkan ke mengelupaskan hingga mencerahkan, anda boleh memilih masker yang diidamkan oleh kulit anda.

“Masker ini merawat lebih daripada sekadar wajah anda – ia adalah suatu yang menyeronokkan untuk deria anda juga,” kata Marisa Grossnickle Pengurus Kanan Jenama ARTISTRY.

“Anda boleh memilih masker berkrim untuk memberikan bahan-bahannya yang padat, yang mengelupaskan untuk memperbaharui kulit anda atau masker tanah liat untuk mengeluarkan kotoran – rangkaian ARTISTRY SIGNATURE SELECT mempunyai segalanya."

Jadi, jika anda rasa seperti hendak mengabaikan penjagaan diri anda dan menolak diri anda ke bahagian bawah dalam senarai yang perlu dilakukan, ingatlah, ia hanya memerlukan beberapa minit untuk mengecas semula dan menyerlahkan wajah anda yang paling menawan.