Tidak banyak perkara boleh menyerlahkan sisi feminin anda dengan sentuhan keanggunan yang ketara seperti gincu merah. Apa yang mengejutkan ramai orang ialah betapa serba bolehnya warna merah. Seperti wanita dengan pelbagai aspek dalam personalitiya, warna merah didatangkan dalam pelbagai rona dan setiap satunya menggambarkan watak yang berbeza.
Contohnya, kelembutan merah beri berbeza dengan kekuatan berani merah rouge yang lebih pekat atau merah jingga yang terang. Semua rona ini memiliki keistimewaan tersendiri dan sesuai dengan pelbagai persona atau emosi. Untuk menonjolkan gaya anda, anda hanya perlu tahu merah yang mana harus dipilih...
Ini bagus untuk mereka yang ingin menonjolkan sisi misteri mereka. Warnanya yang pekat lincah dan romantik dan yang paling penting, ia mudah disesuaikan dengan kebanyakan kulit wajah.
Rona ini popular dalam kalangan wanita yakin yang bersedia menyerlahkan aura dalaman yang mempesona. Warnanya yang terang menarik, memikat dan sentiasa menawan.
Inilah caranya anda membuat orang menoleh dua kali. Merah jingga terang yang bertenaga dan lembap menjadikannya pilihan yang berani untuk keseronokan dan cabaran. Ia juga membantu mencerahkan tona kulit anda.
Tahu tak? Anda boleh mendapatkan semua rona menawan ini daripada koleksi ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick baru!
Ketiga-tiga rona yang sangat berpigmen ini memberi anda kepusaman sempurna dengan kemasan bak baldu yang sesuai dengan setiap acara. Didatangkan dalam tiub metalik yang bergaya dan elegan, hanya putar untuk mengalami warna yang tidak mengeringkan dan begitu mudah disapu.
Teksturnya yang lembut membolehkan anda menyapu pewarna bibir yang tahan lama ini berlapis-lapis dengan selesa sehingga memperoleh impak yang anda mahukan. Pilih sapuan lembut untuk siang dan sapu lebih banyak untuk malam – terpulang kepada anda.
Selamat tinggal juga kepada bibir kering! Rumusannya yang menghidratkan mengandungi Sodium Hyaluronate yang melembapkan bibir kering, mengembalikan kelembutan di samping mengurangkan garis-garis halus. Selain itu, Vitamin E yang menyuburkan mampu melegakan dan memulihkan bibir yang pecah-pecah agar warnanya disapu sekata.
Teruja untuk menerokai personaliti baru anda dengan ARTISTRY Semi Matte Color Lipstick? Berikut adalah beberapa petua untuk menyempurnakan penampilan anda:
Serlahkan warna sebenar anda dan berseronoklah! Kemungkinannya tiada batasan.
Pastikan bibir anda pusam dan personaliti anda yang Romantik, Bertenaga dan Mempesona terserlah.
Cari rona anda di Amway.my