Terpaksa bergelut dengan obesiti selama bertahun-tahun, Mikail sentiasa berharap agar terdapat cara yang semula jadi dan mudah untuk mengurus berat badannya. Dia sudah bosan dengan berat badan berlebihan dan ingin memiliki bentuk badan yang ideal. Namun begitu, dia merasakan bahawa dia belum bersedia untuk mencuba latihan kecergasan.
Suatu hari, dia bersiar-siar di taman bersama rakan baiknya, Lina. Lina memberitahu bahawa dia akan mula berlari sebentar lagi. "Bagaimana awak melakukannya?" dia bertanya.
Lina menoleh dan memandangnya. Kulitnya memancarkan keserian yang sihat hasil senaman. "Lakukan apa?"
“Bagaimana awak ada begitu banyak tenaga untuk bersenam sepanjang masa? Awak buatnya nampak begitu mudah!”
Lina duduk di bangku dan membuka setin Minuman Tenaga XS. Dia mempelawa Mikail sambil tersenyum. "Mudah bila awak begitu minat dengan kesihatan dan kecergasan."
Mikail menggeleng kepala. "Ia tak mudah untuk orang macam saya."
"Maksud awak?"
Dia mengeluh. "Awak seorang jurulatih peribadi. Kesihatan dan kecergasan adalah bidang awak. Awak membakar kalori 9-5 dan membantu orang lain melakukan perkara yang sama. Saya pula bekerja di meja saya sepanjang hari. Satu-satunya senaman yang saya buat ialah berulang-alik ke pantri pejabat untuk minum kopi dan mengambil air – dan menaiki tangga. Itupun jika saya ingat.”
Dia mengangguk. "Saya faham. Ia mesti sukar.”
"Memang. Dan bila saya dapat bersenam, ianya menyakitkan disebabkan oleh berat saya dan saya bukan selalu ada tenaga untuk melakukan senaman harian."
Lina tersenyum. "Pernah tak awak dengar tentang termogenesis?"
“Termogenesis?” Mikail mengulang. "Apa tu? Sakit tak?”
“Langsung tak. Pada asasnya, ia adalah ketika badan awak menjana haba untuk membakar lemak secara semula jadi dengan sendirinya. Ia adalah proses semula jadi tetapi awak boleh menggalakkannya dengan menambah beberapa bahan utama ke dalam diet awak."
“Oh? Seperti apa?"
"Ekstrak Oren Darah Moro."
“Bunyi macam dari filem The Lord Of The Rings."
“Tak, Oren Darah Moro ialah jenis sitrus yang berpigmen paling tinggi. Ia berasal dari Sicily, Itali dan kaya dengan antioksidan. Penyelidikan telah membuktikan bahawa Ekstrak Oren Darah Moro menurunkan berat badan dan BMI (Indeks Jisim Tubuh), mengurangkan ukur lilit pinggang dan pinggul serta menambah baik komposisi badan1.”
"Awak serius?"
“Ya, dan ia juga mengurangkan pembentukan lemak2. Selain itu, dapatkan produk nutrisi sukan dengan bahan seperti Isomaltulosa dan L-Glutamina. Isomaltulosa memberikan bekalan tenaga yang mantap dan meningkatkan daya tahan3, manakala L-Glutamina menggalakkan kekuatan dan pemulihan otot4.”
“Wah, nampaknya sudah tiba masa untuk membeli-belah!”
Semarakkan semangat untuk dirimu yang lebih baik dengan Bes Minuman Buah Oren Darah Dengan Isomaltulosa & L-Glutamina XS IGNITE baru, yang bakal dilancarkan pada Oktober 2022.
Rujukan: