Floating Icon
25 SEP 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 2 MINIT BACA 0 BERKONGSI

Temu bual eSpring: Rick Andrew, Pakar NSF

Tahukah anda bahawa Penulen Air eSpring diperakui dengan empat Standard NSF/ANSI? Selain Standard 42, 53 dan 401 NSF/ANSI, ia juga merupakan penulen air pertama berteknologi LED UV-C yang diperakui dengan Standard 55 NSF/ANSI.

eSpring Water Purifier is certified to four NSF ANSI Standards-BM.jpg

National Sanitation Foundation (NSF) adalah organisasi bebas dan bukan untung yang pertama ditubuhkan pada 1944 di University of University of Michigan School of Public Health. Bertujuan untuk melindungi persekitaran dan kesihatan awam, NSF International menulis standard, menguji dan mengesahkan produk untuk industri makanan, air dan barangan pengguna.

Memandangkan NSF terlibat dalam ujian dan pengauditan yang ketat terhadap produk dan perkhidmatan yang diperakuinya, tanda NSF berfungsi sebagai lambang jaminan, menunjukkan kepada pengguna, peruncit dan badan regulatori bahawa semua produk yang diperakui – termasuk Penulen Air eSpring – memenuhi atau melebihi standard yang diperlukan.

Baru-baru ini, Amway berbesar hati menjadi tuan rumah untuk pakar NSF, Rick Andrew yang bercakap tentang kepentingan NSF dalam penulen air di acara Nutrilite x Spring: Hubungan untuk Kehidupan yang Lebih Sihat yang diadakan di Marriott Hotel Putrajaya.

Nutrilite x eSpring-The Connection for Healthier Lives.jpg

Sebagai mantan Pengarah Pembangunan Perniagaan Global untuk Sistem Air di NSF International, Rick mempunyai pengalaman selama 30 tahun dalam memelihara dan menyelenggara air minum yang bersih dan bertanggungjawab terhadap jualan global NSF dan penstrukturan program berkaitan air.

Kami bersembang tentang empat Standard NSF Penulen Air eSpring Baharu dan apa maknanya kepada pengguna di mana-mana sahaja. Tonton video ini untuk mengetahui lebih lanjut.



Penulen Air Spring Baharu kini tersedia. Dapatkannya hari ini!

The new eSpring Water Purifier.jpg