Floating Icon
14 JUN 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 0 MINIT BACA 209 LIHAT 7 BERKONGSI

Mengapa Anda Perlu Menukar Penuras Udara Anda

Memahami mengapa anda memerlukan penulen udara adalah penting, tetapi menyenggara (seperti menukar penuras udara) juga sama pentingnya, terutamanya di negara yang mengalami pencemaran udara yang ketara. Udara dalaman yang tercemar boleh mengandungi pelbagai jenis zarah dan alergen yang berbahaya seperti hama habuk, debunga, bulu haiwan peliharaan, kulapuk dan spora bawaan udara yang berbahaya dan boleh mencetuskan tindak balas alahan dan memburukkan kesihatan pernafasan.

Kebanyakan penulen udara bergantung pada penuras udara untuk menyingkirkan zarah berbahaya daripada udara, seterusnya memastikan persekitaran yang selamat dan bersih. Namun begitu, adalah penting untuk menukar penuras udara untuk memastikan keseluruhan unit disenggara dengan baik. Ganti penuras secara tetap untuk memastikan udara dalaman yang bersih dan sihat di rumah dan mengurangkan risiko masalah kesihatan untuk keluarga anda.

Namun begitu, mengetahui bila sebenarnya hendak menukar penuras udara kadangkala mengelirukan. Sebelum kami mendedahkan kekerapan yang ideal untuk menukar penuras udara, mari kita terokai pelbagai faktor yang mempengaruhi keputusan ini.


Faktor Biasa Yang Mempengaruhi Jangka Hayat Penuras Udara


Pelbagai Jenis Penuras Udara – Tahukah anda bahawa penuras udara yang berbeza mempunyai jangka hayat yang berbeza? Contohnya, penuras HEPA yang diperbuat daripada helaian gentian kaca yang ditenun mungkin perlu diganti dengan lebih kerap berbanding dengan penuras udara berlisu.



Poor outdoor air quality leads to poor health.jpg

Kualiti Udara Luaran yang Buruk – Kualiti udara di persekitaran anda pastinya akan memberikan impak yang jelas nyata pada kekerapan penuras udara perlu ditukar. Kawasan bandar yang mempunyai tahap pencemaran yang tinggi mungkin memerlukan penggantian yang lebih kerap berbanding dengan kawasan luar bandar atau kurang tercemar.



Pet fur can pollute indoor air.jpg

Haiwan Peliharaan Berbulu – Kebanyakan pemilik haiwan peliharaan memahami kesukaran menangani bulu dan kulit mati haiwan peliharaan. Zarah-zarah yang menjengkelkan ini cepat terkumpul dan boleh menyebabkan penuras penulen udara tersumbat dengan lebih cepat, yang memerlukannya diganti dengan lebih kerap untuk mengekalkan prestasi penurasan yang optimum.


Penghunian Rumah – Ya, bilangan penghuni di dalam rumah anda sudah pasti menyumbang kepada pengumpulan habuk. Bayangkan jumlah sel kulit mati (komponen utama habuk isi rumah) meningkat apabila lebih ramai orang tinggal di tempat yang sama – yang seterusnya mencetuskan keperluan untuk memeriksa dan mengganti penuras udara secara tetap.


Bila hendak mengganti penuras udara anda?

Regularly check your air filter for optimum performance.jpg

Memeriksa dan menukar penuras udara anda secara tetap adalah penting untuk memastikan penuras udara anda beroperasi dengan cekap. Sasarkan untuk memeriksa penuras udara setiap bulan untuk menilai keadaannya dan menggantikannya dengan segera jika perlu. Selain itu, pertimbangkan untuk memvakum tilam dan sofa anda secara berkala untuk mengurangkan pengumpulan habuk dan menambah baik kualiti udara dalaman.


Menukar Penuras Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini Anda

Penuras karbon diaktifkan dan penuras HEPA yang digunakan dalam penulen udara Atmosphere SKY dan Atmosphere Mini menggunakan teknologi termaju yang memanjangkan jangka hayatnya berbanding dengan penuras konvensional. Berikut ialah panduan ringkas tentang kekerapan anda perlu menggantikan penuras udara Atmosphere anda:


Atmosphere SKY Filters BM.jpg

Atmosphere SKY BM.png

Atmosphere Mini Filters BM.jpg

Atmosphere Mini BM.png


Selain itu, jangan lupa untuk membersihkan Prapenuras setiap 2 hingga 12 bulan untuk prestasi optimum yang memastikan udara yang lebih bersih dan lebih sihat untuk anda dan keluarga anda.

Mengekalkan udara dalaman yang bersih adalah sangat penting untuk kesihatan dan kesejahteraan anda, dan menukar penuras udara secara tetap adalah aspek utama untuk mencapai matlamat ini. Dengan memahami faktor-faktor yang mempengaruhi jangka hayat penuras udara dan mengambil langkah penyenggaraan yang proaktif, anda boleh memastikan penuras udara anda terus memberikan udara yang bersih, selamat dan sihat pada tahun-tahun akan datang.

Ketahui lebih lanjut tentang penuras udara Atmosphere kami di sini dan nikmati udara yang lebih bersih hari ni!