Floating Icon
01 OCT 2021 PEMAKANAN & KESEJAHTERAAN 4 MINIT BACA 2540 LIHAT 250 BERKONGSI

Perlu Membahagikan Masa Antara Kerja, Rumah & Anak-anak? Pilih Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey

Sama ada anda bekerja di pejabat atau membahagikan masa antara melakukan kerja rumah dan menepati tarikh akhir dari rumah, makan dengan betul sentiasa menjadi cabaran. Dengan teknologi dan perkhidmatan penghantaran makanan pada hari ini yang menyediakan makanan segera di hujung jari anda, tubuh anda cenderung untuk tidak mendapat nutrien dan vitamin sempurna yang diperlukannya. Tabiat bersenam mungkin dipinggirkan dan berat badan meningkat akibat menghabiskan masa yang lama di meja anda.

Bukankah lebih mudah untuk melangkau beberapa sajian? Lawan rasa lapar dengan secawan lagi kopi? Jawapan ringkas – tidak.


#OwnYourMoment

Own your moment with BodyKey Shakes.jpg

Sama ada anda seorang ibu bekerja yang sibuk, ahli bina badan atau pembina perniagaan BodyKey, satu perkara yang sentiasa tidak pernah cukup? Masa.

Kebanyakan ibu bekerja membahagikan masa antara rumah dan kerja dan dalam kesibukan ini, memang tidak ada masa untuk menyediakan makanan berkhasiat untuk diri sendiri atau meluangkan masa bersama insan tersayang. Jadi, walaupun kami mungkin tidak mempunyai penyelesaian terbaik untuk anda tetapi kami mahu anda #OwnYourMoment. Teruskan membaca untuk mengetahui maksud kami!


Jangan langkau dan jangan kedekut!

Melangkau sajian boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan anda. Tidak seperti Puasa Berkala (IF), tidak makan dengan sengaja dan kemudian makan lewah sajian bawa pulang yang cepat dan mudah boleh mengganggu metabolisme anda. Makan sekali-sekala boleh menyebabkan tubuh anda memasuki ‘mod survival’ yang bermaksud ia menurunkan metabolisme dan keupayaannya untuk mencerna dan membakar kalori. Ini membawa kepada kenaikan berat badan dan masalah kesihatan seperti kuku rapuh, keguguran rambut dan kemerosotan kesihatan kardiovaskular.

Minuman kocak pengganti sajian bukan sahaja bagus untuk perjalanan penurunan berat badan tetapi juga untuk orang seperti ibu bekerja. Secara ringkasnya, ia menjadi pilihan yang ideal kerana anda mencari penyelesaian yang cepat dan mudah untuk soalan ‘apa sajian makan tengah hari?’


BodyKey Meal Replacement Shakes.jpg

Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey Dipertingkat BARU

Berasaskan protein soya yang mesra vegetarian dan bukan GMO, Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey yang baru dan dipertingkat sangat sesuai untuk mana-mana waktu makan setiap hari! Menyihatkan, mengenyangkan dan dan penuh perisa, alternatif yang kaya dengan protein ini akan menjadikan anda bertenaga sepanjang hari.

BK Meal Replacement Shake (BM).jpg

Satu minuman kocak sahaja memberi anda 1/3 daripada pengambilan vitamin dan mineral harian anda. Dengan 17g protein dan 5g serat dalam setiap sajian, anda akan rasa kurang lapar dan mendapat sokongan pencernaan daripada setiap minuman kocak yang anda minum. Hanya campurkan sepaket Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey Dipertingkat dengan air atau produk susu pilihan anda dan cegah rasa lapar!


Jadi, Mengapakah ia Rumusan Pengganti Sajian Dipertingkat?

Sebagai permulaan, minuman kocak yang baru mengandungi saiz hidangan, protein dan kalsium yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey yang lama.

Shake Nutrient Graph_(BM).jpg

Shake Comparison Chart (BM).jpg

Jangan bimbang tentang jumlah kalori yang lebih tinggi sedikit apabila mengambil minuman kocak yang baru kerana jumlah itu disebabkan oleh peningkatan jumlah nutrien yang tubuh anda terima!

Lihat jadual perbandingan di bawah:

Tahu tak? Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey Dipertingkat bukan hanya didatangkan dalam perisa hebat seperti Café Latte dan Coklat.


Memperkenalkan perisa serba baru

BodyKey Meal Replacement Shake (Berry)

Perisa Beri yang serba baru! Dengan semua manfaat protein, serat dan 22 vitamin dan mineral, tambahan segar dan berperisa buah ini dalam rangkaian Minuman Kocak Pengganti Sajian+ BodyKey Dipertingkat menambah dimensi baru dalam sajian cecair anda. Dibuat daripada beri segar yang padat dengan kebaikan antioksidan, anda boleh memuaskan kegemaran makan makanan manis tanpa menambah kiraan kalori anda pada hari itu.

Minuman kocak ini disahkan Halal, tidak mengandungi perisa, pewarna, pengawet tiruan dan lemak trans sifar.


Teruja untuk mengetahui lebih lanjut tentang perisa baru ini dan minuman kocak yang lainnya? Klik di sini


Bukan itu sahaja. Ambil minuman kocak anda tetapi tambah dengan protein daripada Minuman Protein Soya Nutrilite.

Mengambil dan menyertakan protein dalam diet akan menjadikan anda kenyang lebih lama. Menambah protein ke dalam Minuman Kocak Pengganti Sajian anda bukan sahaja boleh memuaskan rasa lapar tetapi juga memberikan semua nutrien yang anda perlukan daripada sajian tanpa makan berlebihan.

  • Baca tentang kempen Minuman Protein Soya Nutrilite kami di sini
  • Untuk kombinasi kesihatan Protein + 1 yang merangkumi Minuman Kocak Pengganti Sajian, dapatkan maklumat daripada aplikasi Amway Central Malaysia.