Floating Icon
15 JUL 2021 KECANTIKAN & DANDANAN DIRI 6 MINIT BACA 1767 LIHAT 39 BERKONGSI

Testimoni ARTISTRY SKIN NUTRITION: Bahagian 3

Kebanyakan orang tidak mengalami satu masalah kulit sahaja. Sesetengahnya mungkin mengalami zon-T berminyak dengan kulit normal atau kering di bahagian muka yang lain, ada yang mengalami kekeringan hanya di pipi dan di sekitar mulut dengan kulit normal di bahagan lain. Jenis kulit ini dikenali sebagai kulit kombinasi dan memerlukan penjagaan khusus untuk menyasarkan masalah kulit yang berbeza pada bahagian muka yang berbeza untuk kulit muka yang sihat secara keseluruhan.


Adakah ARTISTRY SKIN NUTRITION bagus untuk kulit kombinasi?

Menggabungkan sains maju, nutrisi dan kecantikan, ARTISTRY SKIN NUTRITION adalah pendekatan holistik untuk penjagaan kulit yang diperakui vegan, bebas paraben dan tidak diuji pada haiwan. Dikuasakan oleh fitonutrien Nutrilite yang diperoleh dari ladangnya yang disahkan organik, koleksi ini menyuburkan kulit anda untuk Kecantikan yang Sihat. Tetapi apa yang boleh dilakukannya untuk kulit kombinasi?

Kedua-dua Balancing dan Hydrating Solution menampilkan bahan-bahan seperti Shiso Perilla dan Aloe Vera yang lembut pada kulit kering dan menenangkan kulit sensitif yang berminyak. Asid Amino mengembalikan keseimbangan pada kulit, meminimumkan penampilan liang-liang dan kilatan di samping mengekalkan keseimbangan pH yang sihat. Diseduh dengan Biji Chia Putih dan Delima Nutrilite, produk ini menyuburkan dan menguatkan perintang kulit untuk mencegah kerosakan. Kemudian, Ceri Aserola Nutrilite, Daisi Australia dan Beri Hitam melambatkan tanda-tanda penuaan awal yang ketara.


Berikut ialah pendapat pelanggan kami:

Testimonial Jessica Teng.jpg

Jessica Teng

Bagi saya, kebimbangan saya ketika melangkah ke peringkat kulit seterusnya ialah faktor luaran dan kurang kepejalan. Saya cukup berdisiplin dan menggunakan rangkaian penuh penjagaan kulit, dari penanggal mekap hingga pelembap. Kadangkala saya menggunakan masker dan mengelupas sekali-sekala.

Gaya hidup saya agak normal walaupun kadangkala saya menikmati sedikit wain. Saya memastikan yang saya kerap bersenam dan makan makanan berkhasiat serta mengambil suplemen Nutrilite secara konsisten.

Saya telah menggunakan produk daripada rangkaian Balancing dan Hydrating kerana saya memiliki kombinasi kulit dan agak sensitif terhadap produk penjagaan kulit.

Saya sukakan koleksi ini kerana ia vegan dan bebas kekejaman, yang bagus untuk orang yang mahu memilih penjagaan kulit yang mesra alam. Saya juga rasa kali ini ARTISTRY menepati semuanya: dari bau, bekas hingga pengalaman pengguna, semuanya sempurna.

Teksturnya menyegarkan dan tidak berminyak, namun sangat menghidratkan – saya boleh lihat perbezaan dari hari kedua penggunaan. Saya suka kelicinannya dan ia tidak rasa berat pada kulit anda pada keesokan harinya. Tekstur gel krim yang ringan memang sempurna kerana baunya semula jadi; ia bukan haruman yang keterlaluan.

Analisis kulit saya menunjukkan yang kulit muka saya bertambah baik dengan tona kulit yang lebih sekata. Kulit saya cerah tetapi agak bercapuk-capuk. Kini ia kelihatan baik secara keseluruhan dan juga lebih lembap.




Testimonial Theeba.jpg

Theeba

Tekstur kulit saya tidak sekata dan kawasan zon-T saya juga membimbangkan. Ada juga kekusaman dan kekenduran. Kulit saya jenis kombinasi dan agak ternyahhidrat. Saya sangat malu tentang kulit saya, jadi saya tidak pernah melangkau penjagaan kulit dan penjagaan rambut.

Saya rasa yang saya sangat sihat. Saya minum banyak air dan makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Saya mengambil karbohidrat terutamanya pada waktu petang dan pada waktu malam saya makan oat dan bijirin. Masalah utama saya ialah kurang tidur dan tekanan.

