Anda mungkin mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam, tetapi apakah kandungan pembersih muka yang anda gunakan? Bagaimana pula dengan penyegar dan pelembap anda? Apakah bahan kimia yang anda gunakan pada kulit tanpa anda sedari?
Hakikatnya terdapat banyak produk kecantikan yang mengandungi bahan tidak sihat yang merosakkan kulit dan boleh mempercepatkan penuaan dalam jangka masa panjang. Malah kebanyakannya berkesan pada tahap permukaan dan tidak meresap secara mendalam untuk hasil yang berkekalan. Jika anda benar-benar inginkan kulit yang berseri, ambillah pendekatan Kecantikan yang Sihat.
Kecantikan yang Sihat adalah pendekatan lanjutan kepada penjagaan kulit yang menggunakan kuasa nutrisi dan sains untuk mengubah kulit kepada keadaan kesihatan yang ideal dan seimbang. Lagipun, anda hanya akan memiliki kecantikan yang berseri apabila kulit anda subur dan sihat. Sebab pendekatan ini amat berkesan kerana ia memenuhi 5 Keperluan Utama Nutrisi Kulit:
Produk kecantikan yang sihat menggunakan kombinasi istimewa fitonutrien tumbuhan dan teknologi penjagaan kulit terkini untuk mencipta produk yang memberikan hasil prestasi yang tinggi.
Produk yang anda guna hanyalah sebagus bahan-bahannya. Kecantikan yang Sihat memastikan setiap langkah proses daripada penyumberan biji benih hingga menghasilkan produk akhir dipantau dengan teliti. Hanya bahan-bahan yang bersih digunakan untuk menjamin ketulenan, keselamatan dan keberkesanan.
Setiap orang mempunyai kulit yang unik dan apa yang berkesan bagi seseorang itu mungkin tidak akan berkesan bagi yang lain. Menggunakan data mengenai kulit yang dikumpulkan dari seluruh dunia dan segenap lapisan umur, jenis kulit dan keetnikan mencipta penyelesaian kecantikan bersasar yang sesuai untuk jenis kulit anda.
Merangkumi kesemua tiga tonggak Kecantikan yang Sihat, rangkaian penjagaan kulit ARTISTRY baru menggabungkan fitonutrien yang berkuasa dengan rumusan termaju untuk memberikan anda kulit yang berseri dan tampak lebih muda!
Menyuburkan kulit dengan bahan-bahan yang ditanam oleh Nutrilite, rumusannya yang mesra alam itu juga disokong oleh pengalaman Nutrilite yang berdekad lamannya sebagai peneraju dunia dalam fitonutrien. Oleh itu, yakinlah bahawa penjagaan dan kualiti yang sama yang anda terima dengan suplemen Nutrilite kini boleh didapati dalam penjagaan kulit ARTISTRY anda.
Bersedialah untuk Kecantikan yang Sihat ARTISTRY!