Floating Icon
21 JUL 2024 KEHARMONIAN KEDIAMAN 1 MINIT BACA 622 LIHAT 254 BERKONGSI

5 Sebab Mengapa Anda Harus Memilih Penulen Air eSpring

5 reasons to choose eSpring_infographic B.jpg

Tahukah anda bahawa salah satu isu alam sekitar yang paling mendesak di Malaysia ialah pencemaran air? Terus daripada paip, air paip kita mungkin tercemar dengan mikroplastik dan sisa farmaseutikal. Jadi, memilih penulen air yang paling sesuai penting untuk memastikan air minum yang selamat, bersih dan sihat untuk anda dan keluarga anda.

Dari Penuras Karbon e3 baharu yang termaju hingga teknologi LED UV-C perintisan dan banyak lagi, berikut ialah 5 sebab mengapa anda harus memilih Penulen Air eSpring:

1. eSpring didatangkan dengan Penuras Karbon e3

Terdiri daripada 3 lapisan premium, Penuras Karbon e3 eSpring berkesan mengurangkan 170+ bahan cemar. Itu termasuk mikroplastik, sebatian organik meruap (VOC), asid Perfluorooktanoik (PFOA) dan asid Perfluorooktanesulfonik (PFOS), 19 farmaseutikal, 1,2,3-TCP dan banyak lagi bahan cemar bawaan air sekecil 0.2 mikron (300-500x lebih kecil daripada rambut manusia).

2. eSpring menggunakan teknologi LED UV-C perintisan

Menggunakan teknologi termaju, LED UV-C Penulen Air eSpring memancarkan cahaya ultraungu tenaga tinggi dalam julat panjang gelombang 267 nanometer secara purata. Ini membolehkannya membunuh 99.9% mikroorganisma seperti bakteria, virus dan sista yang mungkin terdapat di dalam air minum anda dengan berkesan.

3. eSpring telah menerima anugerah NSF dan WQA

Menampilkan teknologi LED UV-C, eSpring merupakan penulen air pertama yang diperakui dengan Standard 55 NSF/ANSI untuk pengurangan mikrob KELAS B. Ia jenama pertama dan satu-satunya yang menawarkan sistem rawatan air karbon/UV atas kaunter yang diperakui oleh keempat-empat Standard NSF/ANSI: 42, 53, 55 dan 401.

Selain itu, eSpring telah memperoleh Mohor Emas Persatuan Kualiti Air untuk produk rawatan air pengguna yang hebat. Jadi, yakinlah bahawa anda memperoleh air minum termineral yang selamat, bersih dan sihat serta bebas daripada bahan cemar seperti mikroplastik dan sisa farmaseutikal, bahkan bakteria, virus dan sista bawaan air.

Di samping itu, Penuras Karbon e3 dan Prapenuras Penulen Air eSpring baharu kini disahkan halal, dengan jaminan pematuhan undang-undang Islam untuk pengguna yang teliti.

4. eSpring menggabungkan kelestarian dan prestasi – serta kelihatan cantik di sinki anda

Teras Penuras Karbon e3 eSpring menggunakan karbon diaktifkan berasaskan tempurung kelapa berkualiti tinggi untuk mengurangkan potensi bahan cemar air dengan berkesan1. Penurasan keseluruhan juga telah ditambah baik dengan mengasingkan Penuras Karbon e3 eSpring daripada LED UV-C.

Menggunakan LED UV-C menjadikan sistem baharu ini jauh lebih mampan kerana LED UV-C direka bentuk supaya bertahan sehingga 10 tahun2 – menyingkirkan keperluan untuk melupuskan lampu UV setiap tahun.Tambahan pula, Penulen Air eSpring yang langsing dan kompak menggunakan 25% kurang tenaga (hanya 45W) apabila digunakan secara aktif berbanding model sebelumnya. Malah, panel paparan ambiennya direka untuk memasuki mod “mati lampu” yang menjimatkan tenaga, apabila air paip anda tidak mengalir daripada dispenser.

5. Penuras baharu eSpring sangat mudah untuk ditukar!

Dengan Penulen Air eSpring baharu, penukaran penuras tahunan semudah 2-1-0. Reka bentuk kartrij baharu membolehkan anda memasang penuras gantian dalam masa kurang daripada dua minit. Untuk lebih jelas, 2 minit diperlukan untuk menukar penuras, hanya 1 kali setahun dan menggunakan 0 alat untuk menyediakan air minum termineral yang selamat, bersih dan sihat kepada insan tersayang pada tahun-tahun akan datang.

Is a water purifier necessary to have in Malaysian homes.jpg

Adakah penulen air perlu ada di rumah-rumah di Malaysia?

Ya perlu. Selain menuras zarah-zarah bendasing untuk keselamatan dan kejernihan, penulen air yang baik menyingkirkan bahan cemar air yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar seperti logam berat, sebarang bakteria dan mikroorganisma dengan berkesan. Sebaik-baiknya, proses penulenan juga harus mengurangkan bau yang tidak menyenangkan dan mengekalkan mineral penting seperti kalsium dan magnesium dalam air minum anda untuk kesihatan optimum.

Jadi, buat pilihan yang jelas lebih baik dan melaburlah dalam air yang sihat untuk kehidupan yang sihat!

Prapelancaran Penulen Air eSpring baharu tersedia untuk Platinum & Ke Atas dari 21 Jul – 31 Ogos 2024.

Bersedia untuk pelancaran rasmi pada 1 Sep 2024!

1Penulen Air eSpring direka hanya untuk digunakan dengan air boleh diminum yang dianggap selamat oleh pihak berkuasa kesihatan awam tempatan.

2Data yang dikongsi mungkin berbeza-beza berdasarkan penggunaan.

healthy-water-for-healthy-living.jpg