Tinggi protein, padat dengan antioksidan dan sumber asid lemak yang baik – tahukah anda bahawa anda boleh memperoleh semua manfaat ini dalam satu bahan sahaja? Dapatkan semua itu dan lebih banyak lagi dalam biji chia yang kecil ini.
Biji-biji kecil ini mempunyai sejarah penyembuhan kuno dan membekalkan tenaga yang mampan untuk tubuh sejak tamadun Maya dan Aztec. Malah, perkataan “chia” berasal daripada perkataan Maya untuk kekuatan.
Hanya dua sudu teh biji chia mengandungi 11g serat, 4g protein, 5g Omega-3 dan pelbagai vitamin dan nutrien. Bebas gluten secara semula jadi, ia sesuai untuk semua orang. Biji yang berkuasa ini menyuburkan tubuh dari dalam dan merupakan bahan yang bagus untuk disertakan ke dalam rutin penjagaan kulit anda.
Padat dengan antioksidan dan asid lemak Omega-3, biji chia mempunyai sifat antipenuaan yang hebat. Omega-3, seramida dan kolesterol sangat penting untuk perintang kulit yang kuat. Semakin kuat perintang kulit anda, semakin baik ia boleh melindungi daripada kerosakan persekitaran dan pencemaran di samping mengunci kelembapan untuk kulit yang lembut. Itulah sebabnya Omega-3 merupakan blok binaan yang penting untuk kulit yang sihat dan kelihatan lebih muda.
Tambahan pula, antioksidan dalam biji chia membantu melawan tanda-tanda penuaan pramatang, melegakan keradangan dan membantu proses penyembuhan kulit cela dengan mengurangkan penampilan parut jerawat untuk kesan pencerahan. Sementara itu, kepekatan protein yang tinggi dalam makanan unggul ini membantu merangsang penghasilan kolagen untuk kulit yang lebih licin dan bebas kedutan.
Terdapat beberapa cara untuk menyertakan manfaatnya dalam rutin penjagaan kulit anda. Anda boleh menambah dua sudu teh biji chia ke dalam botol air anda dan minum sepanjang hari. Namun begitu, kaedah ini lebih bermanfaat dalam membantu kesihatan pencernaan berbanding memperbaiki tekstur kulit.
Membuat sendiri masker dengan biji chia yang direndam, madu dan mil oat juga membolehkan anda memanfaatkan beberapa sifat penyembuhannya tetapi ia tidak akan meresap jauh ke dalam kulit.
Oleh itu, cara terbaik untuk memanfaatkan semua vitamin, nutrien, antioksidan dan asid lemak biji chia yang hebat ini adalah dengan rangkaian penjagaan kulit kecantikan sihat yang menggunakan biji chia putih sebagai bahan wira dalam semua produknya.
Sebagai bahan wira dalam rangkaian ARTISTRY SKIN NUTRITION, biji chia putih telah dimasukkan ke dalam penanggal mekap, pembersih, penyegar, krim mata dan pelembap. Diekstrak dan digunakan dalam bentuk gel atau minyak, bahan ini didatangkan dengan jaminan kemujaraban kerana biji chia putih ditanam di ladang Nutrilite yang mesra alam untuk penjejakan sepenuhnya dari biji benih ke kulit.
Ia merupakan bahan handalan bersama dengan Buah Delima Nutrilite dalam Brightening Complex yang dipatenkan, terbukti secara klinikal boleh mengurangkan penampilan pigmentasi dan menjadikan tona kulit sekata sambil menghidratkan, menyuburkan dan merangsang keserian semula jadi untuk penampilan yang muda.
Mulakan perjalanan anda untuk kulit yang kelihatan lebih muda dengan ARTISTRY SKIN NUTRITION!
Nantikan artikel kami tentang lebih banyak makanan untuk kulit yang sihat lagi subur #ArtistryHealthyBeauty