Floating Icon
12 JUN 2023 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 2 MINIT BACA 784 LIHAT 21 BERKONGSI

Merintis Jalan Bersama XS

Tahun Baru yang berlalu dan anda sedang meniti 2021 yang dinantikan, sudah sampai masanya untuk mengutamakan kesihatan mental dan fizikal anda! Manfaatkan hari anda dan capai perkara-perkara yang anda hajati dalam kehidupan di samping berasa bagus dan kelihatan bagus juga!

Berasa bagus adalah jauh lebih baik daripada sekadar kelihatan bagus. Membentuk pola yang sihat dalam diet anda dan senaman boleh membantu anda mengurangkan berat badan yang bertambah  disebabkan bekerja berjam-jam lamanya di pejabat. Kini tiba masanya untuk menambah kepelbagaian ke dalam rutin anda – dalam cara yang sihat!

XS Pink Grapefruit Fiery Blaze on ice

Mentenagakan diri dengan cara yang betul

Permulaan yang hebat untuk senaman anda ialah Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze. Tidak seperti kebanyakan minuman tenaga, ia akan memberikan tenaga tanpa gula tambahan kepada anda. Berbanding koktel dengan pemanis dan bahan tambahan tiruan (dan mungkin tidak sihat), perisa XS yang baru ini mengandungi jus limau gedang sebenar untuk memberikan rasa yang lebih semula jadi

roasted and unroasted coffee

Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze lebih menarik kerana kandungan 100mg ekstrak biji kopi hijau. Biji kopi hijau mengandungi asid klorogenik untuk memulakan proses pembakaran lemak di dalam tubuh anda.

Asid klorogenik telah ditunjukkan dapat membantu dalam pengurangan lemak viseral dalam tubuh selain memberikan anda khasiat antioksidan kopi yang bermanfaat. Minuman kami mengandungi 50mg asid klorogenik untuk menambahkan sedikit bahan api dalam pembakaran lemak anda.

XS drink

Bakar semangat anda!

Kekal cergas dan dengan semangat yang membara sepanjang hari dengan 50mg kafein serta campuran vitamin B seperti B2, B3, B5, B6 dan B12. Dapatkan kecergasan ini hanya dengan 45 kalori setiap tin*.

Sama ada ia merupakan perangsang tenaga sebelum atau selepas bersenam, Minuman Tenaga XS Pink Grapefruit Fiery Blaze adalah pilihan yang ideal untuk kaki gim, yang pergi sekali-sekala dan mereka yang menjalani gaya hidup aktif. Cubalah dan siapa tahu mungkin ramai juga yang menoleh semasa anda sedang berjalan!

Kisah XS

Jenama XS adalah berkisar tentang menikmati kehidupan anda sebaik mungkin dan mencari cabaran yang baru. Nikmati kehidupan anda hingga ke tahap ekstrem dengan rangkaian minuman tenaga pelbagai perisa tanpa gula kami ini!