Floating Icon
01 OCT 2023 GAYA HIDUP 3 MINIT BACA 492 LIHAT 27 BERKONGSI

6 cara untuk menjadi sihat dengan Pengisar Berkuasa Tinggi Philips

Tahukah anda bahawa kesihatan optimum bermula dengan pemakanan yang seimbang dan mesra usus? Untuk menyokong mikrobiom usus yang sihat, kita harus mengambil banyak buah dan sayur segar yang mengandungi probiotik yang bermanfaat.



Walaupun kafe dan restoran menawarkan semakin banyak opsyen makanan dan minuman yang sihat, tiada yang lebih baik daripada menyediakan makanan dan minuman sendiri di rumah, semuanya disesuaikan mengikut citarasa peribadi dan tanpa bahan pengawet atau bahan tambahan yang berbahaya.

Mari lihat bagaimana Pengisar Berkuasa Tinggi Philips 7000 Series HR3760 dan Program Pilihan Pantasnya yang boleh membantu anda melakukannya dengan mudah…

 



Smoothie

Apakah cara yang lebih baik untuk memulakan hari anda selain daripada smoothie yang cepat disediakan, berkhasiat dan boleh membuatkan anda berasa kenyang sehingga waktu makan tengah hari? Gunakan program ini untuk membuat sendiri smoothie sejuk dan jus paling segar yang penuh dengan kebaikan buah-buahan dan sayur-sayuran.



Mentega Kacang

Menyapu sesudu penuh mentega kacang yang lazat berkrim pada kepingan roti (atau roti bakar, jika anda suka) adalah cara bagus untuk menambah lebih banyak protein berasaskan tumbuhan dalam diet anda. Pilih kacang kegemaran anda – kacang tanah, badam, gajus, makadamia, apa-apa sahaja – dan kisar.



Sup

Untuk sup berkhasiat yang terbaik, kisar denyut (pulse) bahan-bahan anda menggunakan program ini dan kemudian panaskan perlahan-lahan campuran selama beberapa minit di dalam periuk, kacau dengan api kecil sehingga masak sekata.

Sos

Kisar pelbagai sos berasaskan tomato yang aromatik untuk pasta, buat salsa yang pedas atau sos cecahan yang masam untuk menikmati hirisan saderi atau lobak merah yang rangup, dan mungkin bereksperimen dengan kuah salad anda yang kreatif – kemungkinannya tiada batasan.



Pencuci Mulut

Sejujurnya – pencuci mulut sentiasa sukar untuk ditolak. Walau bagaimanapun, tidak mengapa untuk menikmatinya sekali-sekala, malah lebih baik jika anda boleh membuat sendiri versi rendah gula untuk pencuci mulut kegemaran anda. Pilih bahan-bahan dengan teliti untuk pencuci mulut yang lebih sihat.



Menghancurkan Ais

Adalah penting untuk sentiasa kekal terhidrat dengan air termineral yang bersih. Namun begitu, memang mencabar bagi sesetengah orang untuk minum air kosong sahaja sepanjang masa, terutamanya dalam cuaca panas. Jika anda memerlukan sedikit galakan yang menyeronokkan, tambahkan sentuhan yang menyegarkan dalam minuman anda dengan ais hancur.

Hakikatnya, apa yang lebih mudah daripada resipi kegemaran anda berada di hujung jari? Anda hanya perlu memilih antara 6 program Pilih Pantas praset ini pada paparan digital – ditunjukkan dengan tetapan masa dan kelajuan – anda juga boleh menyediakan sajian yang sihat dengan menyentuh satu butang!

Berikut ialah beberapa ciri lain yang akan memudahkan tugas anda di dapur:

Teknologi ProBlend Ultra

Sama ada anda perlu bahan-bahan itu kasar atau halus, anda boleh mencapai tekstur yang sempurna setiap kali. Ini kerana Teknologi ProBlend Ultra menggabungkan 3 ciri yang direka khas untuk berfungsi dengan sempurna bersama-sama:

Motor ProBlend Ultra

memberikan kuasa 1500W yang kuat untuk memacu aliran pengisaran dan mengedarkan semua bahan dengan sekata;

Bilah ProBlend Ultra

direka secara unik dengan gabungan bilah bergerigi untuk menghancurkan bahan keras menjadi cebisan yang lebih kecil, dan bilah tajam untuk menghirisnya menjadi tekstur yang paling halus;

Balang ProBlend Ultra

direka dengan teliti dengan rabung melengkung untuk terus mengalirkan bahan kembali ke dalam aliran pengisaran.









Balang kaca yang elegan

Cantik dan besar, balang kaca 2L ini didatangkan dengan kapasiti berkesan 1.8L. Jadi ya, ada ruang cukup untuk menyajikan semua orang di meja makan (sekiranya anda bimbang).



Fungsi Pembersihan Pantas

Tergesa-gesa? Hanya aktifkan fungsi Pembersihan Pantas dengan sedikit air dan sabun pencuci pinggan mangkuk dan nikmati pembersihan yang mudah dalam 2 minit sahaja. Bersantailah ketika ia menanggalkan sisa yang paling degil sekali pun seperti adunan kek dan mentega kacang daripada pengisar anda, menjadikannya bersih bersinar.



Selamat dalam mesin basuh pinggan mangkuk

Sekiranya anda memilih untuk mencuci pengisar anda menggunakan mesin basuh pinggan mangkuk, yakinlah semua bahagian boleh tanggal adalah selamat dalam mesin basuh pinggan mangkuk. Selain itu, bilah ProBlend Ultra direka khas untuk menghalang sisa makanan daripada terperangkap di bawah bilah agar mudah dibersihkan.

Kisar ke arah diri anda yang lebih sihat hari ini dengan Pengisar Berkuasa Tinggi Philips 7000 Series HR3760, tersedia di Amway.my!