Peminat penjagaan kulit Korea telah lama memuji teknologi termaju industri dan penggunaan bahan yang berkuasa. Salah satu daripada trend terkini ialah masker tidur yang digunakan selepas pelembap pada waktu malam untuk menghidratkan kulit anda sehingga pagi.
Tetapi bagaimana sebenarnya masker ini berfungsi dan bolehkah masker ini benar-benar mempermudakan kulit? Mari kita lihat dengan lebih dekat lagi apa yang membuatkan masker tidur teman terbaik anda pada waktu malam:
Rangsangan botani
Masker tidur biasanya diseduh dengan bahan semula jadi yang melegakan kulit dan membantu membaiki kerosakan dengan antioksidan. Dalam masa satu malam, kekeringan dikurangkan agar kulit wajah tampak sihat dengan ketara pada keesokan paginya.
Berfungsi pada waktu malam
Memandangkan masker tidur direka untuk berfungsi sepanjang malam, anda tidak perlu memakai semula untuk kelembutan selama berjam-jam. Hanya sapukan masker selepas rutin penjagaan kulit biasa anda, tidur dan bangkit dengan tampil menawan.
ARTISTRY yang sentiasa berada di baris hadapan teknologi termaju kini memperkenalkan Blooming Sleeping Mask. Masker yang melembapkan secara mendalam dan mentenagakan semula ini sesuai untuk kulit matang yang kering dan sensitif. Ia mencegah dan melambatkan kerosakan DNA untuk mengekalkan penampilan yang muda.
Masker tidur ini mengandungi Fermentia CICA dengan paten yang masih belum selesai, eksklusif untuk ARTISTRY. Terbukti secara klinikal untuk melegakan keradangan secara berkesan, bahan ini menghidratkan secara intensif dan mentenagakan kembali kulit yang rosak akibat sinar UV dan pencemaran. Ia juga lebih berkesan daripada CICA yang tidak ditapaikan.
Ujian klinikal menunjukkan:
Menggunakan Cica Release™, masker ini menghantar Fermentia CICA ke dalam kulit anda sepanjang malam. Kami berbicara mengenai bahan-bahan aktif selama 8 jam, dilepaskan secara perlahan-lahan untuk keberkesanan yang berterusan.
Gabungan AA2G dan Ekstrak Bunga Kekwa menyediakan sifat antioksidan dan pecerahan kulit yang hebat untuk wajah yang berseri-seri. Bahkan, lebih menakjubkan lagi ialah keberkesanannya membalikkan kerosakan DNA akibat pendedahan pasca UV kerana penyelidikan oleh saintis Amway telah menunjukkan bahawa kulit akan terus dirosakkan oleh sinar UV lama selepas anda masuk ke rumah selepas terdedah kepada matahari.
Ditampilkan juga MultiEx BSASM©, kompleks botani yang terdiri daripada 7 ekstrak tumbuhan tradisional. Botani ini amat melegakan dan sangat bermanfaat kepada kulit:
Para peminat aromaterapi akan menyukai adunan minyak pati lavender dan bergamot Nutri-Cert. Lumurkannya dan sedut dengan mendalam untuk menenangkan dan merehatkan minda dan kulit anda.
Masker ini didatangkan dengan pengurut berbentuk T bersalut rhodium serba guna yang canggih. Anda boleh menggunakannya untuk menceduk produk daripada bekasnya untuk tujuan kebersihan dan mengurut muka anda bagi rejim penjagaan malam yang menyeluruh.
Urut dengan lembut menggunakan Blooming Sleep Mask sebanyak 2 hingga 3 seminggu atau setiap hari untuk merangsang peredaran dan menggalakkan penyerapan produk serta menegangkan dan menyerlahkan raut wajah anda.
Ketahui tentang Blooming Sleeping Mask di Amway.my!