Pada masa ini, saya menggunakan kedua-dua Balancing dan Hydrating Solution. Bagi saya, koleksi ini terasa seperti pekatan buah-buahan dan sayur-sayuran. Rasanya seperti New York atau Australia. Saya suka bau yang semula jadi dan keunikan produk nya. Saya suka rekaan dan warnanya; ia sesuatu yang berbeza, baru dan dipertingkatkan.

Teksturnya bagus – terutamanya buih Hydrating Mousse Cleanser yang mengagumkan. Apabila menggunakannya, saya rasa segar dan santai. Wajah saya rasa licin dan lebih lembut dari hari kedua. Pada hari keempat, saya lihat tona kulit saya lebih cerah manakala kemerahan dan bengkak juga berkurangan.

Balancing Fresh Shake Toner bagus. Ia berkesan mengawal minyak. Saya boleh lihat perbezaan pada kulit saya.

Secara keseluruhannya, kulit saya lebih berseri dan lebih licin seperti kulit bayi. Dahulu kulit saya kasar tetapi saya boleh lihat perbezaannya hanya setelah seminggu. Saya sangat mengesyorkannya; ia mengagumkan.




Testimonial Rainnie Tan.jpg

Tan Jing Ying

Saya memiliki kulit kombinasi dan kebimbangan utama saya ialah jerawat, parut, kekeringan, garis-garis halus, bintik-bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. Saya sangat berdisiplin dan sentiasa menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari. Namun begitu, saya selalu tidur lewat. Dari segi makanan, saya baik-baik saja tetapi saya mengambil banyak suplemen Nutrilite. Saya tidak bersenam kerana saya sangat sibuk.

Saya menggunakan Hydrating Solution. Saya dapati ia menyegarkan dan sangat menghidrat. Selepas menggunakannya, kulit saya lebih licin dan stabil. Ia memberikan penghidratan dan perlindungan; Saya boleh rasa yang perintang kulit saya lebih kuat. Sekarang, saya tidak melihat bintik-bintik hitam, kemerahan dan jerawat – hanya kulit yang lebih sihat.

Bau koleksi ini harum dan teksturnya tidak berminyak. Ia ringan dan mudah diserap, terutamanya Hydrating Mousse Cleanser. Dari segi hasilnya, saya boleh lihat tona kulit yang lebih cerah dan parut saya semakin pudar. Ia juga mengurangkan garis-garis halus dan bintik-bintik hitam saya.

Saya syorkan gunakan dengan banyak, terutamanya Hydrating Gel Cream – sapukannya lebih banyak dan anda akan rasa kulit selembut bayi pada hari kedua penggunaan.




Testimonial Nur Amalina.jpg

Nur Amalina

Kebimbangan terbesar saya ialah jerawat, kemerahan dan tona kulit tidak sekata. Saya memiliki kulit kombinasi: kering dengan zon-T berminyak. Setiap hari saya membersih, menyegar dan melembap. Saya juga menggunakan Dermasonik ARTISTRY sebulan sekali dan masker setiap dua minggu walaupun saya tidak konsisten.

Biasanya saya tidur selepas tengah malam dan bangun sekitar pukul 6 pagi. Saya jarang mengambil sarapan dan makan lewat malam dan biasanya makan makanan segera kerana saya sangat sibuk. Saya juga cuba untuk tidak mendedahkan kulit pada matahari.

Selalunya saya menggunakan Hydrating Solution dan ia sangat bagus. Teksturnya bagus, ringan dan cepat menyerap. Bau rangkaian ini juga menyegarkan. Saya sangat suka krim matanya yang berkilauan.

Kulit saya lebih sihat dan kemerahan berkurangan. Wajah saya kelihatan cerah dan segar tanpa jerawat baru atau reaksi negatif. Saya boleh lihat tona kulit yang lebih sekata dan kurang berminyak. Kulit saya juga lebih lembut disebabkan penghidratan segera dan kelembapan berpanjangan.

Memang bagus kita ada Hydrating dand Balancing Solutions, lebih baik untuk memenuhi keperluan kulit tertentu. Saya rasa pengguna akan lebih selesa menggunakannya apabila mengetahui yang mereka boleh memilih berdasarkan masalah kulit masing-masing; ia lebih diperibadikan.




ASN Bal Hyd Mini.jpg


Dapatkan Set Mini ARTISTRY SKIN NUTRITION Balancing dan Hydrating Solution hari ini!

Terdiri daripada pembersih, penyegar dan pelembap, set mini ini akan cukup untuk sekurang-kurangnya dua minggu, jadi ia percubaan yang sempurna untuk mengalami semua yang anda perlukan untuk kulit yang kelihatan sihat bila-bila, di mana-mana jua.

Terokai koleksi ini dan lihat sendiri hasilnya di Amway.my