Floating Icon
13 SEP 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 0 MINIT BACA 52 LIHAT 5 BERKONGSI

Penulen Air eSpring dengan Aplikasi Amway Healthy Home

1 daripada 5 sebab mengapa anda perlu memilih penuras air yang boleh dipercayai adalah kerana ia cara yang berkesan untuk menangani air paip yang tercemar, termasuk potensi pencemaran yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti mikroplastik dan sisa farmaseutikal. Pertimbangkan penulen air dengan sambungan aplikasi untuk membantu anda menjejaki penggunaannya dan menukar penuras dengan mudah. Ini akan banyak membantu anda dan keluarga untuk sentiasa memilih air minum yang bersih dan termineral berbanding minuman yang tidak sihat.

Berikut ialah cara Penulen Air eSpring dengan sambungan aplikasi Amway Healthy Home yang lancar boleh menjadikan Kehidupan Sihat lebih mudah untuk anda dan insan tersayang:

1. Aplikasi Amway Healthy Home sentiasa memantau Penulen Air eSpring anda

Asalkan anda disambungkan ke Internet, anda disambungkan ke Penulen Air eSpring anda. Ini bermakna anda boleh memantau Penulen Air eSpring anda pada bila-bila masa, di mana-mana jua. Untuk memastikan perjalanan Hidup Sihat anda diperkemas pula, aplikasi Amway Healthy Home juga disegerakkan dengan Sistem Rawatan Udara Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini anda – sempurna!

2. Aplikasi Amway Healthy Home memastikan Penulen Air eSpring anda bersedia untuk bertindak

Perlu menyemak status LED UV-C dan penuras karbon anda? Silakan. Ingin menerima makluman penukaran penuras? Sudah tentu. Terlupa memesan penuras baharu? Dapatkannya di aplikasi Amway Healthy Home dengan hanya satu klik.

3. Aplikasi Amway Healthy Home disertakan dengan manual pengguna untuk Penulen Air eSpring anda

Dengan satu sentuhan butang, anda boleh mendapatkan kemas kini perisian waktu nyata melalui aplikasi Amway Healthy Home. Jika anda memerlukan sedikit bantuan berkenaan Penulen Air eSpring pula, anda boleh menonton video panduan penting tentang pemasangan dan juga penyelenggaraan.

4. Aplikasi Amway Healthy Home membolehkan anda mendaftarkan peranti Amway dengan cepat

Direka untuk pendaftaran tanpa kerumitan, reka bentuk antara muka yang intuitif menjadikan aplikasi Amway Healthy Home baharu mudah dinavigasi. Ini bermakna anda boleh mendaftarkan Penulen Air eSpring anda dalam sekelip mata!

5. Aplikasi Amway Healthy Home memudahkan anda mengaktifkan waranti peranti Amway anda

Setelah mendapatkan Penulen Air eSpring baharu, anda perlu memastikan ia dilindungi. Tahukah anda? Mendaftarkan Penulen Air eSpring di aplikasi Amway Healthy Home akan mengaktifkan waranti 5 tahunnya secara automatik!

Penulen Air eSpring dengan aplikasi Amway Healthy Home merupakan pilihan yang mudah untuk rakyat Malaysia

Jika berkaitan dengan air minum, rakyat Malaysia bertuah kerana mempunyai pelbagai pilihan. Walau bagaimanapun, adalah penting untuk membuat pilihan yang tepat dengan mengutamakan kebersihan untuk melindungi kesihatan anda dan keluarga anda dan memastikannya mudah dikendalikan untuk menjadikan pengalaman pengguna lancar dari memasang hingga memantau dan menyelenggara Penulen Air eSpring baharu anda!

The eSpring Water Purifier with Amway Healthy Home app is a convenient choice for Malaysians.jpg

Penulen Air eSpring juga memastikan air minum selamat di samping menyokong amalan hidup lestari. Paparan unitnya yang dipertingkat menunjukkan Penuras Karbon e3, LED UV-C dan status ketersambungan – dan menyala hanya apabila unit diaktifkan jadi ia tidak menyebabkan bil elektrik anda melambung!

Terima kasih kepada teknologi LED UV-C Penulen Air eSpring yang cekap tenaga dan juga Penuras Karbon e3 berasaskan tempurung kelapa yang tahan lama, individu arif di seluruh Malaysia boleh mengutamakan tanggungjawab kesihatan dan alam sekitar.

Buat pilihan yang Jelas Lebih Baik hari ini untuk hari esok yang lebih sihat

Kesimpulannya, Penulen Air eSpring yang disambungkan dengan aplikasi Amway Healthy Home merupakan cara yang terbaik untuk melabur dalam kesihatan dan kesejahteraan insan tersayang. Menggabungkan teknologi termaju dengan kemudahan penggunaan dan kemampanan, Penulen Air eSpring menyediakan Air Sihat untuk Kehidupan Sihat setiap hari.

Penulen Air eSpring dan aplikasi baharu tersedia sekarang. Dapatkannya hari ini!

healthy-water-for-healthy-living B.jpg